Setelah sekian lama budak ni hidup sorang-sorang, akhirnya aku jumpa juga mak dia. Dah merata tempat aku cari, sekitar Perlis ni semua pelosok aku cari. Kedah, Penang, KL, Seremban...Tapi memang tak jumpa. Ramai suara sumbang cakap, memang dia ni yatim piatu forever. Tapi aku yakin, kalau berusaha, aku dapat jumpa mak dia. Macam jejak kasih je aku rasa. Terima kasih banyak-banyak pada my 'cousin forever(CF)' iaitu Kioh yang setia menemani aku pegi cari mak dia ni.
Labels: Random
Wan Syafinaz ni BFF aku kat KMP (Matrik Arau) pun dah selamat dinikahkan dengan pilihan hati pada 30.10.10 yang lalu. Kenduri nya belum, 18.12.10 ni baru kenduri :D
Labels: F R i e N D S, jalan-jalan
Impian telah tercapai. Alhamdulillah :) Hikhik gedik ja intro. Dah lama simpan cita-cita, kali ni baru berkesempatan utk pegi ke 2 tempat yang dah lammmmmaaaa tingin; Istana Budaya & i-city :D
Labels: jalan-jalan
Saya kidal.Tak salah kan jadik kidal??Banyak kelebihan tau wat keja tangan kiri ini. Hehe intro tak tahan..Alkisahnya aku punya teknik pegang pen memang macam pelik sikit. Pastu tulis pulak tangan kiri kan. Semalam ada 2 org pakcik tegur cara aku pegang pen (ramai nya orang tegur sebelum ni). Nak wat camna pakcik, sejak saya reti menulis, gitulah cara saya pegang pen. Dah besar cam sekarang ni, mana boleh nak tukar cara pegang pen dah huuu.. Tapi yang penting tulisan i boleh dibaca k.
Labels: Random
Mr. Blog, sudah lama tidak menjenguk kamu. IMY :P banyak peristiwa penting yg berlaku sebenarnya. Cuma kekurangan masa nak upload cerita :) My BFF Suraya pun dah selamat menjadi isteri kepada En Rodney. Sangat gembira melihat mereka gembira :) pasni kita tengok pasangan mana pulak yang akan menyusul :) Ni saja nak upload beberapa gambar
Labels: F R i e N D S, Random
Minggu ini adalah minggu paling penat kot..haihs macam nak tercabut pinggang, juling bijik mata, kebas otak dok kira stok semua barang-barang kat STOR..Oh tersangatlah berpinar-pinar mataku, mengira semua itu satu per satu..Nasib petang dapat makan 'coq' pisang, 'coq jagung' ngan 'coq' ubi hehe..
Labels: pEcaH TabUNg
Labels: F a M i L Y
Hari ini bertarikh 15.10.10 = hari Jumaat.
Labels: F R i e N D S
OOoooOooo...sangat-sangat lama saya tak jenguk langsung ke blog ini. Bukan la bz sangat pun, tapi entahla kenapa, kemalasan yang amat utk mengupdate blog ini..Banyak jek benda-benda best berlaku dalam beberapa bulan yang lalu.Berazam utk update nanti benda-benda tersebut hehe. Okla yang membuatkan juga saya malas nak update blog ni, salah satu sebab nya internet sangat mengong ok....cekkk bayaq untuk sebulan, boleh pakai tak sampai 2 minggu, mana cekkk tak hangin satu badan..Nak kol 100 pun dah malas da..asyik soh wat benda yang sama jek. P cabut ini wayar la, off modem la, restart PC la, p control panel la..Akhirnya semalam mamat jawab tepon bernama Aidil (kalau tak salah dengaq la) kena la maki hamun ala-ala sopan ngan aku..Almaklumlah, balik keja p tepon depa, letih-letih, dia pulak dok baca skrip tu ja..memang kena la ngan aku..Tapi at least, aku wat report, hari ni ada orang meh rumah betulkan apa tah. Internet dah boleh pakai..Tapi aku nak tengok bapa hari dia nak wat perangai lak
Labels: Random
Hmmmm...paha ayam memang membuka selera makan aku yang sederhana besar ni..Tapi sepanjang aku berkawan dengan En Akhyar dah lama ni, baru aku tau beberapa hari yang lepas sebenarnya dia pun suka makan paha ayam.Hehe sebab apa aku tak tau ye??Pandai siot de wat dekkkk je tengok aku gigit2 paha ayam tu..Tapi besala, gentleman babe, cam lawak jek nak gaduh sebab paha ayam kan???Aku memang akan tak berselera makan la kalau dapat bahagian isi cam dada tu..So, memang aku akan minta drumstick kat kedai makan macam KFC, McD, Kenny Rogers, dll yang menggunakan khidmat ayam hehe..
