Showing posts with label F a M i L Y. Show all posts
Showing posts with label F a M i L Y. Show all posts

Paling penting untuk menyusukan anak adalah ILMU pengetahuan...Educate seramai yang mungkin dengan ilmu breastfeeding ni...Paling dekat start dengan suami, mak, mak mentua..kena ada ilmu sebab akan ada orang-orang yang cuba melemahkan semangat kita..Bersyukur kalau ada support dari orang sekeliling dan aku memang sangat bersyukur :)

Baca dan jangan malu bertanya pada orang yang dah ada pengalaman.. Pergi kelas kalau berkesempatan. Cari dan gali ilmu seluas-luasnya..Join group yang pro-breastfeeding kat facebook macam:



Rasanya banyak lagi kot group..just tapi je nanti akan keluar la suggestion nya.


Antara tips yang aku amalkan dah alhamdulillah supply masih mencukupi @ cukup-cukup makan utk ali up to 19 bulan ni..

1. Sentiasa berfikiran positif. Walaupun hasil kita pam tu macam kurang sikit hari tu jangan merungsingkan diri..Kena selalu cakap insyaallah ada rezeki Allah bagi untuk anak aku.. 

2. Jangan skip pam...Walaupun xsempat or dah lewat untuk sesi tu, aku akan pam juga walaupun 10minit (double pumping so bole jimat masa). Rekod paling cepat aku pam adalah 7 minit haha. (ok ni aku admit mula malas lepas Ali setahun setengah..sila jgn malas)

3. Jaga pemakanan.. Aku setakat ni xpernah ambil sebarang supplement untuk tambah susu..cuma aku akan pastikan aku minum segelas or lebih susu setiap hari. Husband selalu akan remind kalau aku buat2 terlupa hehe. Pastu aku memang xda istilah diet bila start menyusu ni..aku makan banyak gila haha..Tapi nasib badan cepat turun sama..so beliau 6bulan mcm tu dah dpt pre-pregnancy weight :)

4. Supply vs demand..Bila cuti aku mmg aku direct feeding beliau.. Asal dia nak ja aku bagi je..Xdala nak fikir eh tadi sejam lepas baru ja bagi..nape nak lagi..aku enjoy the moment time dia nak ngempeng..sekejap je diorang ni besaq huhu..nanti dia dah besaq x mau mai kat kita sedih pulak hehe..so kalau dia minta sejam sekali pun aku layannnn ja :)

5. Dapatkan sokongan untuk orang tersayang seperti dalam kes aku adalah suami. Ali sekarang tiba2 meningkat dengan mendadak minum ebm kt nursery. Dari 3 botol (4oz sebotol) melonjak jadi 6 botol (4 oz juga). Haha mommy dah start malas pam sebab konon ada stok frozen. Sekarang gigih la kerapkan balik mengepam (rujuk point no 2). Sekarang gighla mommy mengepam balik asal lapang, power pumping dan lain-lain..5 bulan lagi awak nk cukup 2 tahun ali huuuu. Ok di sini apa yg en suami tolong adalah dengan tolong offer basuhkan pam, offer nak kejutkan tengah malam (3 ke 4 pagi) utk mommy bangun pam, offer bawa mommy p makan yg sedap2, yg mommy suka dan macam2 lagi. Kesimpulannya en suami cuba x bagi aku stress dan menggembirakan si isteri hehe.

