Ok dah peram lama gila entry ni..akhirnya terasa rajin nak habiskan mengarang huhu..

Hasil blind DIY. Memang bukan profesional hehe. Walaupun roller dia xcanggih macam yang dijual di kedai-kedai tapi bangga sebab ni hasil titik peluh memerah keringat dan otak oleh kami suami isteri haha (isteri je perah otak lebih sebab xpaham)

Bahan-bahan diperlukan:
1. Mesin jahit
2. Gunting
3. Pita/kayu ukur
4. Batang besi (yang hollow je)
5. Kayu
6. Tali
7. Besi/plastik bentuk cincin
8. Kain 

Cara-cara:
1. Mula-mula sila dapatkan ukuran tingkap.

2. Silalah kira berapa labuh dan lebar kain yang diperlukan. Pastu wat simple calculation mcm kat bawah ni (en suami yg calculate hehe..baca 20x xphm2 jgk..kena pakai otak engineer haha)



Erk xtau nak terangkan dalam perkataan..sebab buat mmg based on gambar kat atas ni hehe


Dan hasilnya.......


Atas sekali tu letak kayu..utk sangkut blind tu guna mcm cakuk pasang kat kayu tu dan sangkut dekat paku/skru yg telah di drill ke dinding :) 

Tali pulak beli je tali apa2 kat kedai hardware..panjang tali tu pula..sila rujuk gambarajah sebelum hehe..Kat bahagian belakang blind tu jahit tangan ring utk masukkan tali tu macam ni: 


Untuk pemberat kena letak batang besi yg hollow tu..jadi bila kita nak naikkan blind dia terlipat cantik je..


Jadinya siap la diy blind kitorang..xsusah pun sebenarnya..a bit tricky dkt calculation je kot..once dah paham senang je :) Oh ya jarak antara pemberat tu xsama supaya bila lipat, dia jadi mcm gambar kat bawah ni:

Kalau jarak antara pemberat sama pun boleh, tp bila terlipat x nampak lebih2 tu..So next time kalau boleh nak buat lagi if rajin :D sebab ukuran semua dah ada hehe...tunggu yg sekarang ni lusuh dulu la kot :p