BTW thanx a lot to En Akhyar yang tak berkira langsung pasal paha ayam ngan aku :)
Labels: m e n m a s A k - m a S a k
Baru lepas service kereta untuk 1km yang pertama Ahad yang lepas :)
Minggu lepas adalah minggu yang paling stress sepanjang aku kerja ni.Aku oncall minggu lepas. Ok, patut nya senang ja kalau kitorang oncall, cuma tunggu panggilan tepon jek..Kalau ada kes TDM yang penting, macam telan panadol banyak-banyak baru la g run sample.Lain-lain tu selalu doktor ke nurse akan tepon untuk tanya pasal ubat. Ok puratanya aku terima panggilan setiap hari..Orang lain dalam seminggu ada yang cuma dapat 3 call sahaja..Takpa, aku ambil ini sebagai proses pembelajaran :) hehehe
Aku wat ringtone untuk HOspital call ---> lagu Wonder Girl 'So Hot'.LEpas oncall terus trauma dengar lagu tersebut ahahha
Alkisahnya terdapat la satu cerita scary+lawak dalam minggu aku oncall ni. Cita ni dah boleh wat movie ok..MAcam scary movie itu..heheAku start oncall sabtu lepas sampai jumaat yang baru ni la.Sebab ada orang nak tukar ngan aku..Sabtu,hari 1st aku oncall tu, geng2 farmasi batch aku wat la BBQ kat rumah sewa salah seorang dari kami ni..Kira sepanjang dok bergembira tu, handphone ada di sisi sentiasa..Takut mendapat panggilan. Tapi ok la, tak terganggu, langsung xdak call hehee..Pastu ingat nak balik rumah, tapi suma ajak tidur situ ramai-ramai. Setelah diumpan dengan gosip yang terbaru dan terbaik, aku pun terpengaruh untuk tidur di situ jugak.
Ok, gaya jek nak start gosip, aku dapat call PCM poisoning @ ada pesakit telan panadol banyak-banyak untuk bunuh diri.. Ok, untuk kes begini, kena tunggu 4 jam selepas patient telan panadol, baru boleh check toxicity level. 4 jam selepas dia telan adalah pada pukul 12 tgh mlm @_@ haihs... takpa tanggungjawab hehe..Ok memandangkan mlm itu adalah malam BBQ, dan aku tumpang tidur rumah orang, aku hanya pakai track suit sahaja..Mujur ada sorang bagi pinjam sweater..
Ok, bermula perjalanan aku, sebab takut nak p sorang, aku ajakla kioh teman aku.Kioh adalah sepupu merangkap kerja sekali ngan aku kat hospital..Hehe then, kitorang pun run sample guna mesin lama..Tiba2 kuar result nya tah apa2..So, guna la mesin baru yang complicated dan lambat tu..Ok, tunggu punya tunggu result, lagi 2 minit nak dapat result...BLACK OUT!!!!!! satu building tersebut..Dah la tempat aku run sample tu scary gila..Macam2 cita aku dengar..Adoi memang terus berpegangan tangan la beb...Cuak takut mesin rosak, dan risau gak patient tu mcm mana..Call Kak yati, de pun tak tau..Bayangkan kul 1pg++ kena kol orang yang in charge situ..Memang kacau la orang nak tidur..Akhirnya orang jaga situ @ MR Woo namanya, soh aku bagi jek antidote kat doktor untuk patient tersebut, dan soh aku kol orang maintenance..Dan pengajaran nya..rupanya orang maintenance pun ada on call hehe..Kol diorang untuk pastikan sambung balik elektrik, pasal banyak item peti sejuk..Kalau nak tunggu esok, mesti berpuluh ribu rugi wooooo..Ok, dalam kul 2 pg setel la suma..