Ok.. Hopefully berjaya la misi mommy nak susukan Ali sampai 2 tahun.. Insyaallah. Thank you daddy for your fully support. Love you till jannah :)


Alhamdulillah pejam celik sekejap nye dah jadi mommy kepada Ali Althaff ni..macam x percaya haha..sekarang my sweet little caliph dah 8bulan setengah dan maksudnya milestone pertama (6bulan) dah lepas.. Walaupun Ali ni anak kedua tapi pengetahuan dan pengalaman menyusukan anak adalah kosong sebab dulu tak sempat pon.. (Al-Fatihah untuk anak mommy yang bahagia di sana, Adam Harith )

Ok tipulah kalau perjalanan penyusuan pertama kali ini tidak berliku..memang berliku terutamanya masa dalam pantang..Tapi pernah terbaca kat mana tah lebih kurang macam ni ayat dia:
"Penyusuan ibu ni bukan mudah tapi adalah tidak mustahil". Jadi memang kata-kata ni antara menjadi penguat semangat jugala..Waktu dalam pantang tu memang macam-macam cabaran yang ditempuhi. Kronologi masa dalam pantang lebih kurang macam ni lah:
 
1. Day 4: Ali kena jaundice. Warded semalam kat SCN, mommy kena bgn pam setiap 2/3 jam untuk hantar susu ke hospital..ini rasa ok lagi cuma kelam kabut sebab xpandai guna pam lagi, tak familiar ngan perkakasan haha..nasib baik daddy dia rajin tolong baca manual huhu..

2. Ok Ali warded semalam je ...Alhamdulillah, cuma yang x bestnya dapat prolonged jaundice yang menyebabkan kena p cek level kat Klinik Kesihatan selang sehari...huuu yang ni memang stress.. Sebab kita ngan badan x kuat lagi pastu emosi x stabil jadi risau tu melampau....huhuh

3. Umur Ali lebih kurang sebulan tiba2 demam panas pulak..temperature spiking lebih 38oC (ok kalau dalam pantang baby demam panas sila lah pegi hospital ye..jgn pegi klinik biasa je sebab BAHAYA!!!) dan bila dah pegi hospital komfem kena tahan wad huhuhu..Ali pulak kena on antibiotik untuk seminggu dan doktor memang nak cari punca dia demam panas..so mmg procedure dia akan ambil darah, urin nak tengok kat mana punca infection..so mommy memang risau gila time ni sebab kesian kot nak kena cucuk2 semua dah yg ni cabaran terbesar dalam pantang ni huuuu gagal mengawal emosi menyebabkan susu drop :( hantar juga susu 8x2oz setiap hari tapi nurse topup dengan FM juga kadang2..(ok ni pasrah je la sebab at least dah berusaha hantar EBM) Berat Ali pulak turun dari 3.1 kg time lahir -----> 2.6kg (umur sebulan sepatutnya lebih kurang 4kg) huhuhu lagi la mommy sedih rasa bersalah yang amat ketika ini... Memang time ni mcm2 la doktor plan nak buat sebab berat turun, demam panas..Tapi bernasib baik sekali lagi sebab daddy Ali ni sangat supportive :)

4. Oleh sebab susu mommy drop sgt mendadak (nasib baik masih ada stok EBM) doktor pakar tu cadangkan 1 ubat untuk tambah susu...tapi malangnya mommy alergik ngan ubat tu menyebabkan cirit birit yang teruk huhuh lembik tubuh badan yang masih dalam pantang ni. Bila cecair dalam badan kurang susu pun harus lah kurang...

5. Oh ya masa dalam pantang juga merasa pengalaman bengkak susu (ni memang sakit yang amat memang xtahan dan nangis haha), nipple sore, duktus susu tersumbat.

Tapi bila lama-lama, sedar tak sedar eh dah mula lancar..Cuma bila fikir-fikir balik benda pertama kali apa pun tak mudah, cuma kita jangan mudah putus asa. Pastu memang bersyukur dikelilingi oleh orang sekeliling yang kuat menyokong terutama suami, mak, mak mentua, adik beradik, ipar duai dan semua-semua..mr google juga hehe

Sekarang Alhamdulillah rezeki menyusukan ali masih ada dan semakin lancar sekarang..Stok pun dan makin memenuhkan deep freezer (memang x sangka akan sampai tahap sampai kena beli deep freezer). Ali membesar dengan jaya nya dan juga aktif :)
 
Ali Althaff ~ 8 bulan

Insyaallah nanti ada kelapangan nak kongsi tips2 untuk menjayakan penyusuan ibu :)

Setahun sudah

Adam Harith bin Akhyar Haniff. After 1 year. We miss you sayang. Insyaallah kita jumpa di sana ye sayang.

