Rasa semangat nak menulis malam ni. Hehee sekarang ni memang musim kawen dan lain-lain. Kawan-kawan seusia pun dah ramai mendirikan rumah tangga. Sekarang macam trend kawen muda (tak muda sangat kot 24-25 tahun :p) Tapi itulah, jodoh dah sampai kan. Dulu masih ingat zaman sepupu sepapat dulu, kalau 24 tahun tu masih mudala, jarang la umur ni dah kawen. Tapi sekarang kembali ke zaman dulu-dulu.
Fakta :p
Tok aku sendiri kawen belasan tahun, dalam 16 tahun kot.
Tok Sedara aku kawen umur 14 tahun
Mak aku kawen umur 18 tahun
Wan Syafinaz ni BFF aku kat KMP (Matrik Arau) pun dah selamat dinikahkan dengan pilihan hati pada 30.10.10 yang lalu. Kenduri nya belum, 18.12.10 ni baru kenduri :D
So masih panas lagi la pengantin ni :P
Pnut dan en Suami :)
Selepas ja selesai akad nikah pnut ni, aku dan kawan-kawan cabut ke Langkawi :) pegi semalam ja. Tidur kan motel Sweet Inn, semalam harga ~RM80 jek. Okla untuk tidur, ada wifi, breakfast pun sekepala RM5 jek. Katil single x 2. Bilik sangat ok dengan harga tersebut :) Cuma dia kena masuk ke dalam sikit, susah nak cari mula-mula tu. Dekat area Pantai Chenang jek. Pengantin baru tak ikut kami ke Langkawi. Pengantin lama ikut :p
Alia dan Topek. Pengantin Lama :p
Langkawi ni dekat ja ngan Perlis ni, tapi kalau pegi, mesti semangat jugak. Antara aktiviti yang sempat, Island Hoping dan soping ja la. Cuaca tak elok, so tak boleh naek cable car (Alhamdulillah :P)
Ok cerita pasal Island Hoping ni, kat Tasik Dayang Bunting tu banyak la kera@monyet?? Aku pun tak sure. Diorang ni, tak boleh tengok beg plastik ka, botol air mineral ka, diorang akan rampas. Nak jadi cerita, boleh pulak aku kena attack ngn bapak kera ni. Nasib baik aku sempat tarik handbag, kalau tak tak pasal dia bawak lari masuk hutan ----> paling aku malas silap2 kena g balai polis report kehilangan wallet aku. Waaaaa nasib ada tourist tolong aku.
Bukan kera ni yang attack :|
Muka geram. Kereta sewa mati tgh jalan.....sebab tak cukup minyak nak p stesen minyak !!
Oh my Gucci :p
Rasa mcm dalam cita James BOnd, keluar dari laut :p
Terpaksa la wat timer kalau nak gambar bertiga. Pasangan pengantin lama sibuk main kayuh-kayuh:p
Cuba aksi berbeza :P
Bajet dalam jakuzi :)
Masing-masing letih. Sarah ja cergas dok snap gambar kami yang nyenyak ni huuu
Bila lagi nak p bercuti???? I'm craving for vacation. Nak pulau lain pulak pleaseee..Langkawi dekat sangat hehe.. Pasni wat trip pas sapa plak kawen??jeng2 :)