Setelah pengalaman yang mendebarkan itu, aku pun lapar la..Aku ngan kioh plan nak p 7e nak carik maggi cup...yummy sedapnya..Kat kedai tu kitorang pun ambil la maggi 2 cup..Letak atas tempat cashier.Dan teeeet de pun scan..
Kioh: Alamak, tak bawak duit gak.Dalam keta ada duit tak??
Majidah: Tak da la...
Cashier1 : Tak bole cancel ni..Uit camna ni??Diorang tak dak duit nak bayar?Hang tolong bayar la
Cashier2: Ish..kena report polis ni
Moral of story:
1. Pastikan dalam keta anda ada sedikit duit (tapi jgn bagi orang nampak, sembunyi hehe)
2. Jangan tinggal purse anda merata-rata
3. Kalau nak try bunuh diri, jangan telan panadol..20 biji pun susah nak mati, tapi menyusahkan kitorang untuk run sample darah korang..Nanti menyeksa badan jek. Makan panadol banyak2..rosak hati PERMANENTLY..so, bek terjun sungai ka, bangunan ka hehe
4. Kalau nak telan gak panadol banyak, telan siang-siang supaya tak payah datang hospital malam2..
5. Kalau nak p run sample tengah malam, sila bawak teman hehe..
Sekian
Dah lama tak update..Tu yang berjela :P
Labels: Random
Esok lawan koir nh..Kira peringkat negeri la kot hehe..Nervous usah dikatala..Pakaian esok setelah dibincang2 semua bersetuju untuk pakai
1. Kain Hitam
2. Baju putih (baju sekolah)
3. Tudung Hitam
Tapi ini hanyalah untuk gadis-gadis jelita saja..Yang laki tu lain pula bajunya,takkan nak pakai tudung kot haha.. tapi sama la putih hitam nye hehe..
Ok, sebenarnya aku ni rindu gila zaman sekolah. Rasa macam nak kembali ke sekolah.Tapi...dengan syarat, tak mau pakai baju sekolah boleH????hahaha tapi tak nak jadi cikgu..Hahah alkisahnya tadi dok iron la baju putih untuk koir esok..Adoi..lama gila kot nak 'lendik' huhu..Time sekolah dulu siap boleh iron 2 3 pasang sekali harung..Ni nak iron satu je pun..LEmbap gila ahaha..Aku memang tak suka iron2 ni..Tambah pulak yg degil nh.. Baju kerja kan ada corak2, so iron pun ala kadar ja..Cuma tudung la aku lemah sikit..Sebab tu suka pkai selendang..Pasal iron gitu2 ja..
Hahahah pengajarannya:
1. Sila pilih baju untuk ke tempat kerja yang bercorak
2. Pakai selendang@tudung ariani tu
3. Jangan gedik2 nak kembali ke sekolah hahaa
Labels: Random
Setelah bersabar dekat 5 bulan, akhirnya dapat gak hasilnya :)
berbaloi rasa penat lelah aku dok tunggu (penat la sangat hehe)
22 jun 2010 tarikh penting kena ingat hehe
semoga lebih bersemangat untuk p kerja ^_^
Labels: Random
Hehehe...saja gedik nak tulis pasal kereta. Walaupun memang tak pandai LAGI..Bakal pandai tidak lama lagi..Checklist ini telah diberi kepada aku oleh saudara Muziman..Dia bekerja di hospital yang sama dgn aku..Lupa nak tanya kat mana dia dapat.Tapi boleh nak wat reference..Kot2 nak beli kereta lagi sebijik hahaha..Padahal kereta yang satu tu pun belum ambil lagi. Dan khas untuk Tasya bila, bila hg nak amek Jazz tu nanti, boleh refer list ni :P
New car collection checklist
Locks
- Keyless Entry (Lock and unlock using remote)
- Manual Entry (Lock and unlock using key)
- Master Lock
- Individual Lock
- Alarm
- Alarm reset switch
Windows
- Power Windows(Check that the driver side auto window is working)
- Windows control Lock
Electric Mirrors
- Electric Mirrors Control ( Up, Down, Left & Right )
- Folding Mirrors(Check that the Mirrors can be retractable by either manual or electrical folding.)
