Minggu ini adalah minggu paling penat kot..haihs macam nak tercabut pinggang, juling bijik mata, kebas otak dok kira stok semua barang-barang kat STOR..Oh tersangatlah berpinar-pinar mataku, mengira semua itu satu per satu..Nasib petang dapat makan 'coq' pisang, 'coq jagung' ngan 'coq' ubi hehe..
Sejak bekerja ni, priority ku telah berubah sedikit hehe. Sama tapi tak serupa ya. Masih benda yang sama, cuma tukar menjadi lebih matang :p ceeewah perasan lak hehe. Kalau dah memang kaki shopping tu, tak kira la macam mana pun, mesti nak shopppppiiingggg gak. Aku paling akan 'tershopping' kalau ada sale, STRESS. Harga aku tengok la, yang termampu, brand tak kisah sangat, asalkan sedap mata memandang. Hehe benda yang memang dari dulu aku suka shopping @ window shopping:
1. Baju - Dulu sebelum kerja, selalu shopping tshirt, inner, cardigan dan sebagainya. Sekarang masih jugak beli, tapi juga gila meronda Jalan TAR, Jakel untuk memborong kain pasang :) Almaklumlah dah kerja ni. Boring tengok baju sama jek
---> Baju kurung 4 pasang baru p ambil tadi :D
2. Handbag - Dulu mestilah jenama idaman adalah seperti converse, radioactive, roxy dll yang menjadi idaman kalbu. Sekarang memang jarang sangat nak cari beg sedemikian. Aku memang fokus membeli hangbag 'matang' untuk dipadankan dengan baju kurung.
---> Baru dapat 2 handbag pada sabtu yang lepas. Ada sale :D
3. Kasut - Dulu selalu beli kasut yang bertutup macam sport shoes tu. Pastu gila wedges sekejap, ada jugak heels. Tapi selipar adalah terbaekkkkk. Masih pakai sampai sekarang. Tapi untuk pegi keja, memang kasut 'selesa' seperti makcik2 menjadi pilihan. Nak berdiri lama-lama, nak jaga tulang belakang :p
---> Dah lama tak shopping kasut. Tak minat sangat. Hehe sebab selalu jalan2 pakai selipar jepun jek :D
4. Seluar - Dulu memang memburu levi's hehe. Tapi yang 2 pasang tu so far masih rasa ok. Dah lama dah tak beli jeans. Hehe kemudian gila mencari seluar hitam ala-ala slack tapi bergaya jugak untuk kuar jalan :p So sekarang dah ada 2 pasang seluar hitam :)
---> Belum ada keinginan nak tambah koleksi hehe
5. Tudung - Oh mestilah kalau dah gila beli baju, harus gila membeli tudung pulak. Bawal masih yang terbaeeekkk bagi aku la. Cuma kalau malas, memang shawl menjadi pilihan sebab tak perlu iron :) Tapi tudung kecemasan mesti la tudung ariani ngan syria :)
---> selalu beli shawl pasal sekarang sangat murah. RM5/shawl paling murah aku dok beli :)
Hehe yang lain-lain tu macam-macam lagi. Tapi ni antara top5 aku suka tengok saja atau beli. Semakin seronok aktiviti ini bila ada geng. Wat sorang-sorang selalu tak jadi hehe. So, kesimpulannya, shoping boleh menghilangkan stress aku hehe :)