Hari Jumaat lepas bos kat stor perubatan (Pn Azlina) nak buat jamuan, sempena naik pangkat ke u48 hehe. So, de tanya la aku, tau/penah wat tak koktel??Aku ni bab masak ni memang la failed skit. Tapi bab-bab makanan merapu gini memang aku minat hehe..So, aku pun menyahut cabaran ini utk wat koktel. Puan nak order nasi, lauk pauk suma. So, kira koktel ni pencuci mulut la. Mula-mula igt nak tanya jiran belakang umah je resepi. Tapi tiba2 tingat, kawan baik En Akhyar iaitu En Iqbal aka Bal punya mak. Penah rasa koktel yang mak de wat. Memang sedap dan menjilat sudu la hehe. So, aku pun mesej la Bal minta resepi, dan dapat la :) Tapi aku google kat tenet gak, pasal ada sedikit keraguan. Tapi da malu nak tanya Bal haha.

Rupanya senang gila kot wat koktel ni. Sangat simple, sesuai untuk orang yang sibuk, tapi ada niat untuk wat pencuci mulut sendiri :) hehe.

Bahan-bahan (Mungkin utk 10 orang makan la kot, tak reti nak agak hehe) :

Bahagian A:
1. 1 cawan tepung kastard
2. Setin Jagung manis
3. 1 cawan santan
4. 1/2 cawan gula pasir
4. Air

Bahagian B:
1. 1 tin susu cair
2. Nata de Coco
3. 1 tin buah campuran

Cara penyediaan:

Bahagian A:
1. Mula-mula larutkan tepung kastard tu dengan air dalam periuk, agak-agakla jangan pekat sangat
2. Dah rasa mcm sebati tu, buka api kecil.
3. Kacau, bila rasa likat sangat, tambah lagi air
4. Pastu da rasa tepung tu da masak (tepung masak = mendidih), masukkan la santan dan gula
5. Kacau lagi sampai santan masak
6. Akhir masukkan jagung manis dan kacau bagi sebati
7. Pastu bagi likat betul, tuang dalam bekas untuk disejukkan dalam peti sejuk
8. Dah sejuk, potong dadu

Bahagian B:
1. Panaskan susu cair suam-suam kuku je
2. Ambil air gula dari nata de koko ngan koktel tu, tuang sekali dalam susu cair di atas.
3. Rasa, kalau manis sgt, tambah air sikit.
4. Pastu campur nata de koko, koktel buah dan apa2 lagi la nak tambah hehe

Ok, cara makan..

Senang je...Campur ja suma dari bahagian A, B pastu kalau nak sedap...letak ketul2 ais..memang yuuummmmmyyyyy hehe

Ni dalam bentuk gambar rajah hehe

1. Barang - barang projek


2. Kacau jgn tak kacau. Thx to adik aku yg rajin tolong kacau
untuk membolehkan aku snap gambar :P


3. Letak dalam bekas utk disejukkan

4. Siap utk dimakan ke diminum???:P haha
Mudah dan cepat. Yang penting sedapppp :)



to Diha:
ni lah projek rahsia aku, hehe hang igt apa??:P

6 Responses
  1. cheyart.chemid Says:

    ehem,kenny rogerss?


  2. g_dah86 Says:

    awat plak??tidak pahm huhu


  3. cheyart.chemid Says:

    anda perlu belanja kenny rogers kan? sila jangan buat-buat lupa..hehe


  4. g_dah86 Says:

    anda yg kena blnja :P haha yela igt2 :)


  5. pixietasya Says:

    waaa. sedappnyee! hehe. nnt wat kan utk i ye? =p


  6. g_dah86 Says:

    demi u tasya..mestila ble hehe