Console
- Engine Start Button (if any)
- Air-Conditioning
- Fan Speeds
- Rear Demister
- Radio/CD/DVD Player
- Reverse Camera (if any)
- Steering controls (if any)
Switches
- Headlights
- Directional Signals
- High Beam
- Hazard Lights
- Parking Lights
- Tail Lights
- Brake Lights
- Fog Lamps
- Interior light
- Wiper (Make sure each speed is correct)
- Wiper Spray
- Horn
Dashboard
- Dashboard lights come on when headlights are on
- Information lights (eg. Parking brake ) are lit at relevant time
- Check that odometer does not display excessive mileage
Transmission & Brakes
- Smooth Gearshift
- Automatic transmission
- Over Drive button
- Shift Lock button
- Footbrake
- Handbrake
Things to look out for:
- Test auto-transmission for shock while engaging gear.
- Make sure that the brake has to be depressed to shift out of Park mode.
- Make sure that the car can only start in Neutral or Park mode.
Other Interiors
- Steering wheel properly aligned
- Steering wheel adjusting lever
- Bonnet release lever
- Boot release lever
- Fuel tank release lever
- Check for stains and holes on seats
- Seat adjuster (Forward, backward, recline)
- Seat belts (Check that the Seat belts lock when pulled hard)
- Seat belts height adjuster
- Check for scratches and dents on the trims
- Rear Mirror
Labels: Random
Jatuh hati gila ngan Jaden Smith ni..He's 11 years old??tak kira, walaupun budak2, I Love Him..Hahaha sangat berbakat budak ini..Pandai menari, sangat cute..Berlakon nampak sangat real...Gila aaaa aku p keja asyik terbayang muka de nih ja..Rasa nak p tengok sekali lagi..Kalo la perlis ada wayang :) Hehehe he's sooooooo like his dad..Love his dad, love him more kot :p Gila gedik intro aku..Tapi betol aku dah gila bayang ni..OMG justin bieber, pastu Jaden smith lak....Jidah love Justin Bieber & Jaden Smith (Aku memang suka orang yang nama de ada J, mmg coooollll :P) oooo Jackie Chan pun aku suka :)
Walaupun badan de sekeping jek, dah nmpak dah muscle2 tu..Mungkin sebab de memang training gila2 kot martial art..Jackie Chan punya lakonan memang best macam biasa..Suka part lepas de lawan ngan kaki buli yang seramai 6 orang tu, de pusing belakang dan tunjuk muka penat gila...Hahaha gila kot, orang tua, lawan ngan orang muda, 6 vs 1 pulak..heheh Pastu cara de latih pun sangat coooll..Ajar cara pakai jaket pastu dah boleh lawann heehee..
Kesimpulannya cita ini sangat best ok..Berbaloi tengok..Orang sebelah kakak aku, siap p tengok sorang2 je pun..Cita ni memang aku bagi full stars..5/5, 10/10.. Memang best...Cuma yang musykilnya...tajuk lebih sesuai kungfu kid kot....tapi karate pun aku layan ja...hahahah best2 nak tengok lagi :)
Lagu tema filem ni..nice :)
Labels: w a Y a N G
Ok, pastu dari kenduri, takkan nak balik terus, dahla susah jumpa kawan lama kan..Last-last meronggeng jap, pastu tidur rumah mimi..Pasal kalau nak balik perlis pun cam da lewat..Lagipun dah mak aku dan mak diha bagi greenlight tidoq sana kan :P Hehehe pastu esoknya Ahad..Kedah Ahad adalah hari bekerja k..So, mimi bangun awal la, dah nak p kerja..Tapi aku ngan diha pun bangun awal gak..Hehe takkan dok mengulaq kat umah orang plak tu heheh..after breakfast, borak-borak ngan mak mimi dan kak mimi..Kami pun bertolak balik....sampai around pukul 10..
