Bukan yatim piatu dah :)

Setelah sekian lama budak ni hidup sorang-sorang, akhirnya aku jumpa juga mak dia. Dah merata tempat aku cari, sekitar Perlis ni semua pelosok aku cari. Kedah, Penang, KL, Seremban...Tapi memang tak jumpa. Ramai suara sumbang cakap, memang dia ni yatim piatu forever. Tapi aku yakin, kalau berusaha, aku dapat jumpa mak dia. Macam jejak kasih je aku rasa. Terima kasih banyak-banyak pada my 'cousin forever(CF)' iaitu Kioh yang setia menemani aku pegi cari mak dia ni.


Hahahah ngarut gila entry. Dia yang aku maksudkan adalah baby octopus yang kecik kat bawah ni. Lebih kurang 2cm jek. Kawan ofis bagi as souvinier, letak dalam kereta. Tapi ya lah, kesian pulak tengok dia sorang-sorang kan. Dah kecik gila hehe.


Baby Octopus :)

Baby Octopus & Mama Octopus :)

Hikhik setelah mencari-cari mama dia ni, akhirnya petang tadi jumpa kat The Store, Kangar Perlis. Gembira tak terkata kat kedai tadi bila jumpa mama octopus. Memang sangat excited. Dalam kereta senyum sepanjang jalan. Waaah haahaha.Memory Lane, Living Cabin, Hinode, S & J segala bagai aku dah cari, tapi tak ada ok.

P/s: Ada orang tu bagitau, teori sebab apa org tak jual mama octopus ni...Sebab kaki dia banyak & orang malas nak jahit :P

Kepada orang itu, i dah jumpa ok :P sila jangan jeles hikhik. Usaha tangga kejayaan:) Atas usaha gigih, dia dah ada mama :D

2 Responses
  1. cheyart.chemid Says:

    awat mak dia kaler ijau? haha