Quick Update:P

Alhamdulillah....
1. Dah abis jahit :D Lenguh jari jemari i tau..tapi demi bff ku gagahi jua hikhik...
Xtau la finishing projek i tu macam mana akhirnya hehe..

2. En Suami odw balik :D

3. Tinggal lagi 11 hari huhu  

Haahaha tajuk macam tajuk movie yang Travelling Pant:P
Actually masa awal-awal tau pregnant dulu pegi melawat kawan yg baru deliver bb..so dia cita la pasal diari hamil yg kawan dia bagi hehe..so dia decide nak pass la kat kawan-kawan kami yang baru kawen@baru pregnant..kebetulan aku pulak time tu baru je pregnant..so diary ni pass kat aku la dulu..now aku dah pass ke sorang lagi kawan yang baru kahwin :)



Bagi aku, diari ni sangat simple, bahasa yang digunakan sgt mudah, menarik untuk dibaca..Sangat informative..Bergambar membuatkan kita lebih semangat nak membaca :) If ada 'rezeki' lagi rasa memang nak beli buku ni untuk dijadikan salah satu reference. InsyaALLAH...



Masih bertungkus lumus menyiapkan projek-projek DIY..Yang diha nye dah 70% hehehe..sempat la kot siap sebelom nak ikut en Suami menetap di sana (sedihnya nak tinggal family & kawan2 kat sini) Yang SIL punya lak rasa 80% dah siap..hehehe tinggal untuk cat & design hehehe..

Love You !!!! ~~~ u know who :)



Semalam mimpi apa tah terbuka le surat2 cinta i dulu2 dengan en Suami hahaha..omg memang lawak gila..baca sorang2 memang terbahak2 aku gelak..dengan kata ganti diri yang berubah mengikut peredaran zaman.tah apa2 ja aku rasa..hikhik..ooo rindu nya zaman bercinta dulu :P

Dah start wat projek DIY untuk my BFF ni..So far nampak la sinar positif hikhik. Semalam dah try buat sikit & mms kat dia..HOpe hg suka la no dengan hasilnya :P

Wiken pulak nak wat DIY projek ngan en Suami (oh yaa hanya boleh tolong bersorak saja, sebab kerja berat nak gergaji bagai..hahaa) Hope jadi jugaklah. Segalam barang pon dah ada..rasanya cat je kot tak da lagi :p Cepatlah wiken sebab rindu dekat dia..

Surat pemberitahuan pertukaran dah dapat.Still macam tidak percaya tapi haruslah percaya kan. Next destinasi adalah dekat BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan). Sebenarnya still tidak tahu macam mana bidang kerja di sana. Hopefully dapat sesuaikan diri dengan cepat. Patut lapor diri Isnin depan. Tapi manalah boleh, minta tangguh sampai habis cuti bersalin. So far oklah PT kat  hospital pun dah tolong buat surat minta tangguh dan dah fax ke sana, cuma nak tunggu pengarah sain je la..

Oh ya ambil cuti 90 hari gak..Sebab rasanya nak masa untuk pulihkan kesihatan fizikal dan juga mental. Nak jadi suri rumah kejap lepas ni untuk en Suami :p

Sekarang hobi baru di masa lapang yang amat ni adalah blogwalking B2B punya blog. Semangat dok baca membuatkan teringat ketika zaman aku giat membuat preparation untuk kawen dulu. Sangat gembira kot, plus SIL sekarang memang tengah busy untuk preparation dia, so aku dan en suami pon tolong sama bersemangat. Time kenduri kami dulu, this SIL la yang banyak tolong buat preparation untuk kenduri belah sini. Ada projek untuk aku dan En suami. Hope berjaya dan tidak hangat2 t*** ayam.

Oh ya semangat jugak pasal kahwin2 ni pasal BFF aku pun akan kahwin tarikh yg sama ngan SIL...SOb2 tak bole p kenduri ngan akad nikah hg madihah :((

Terima kasih pada keluarga, sahabat yang masih tidak lupa melawat, sms, kol utk beri semangat pada saya. Tima kasih banyak. Tima kasih banyak2 gak untuk keluarga mentua yang jaga saya dalam pantang ni..dan En Suami, i love u so much. 
XOXO 

    

ADAM HARITH BIN AKHYAR HANIFF


Pejam celik pejam celik dah dekat 2 minggu dah baby adam tinggalkan mummy ngan papa
Baby adam lahir kat dunia ni kejappppp sangat.
Dia lahir 25.03.12 pada jam 2140 dan pergi selamanya pada jam 2335 pada hari yang sama
Baby adam ni keluar pada minggu ke 33 dengan berat 1.35kg
Mummy pun sebenarnya tak berapa nak ingat muka adam sebab sempat tengok dia kejaaap sangat.
Tapi mummy ingat kening dia ikut kening papa iaitu tebal dan cantik tak macam mummy.
Tapi papa gitau kulit dia ikut mummy:)
Nanti lepas abis pantang ni mummy nak pegi tgk kubur baby adam.

Hmmmmm 
Tapi rindu sangat time baby adam dalam perut dulu
Sekarang rasa lain je bila takda baby dalam perut ni
Tak da dah orang nak main2 kat dalam ni
Semoga mummy kuat terima kehilangan adam ni
Nanti baby adam tolong mummy ngan papa ye kat SANA
Mummy ngan papa sayang sangat baby adam
Insyaallah nanti kita jumpa di SANA...amin


Oh ya mummy baru perasan
Tak pernah upload gambar mummy pregnant adam dulu
Ada tu ada, tapi time tu perut tecikkkk sangat, tak nampak pon
So nak upload la sikit:




Terima kasih pada family,kawan-kawan yang banyak beri support pada mummy
Tapi palinggggg nak terima kasih pada en suami@papa yang sangat supportive
yang selalu bagi semangat, yang tak pernah tinggal kan mummy kat hospital sorang2.
Papa yang teman malam2 bila mummy tak ble tido
TQ sayang. Semoga dugaan ni lebih mengeratkan hubungan kita dan hubungan kita denganNYA