Then kul 1130 gitu, teman kat aku p cari kipas dan lampu untuk rumah baru de plak..Cari itu semua kat JITRA ok...Padahal baru ja sampai dari Alor Setar..Hahaha gagah gila aku rasa diriku ini.Keja berjalan ja..Actually aku nak tengok cita Kungfu KId..Tu semangat gak nak ikut p carik lampu..Sambil menyelam minum la ayaq kan???:P
So, bila dah smpai umah, aku rasa nak demam, ha padan muka, beronggeng tak hengat..tapi sangat hepi boleh update gosip ngn diha, mimi dan especially wawad :))) So, minggu ini plan lagi hebat..Semoga berjalan lancar, insyaallah :)
Labels: F R i e N D S
Kem Al-Falah kat Pedu lake (2002)
Kem Al-Falah jugak (2002)
Labels: F R i e N D S
Saya rindu zaman sekolah.Serius zaman sekolah paling best. Sekolah menengah la terutamanya. Sebabnya?? Aku membesar dengan kawan-kawan. Tingkatan 1 dah dok hostel. Banyak benda belajar dari kawan-kawan. Hehe, gembiranya zaman dulu. Aku SPM tahun 2003, maksudnya dah dekat 7 tahun aku tinggalkan sekolah huhuh. Sampai sekarang masih contact ngan budak-budak sekolah. Sekolah memang banyak kenangan la..wuhuhuh kena marah ngan senior, marah junior, histeria, kena rotan kat perhimpunan dan macam-macam la....GILA aku rindu nak sekolah balik!!!!!
Kalaulah p sekolah balik dan boleh dapat gaji cam sekarang ni..alangkah bahagia......Baju sekolah semua aku muat lagi hehe..time sekolah dulu, time exam ja la nak stress sikit. Time len memang best..Dah keja ni, paham-pahamla....hahah.
Apa aku paling rindu time sekolah?????Banyak sangat la..hmm tapi yang aku paling rindu...Nak list 10 benda yang aku rindu hehe
1. Rindu zaman p prep petang, prep malam. Dengar cam rajin gila la nak p prep, nak study, tapi best p prep pasal leh update gosip heheh
2. Makan 6 kali sehari.Walaupun selalu tak g amek pun semua 6 kali kat dining. Pilih menu yang sedap je la hehe :D Best beratur nak amek makanan tu. Kalo mak cik baik yang jaga, boleh ngada nak minta paha, kepak..Cuba kalo makcik kentut berapi..Ada berani???hahaha
3. Zaman lawan kecantikan kelas dan dorm. Gila best time ni. Semua mencurahkan idea kreatif masing. Lenguh tangan, kaki, mulut nak menghias kelas..Panjang tinggi2 lekat kat siling la..Best2, siap stay up tu untuk hias dorm
4. Outing...Haaa yang ni memang best. Walaupun aku orang Kangar je, dan memang dalam tangan aku je 'bandar' ni..tapi bila kuar ngan kawan-kawan ada je benda baru kami discover hehe
5. Hari sukan. Aku bukan la atlit ka apa..Tapi aku suka hari sukan time kami f5.Pasal kami leh kawad, jahit baju kawad.. Jahit sendiri kot..rindu2..pastu setiap umah sukan nak rahsia la design masing2..
6. Time kat sekolah lu, tidur dalam kelas adalah benda biasa. Tipi gila kalau budak sekolah sains, ngaku tak penah tidur langsung dalam kelas..hehe tapi yang best nya cikgu tak marah..Setakat tegur gitu ja la hehe
7. Zaman sekolah kena pakai cadar putih..pagi-pagi sebelum g sekolah kena tarik cekang2, kalau tak memang kena la ngan warden hehe..Waktu tu mana ada cadar getah tu lagi..Ingat lagi, time tu SNAH aka DR Siti Nurhani Abd Halim ja yang ada cadar gitu hehe..
8. Ration...Rindu gila perkataan ini..Semua budak sekolah wajib ada ration ok.PAstu time ada kakak angkat, selalu kena p bagi kat depa haha..ikhlas la konon :P ingat lagi time dulu, atas katil aku dok makan ZIP tu...sepaket tu ada 8 batang kot, aku boleh perabes sekali harung..Mau badan tak nek dulu heheh..Itu baru zip, makanan rapu len usah dikenang la hahaha
9. Request...Rindu2 zaman ni budak pompuan tunggu la..Kira sapa lagi hot, lagi banyak request la de dapat (kununnnn) haha..Best, request ni selalu adik angkat bagi, secret admire (secret la sangat ) haha..Dapat kek, coklat cadbury, ZIP, bunga..Yang best nya beserta ngan request tu, disertakan ngan kad buatan sendiri..Time ni boleh tgk la kreatif ke tak..Hehe tapi request pun kadang2 tukar suka sama suka..saja nak bagi nampak banyak la request dapat :) hehehe Walaupun aku tak hot pun time sekolah, tapi aku tiap kali request mesti akan dapat gakla...Ni bukan yang aku tukar suka sama suka k :P teeeeeeettt
10. Dinner rumah sukan...Time ni memang best gila..Sebab masing-masing akan cari baju untuk dipakai khas untuk dinner. Padahal dinner wat kat dewan sekolah ja pun haha. Time form 5, kami siap g tempah lagi baju dinner..Igt lagi kedai tu tokey nama Kak Pah..Jahitan besa-besa ja.Tapi time tu rasa da jelita da hahaha..pastu time jadik junior kena wat persembahan kat senior..Macam-macam la kena perah otak..Time f2 aku ingat kami menari..Hindustan kot hahaha....rinddduuuuuuu
Yela mesti la sangat rindu..Zaman aku dulu mana ada handphone dan kamera digital pun..Suma hanya kekal di ingatan. Kalo ada pun, gmbar yang cuci dari filem. Kalau la zaman tersebut dah ada kan best :( tapi tak pala, at least menguatkan daya ingatan :)) hehehehe
Labels: F R i e N D S
Weekend yang lepas, aku tengok Shrek 3d kat Sunway Carnival. Odw g Penang tu, singgah Alor Setar amek En AKhyar ni. Semangat de nak join kami walaupun de baru sampai dari KL pagi tu hehe. Dalam perjalanan ni, Encik ni tidur jek. Tapi tak pa...letih la katakan :P
Ok, dah puas tengok wayang, nak sopppppiiiinnnggg plak!! Tapi kat sini tak best sangat nak soping. So, kitorang meneruskan perjalanan ke Queensbay. Suka Queensbay sebab sangat senang nak g. Dan paling penting, macam-macam ada (Kecuali wayang 3d:P). Aku ni paling penting nak carik suar hitam, yang boleh pakai g keja. Alhamdulillah jumpalah yang sesuai :) pastu best kat Queensbay ni pasal dapat makan Tako Tao...Sodapppp. Terima kasih pada Oya, Odah dan Tini yang kenalkan aku pada Tako Tao ni..Lepas rindu :) Setakat ni, Queensbay la yang paling dekat aku tau yang ada jual benda ni. Hmmmm lapar nya tengok gambar di bawah :P
Ini adalah gambar ahli yang terlibat dalam rombongan ke Penang. Kakak aku, En Akhyar, aku dan adik aku. Adik aku yang snap, so gambar de tak da hehe..Bila lagi nak meronggeng ni?Hikhik
Labels: jalan-jalan
Esok cuti!!!! yeyeye..Gembiranya minggu ni dapat cuti 3hari :) Harus bergembira sebelum kena keja 24 jam. OMG, jadik zombie la aku..8 pagi sampai 5petang. Pastu balik rumah. Kul 1130 malam sampai 730 pagi kerja lagik, boleh ke bertahan??Hahaha tapi aku bukan orang yang terawal, masih boleh tanya kawan-kawan yang bakal jadi zombi dulu :))
Selain aku gembira pasal cuti 3 hari, aku juga gembira, sebab no plat yang aku booking tu aku dapat hold lagi sampai hujung bulan depan. Hope dapat lah 'benda' itu bulan depan. Dah tak tertanggung dah derita untuk tunggu. Alhamdulillah dah nak habis dah bulan Mei ni. Bulan paling aku suka adalah Mei dan Disember. Sebab banyak cuti :D Sebenarnya tak sabar nak tunggu bulan Jun. Semoga dapat 'benda' tu awal Jun la kan. Hehe 5 bulan da ni. Perut pun dah besar kalau pregnant :P
Esok aku nak jalan-jalan, tengok movie dan sopppppiiiiiinggggg.. Semoga lupa la masalah-masalah yang ada. Yang penting dapat memuaskan nafsu sopppinnnggg hehehe..
Labels: pEcaH TabUNg
Pagi tadi aku pakai pakai la baju kurung kaler hijau untuk p kerja. Baju hijau ni special sikit. Pasal.....penuh dengan contengan pen kat baju tu. Hahahahhaaa actually aku terlupa ada kesan pen tu.Tapi kalut, aku amek ja baju tu untuk pakai. Aku iron baju seminggu sekali bila rajin. Dan minggu ni aku rajin hahah. (tips jimat elektrik). Ok camna aku dapat kesan contengan kat baju tu bukanla misteri nusantara ka apa. Memang aku yang terconteng sendiri. Ingat budak-budak ja boleh conteng baju???:P hahah teringat zaman sekolah lu, penah conteng kain sekolah bila boring. Memang tak dak keja betol. I miss my school day :(
Hahaha okla cara aku mendapat contengan:
1. Ketika aku attach kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk sebulan, aku selalu kena g wad NICU (Neonates Intensive Care Unit). Unit ni ala-ala ICU tapi utk baby < 1 month
2. Ok, bila nak masuk wad ni, tak boleh pakai white coat. Kalau wad yang intensive care ni memang tak ble pakai white coat. Kuman banyak hehe
3. Ok, so bila aku tak pakai white coat, aku tak da tempat nak letak handphone, buku rujukan, pen dll. Ok benda paling penting pen la. Takkan nak pegang ja, mesti terjatuh kan hehe. Yang len memang aku tinggal ja la dalam handbag.
4. So, sorang kawan kat sana selalu menggantung pen, liquid paper pada tali yang pakai nametag tu.Apa nama tali tu??hahaha tak tau orang panggil apa.
5. Ok, so aku pun wat la camtu sepanjang attach kat sana. Memang mudah la kerja kan
6. Balik hospital sini pun aku wat camtu gak la. Tapi malang tak berbau haha. Rupa-rupanya pen tu terbuka. (pen aku pakai jenis tekan tu, tak ada tudung). So, bila terbuka, abisla baju aku tu. Penuh dengan contengan pen di bahagian perut hahaha. Ok, contengan tu juga ada kena kat baju kurung len, tapi baju hijau ni paling jelas. Haih sakit mata aku tgk.
Ok, kesimpulannya, ada sorang kawan cakap, boleh hantar kat dobi utk dibersihkan kesan conteng tu. Nak try la hikhik.
Tapi, hari ni memang agak tak best la diari hidup aku (ceeewah :P), ada la si 'baju biru' kat sini sound aku. Eceh, nasib la pangkat umur tu dah macam mak aku ja, so aku respect la. Malas nak layan orang tua camtu. Respek la sama-sama yang kerja ni, tak kira la muda ka tua. Tak suka cara percakapan nya, nadanya, gayanya. Tapi dengan doktor....kira nak kipas ja haha. Meluat, geli bulu telinga dengan orang camni. Tapi 'baju biru' len ada yang ok. Bukan semua spesis gini hehe. Bukan aku suruh kipas aku pun (walaupun wad itu sangat panas hahaha) tapi just be professional dalam pekerjaan anda heheh.
Ok, pastu tadi yang geramnya, baju hijau tu dah la kena pen, pastu kena cat plak!!!!! ok memang de letak amaran. Tapi aku dalam lif, keluar ja, terus kena. Dalam lif tak letak amaran. Hahaha tapi nasib sikit ja.
Lagi satu, keja aku sekarang ni macam kat lab la. Boleh pulak wad hantar sampel darah untuk dianalisa pukul 5ptg. Tapi sebab tanggungjwab aku wat jugak la. Dah la ada masalah kat sampel tu. Huhu tapi okla, 530 balik umah. Tak da la lewat sangat kan..
Haih..rasa tragis betul kisah hidup aku hari ini. Tapi tak pa, kita belajar dari kesilapan. Kita tengok orang wat salah, jangan ikut, tengok orang wat benda baik kenala ikut kan :) So, semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Dan paling penting, janganlah baju kena cat lagi esok hahaha..
Labels: Random
Selama ni, aku tak penah layan pun American Idol. Tapi last week aku terbuka time Justin Bieber wat persembahan.Tiba2 terus jatuh hati kat budak kecik tu. Baru 16 tahun, tapi verrrryyyyy talented. Menyanyi, menari, piano, drum dan aku rasa macam2 g yang de boleh wat :) hikhik terus aku google pasai budak kecik ni kat tenet. Rupanya bakat de dikesan kat Youtube aja. Ala2 Zee avi kot hehe. Tapi yang kagum nye, Usher & Justin Timberlake nak amek de as diorang nye artis. Tapi last2 dapat kat Usher. Dua-dua memang da kira otai la kan hehe. So de memang bertuahla. Ni video time de perform waktu American Idol :) best..hehe
Ini pun best. She's very talented. Hebat kot men piano lagu Baby tu. Yang penting de ada gaya :) So, layan gak hehe..
Labels: s u k a t e n g o k
Ok memang aku suka keja aku. Bukan kata kiasan ke apa ni. Hehe walaupun penat, selalu kena marah. Specialist, doktor, nurse (tapi jarang la).. yang paling ramai mesti la patient. Ok kalau aku kat tempat patient pun mesti kat farmasi aku lepas geram. Pasal g hospital mestilah sebab sakit, nak jumpa doktor, nak amek ubat. Pastu g hospital seawal 8 pagi, tunggu nak jmpa doktor dah berapa jam, pastu nak tunggu slip ubat, nak amek ubat kena tunggu lagi. Tempat last mestilah nak amek ubat, so kat sini la tmpat paling best nak lepas geram. Tapi standard la hospital kerajaan, free, ramai orang. So, kena tunggu la kan. Sabaqqqq.. kerja kat farmasi memang kena byk sabaq..hahaha apa aku dok merapu ni.
Tolong2...actually aku tak tau nak merapu apa kat slide aku..dah la nak kena present esok ni..Kat blog ni laju plak idea aku.. mencurah2..tolongla curah kat power point..plz... :)
SEkian..
Labels: Random
Hari Jumaat lepas bos kat stor perubatan (Pn Azlina) nak buat jamuan, sempena naik pangkat ke u48 hehe. So, de tanya la aku, tau/penah wat tak koktel??Aku ni bab masak ni memang la failed skit. Tapi bab-bab makanan merapu gini memang aku minat hehe..So, aku pun menyahut cabaran ini utk wat koktel. Puan nak order nasi, lauk pauk suma. So, kira koktel ni pencuci mulut la. Mula-mula igt nak tanya jiran belakang umah je resepi. Tapi tiba2 tingat, kawan baik En Akhyar iaitu En Iqbal aka Bal punya mak. Penah rasa koktel yang mak de wat. Memang sedap dan menjilat sudu la hehe. So, aku pun mesej la Bal minta resepi, dan dapat la :) Tapi aku google kat tenet gak, pasal ada sedikit keraguan. Tapi da malu nak tanya Bal haha.
Rupanya senang gila kot wat koktel ni. Sangat simple, sesuai untuk orang yang sibuk, tapi ada niat untuk wat pencuci mulut sendiri :) hehe.
Bahan-bahan (Mungkin utk 10 orang makan la kot, tak reti nak agak hehe) :
Bahagian A:
1. 1 cawan tepung kastard
2. Setin Jagung manis
3. 1 cawan santan
4. 1/2 cawan gula pasir
4. Air
Bahagian B:
1. 1 tin susu cair
2. Nata de Coco
3. 1 tin buah campuran
Cara penyediaan:
Bahagian A:
1. Mula-mula larutkan tepung kastard tu dengan air dalam periuk, agak-agakla jangan pekat sangat
2. Dah rasa mcm sebati tu, buka api kecil.
3. Kacau, bila rasa likat sangat, tambah lagi air
4. Pastu da rasa tepung tu da masak (tepung masak = mendidih), masukkan la santan dan gula
5. Kacau lagi sampai santan masak
6. Akhir masukkan jagung manis dan kacau bagi sebati
7. Pastu bagi likat betul, tuang dalam bekas untuk disejukkan dalam peti sejuk
8. Dah sejuk, potong dadu
Bahagian B:
1. Panaskan susu cair suam-suam kuku je
2. Ambil air gula dari nata de koko ngan koktel tu, tuang sekali dalam susu cair di atas.
3. Rasa, kalau manis sgt, tambah air sikit.
4. Pastu campur nata de koko, koktel buah dan apa2 lagi la nak tambah hehe
Ok, cara makan..
Senang je...Campur ja suma dari bahagian A, B pastu kalau nak sedap...letak ketul2 ais..memang yuuummmmmyyyyy hehe
Ni dalam bentuk gambar rajah hehe
2. Kacau jgn tak kacau. Thx to adik aku yg rajin tolong kacau
untuk membolehkan aku snap gambar :P
3. Letak dalam bekas utk disejukkan
4. Siap utk dimakan ke diminum???:P haha
Mudah dan cepat. Yang penting sedapppp :)
to Diha:
ni lah projek rahsia aku, hehe hang igt apa??:P
Labels: m e n m a s A k - m a S a k