Alhamdulillah. Setelah macam-macam onak dan duri, drama dan yang sewaktu dengannya, 25/2/13 officially kami pergi amek kunci rumah kami. Alhamdulillah, syukur yang amat sangat. Tapi onak dan duri semua tu xnak tulis lah, malas nak ingat sebab semua dah setel dengan cara baik :)

List to do secara kasarnya:
1. Check kalau ada sebarang defect 
2. Tinted cermin
3. Grille
4. Wiring dan pasang lampu dan kipas
5. Kitchen kabinet
6. Drill benda yg perlu
7. Cuci rumah
 8. Pasang langsir

Note: Bila tengok balik tarikh baru perasan, lagi sebulan lagi genaplah setahun Adam Harith bin Akhyar Haniff lahir dan pergi kepada penciptaNya. Cepatnya masa berlalu. Mummy ngan papa sayang adik Adam tau. Tau adik Adam ada di tempat yang jauh lebih baik di sana. Nanti tolong mummy ngan papa ye sayang :)

Sempena wedding SIL hari tu, kitorang telah DIY wedding photobooth..asalnya idea tu macam main2 ja, tapi pujuk2 en Suami dia pon setuju nak buat. Haruslah pujuk sebab sapa lagi nak buat keja gergaji dan paku kan :P hehe design pon amik yang paling la basic..Wat frame satu je.Then hiaslah wall tersebut :p



1. Mula-mula potong plywood (nak eja pon kena google:P) kat tengah2 sikit untuk letakkan frame. Kitorang tak buat tinggi sangat coz senang budak2 nak amek gambaq, then plus kitorang ni pon bukan tinggi2 sangat kan.Sapa yg tinggi boleh tunduk kan??hehe


2. Then gergaji kayu kecik ni untuk wat tapak bg plywood ni berdiri..Kitorang wat L shape je


3. Lepas plywood dipakukan dan didirikan, sapulah cat.. Hehe guna cat kapur je, jimat dan senang :p time ni bukan main excited..sebab dah nampak sinar nak jadi dah hahaha

4, Sapu lagi cat bagi penuh. Sapu 2 kali lagi bagus :D


5. Last, hiaslah ikut suka hati.. Hehe yg untuk pegang2 tu SIL yang buat sendiri..



Tengok, ramai oooo orang tangkap gambaq kat sini. En suami kata berbaloi2 dia berpanas gergaji dan paku sume :P hehee tapi busy ngan kenduri, tak sempat pon amek gambaq..sob2 ngan en Suami ada sekeping tu ja huhuu..

Kerjanya nampak mudahkan???tapi orang yang nak gergaji, memaku tu la paling penat..I haruslah bagi sokongan moral tak berbelah bagi kan hehe..Eh pasni tunggu turn kak teh plak la..nanti kita cat   kaler lain pulak hehe. 

Waaaa bulan Jun dah nak abis.Nervous nya nak start keja, tapi dah boring kot dok umah :p (ops nanti jangan menyesal bila dah start keja)

Hehe sempena cuti sekolah hari tu berlansungnya SIL punya wedding. Hehe time wedding belah laki nya sama la ngan annyversary kami :D hihi Akad nikah nya jumaat ptg, belah perempuan sabtu, then ahad belah laki :D

Theme akad nikah: Putih...Sweet kan??dulu En Suami tak mau kaler putih pasal katanya time sekolah dulu tiap2 jumaat pakai baju melayukaler putih :P 


Belah perempuan, kaler biru sekolah menengah :D


OOOo i love this dress..Belah laki ni..kaler putih, tapi sweeeeet sangat dress ni..nak pnjam bole??? Hehe tp xpadan kot hehe.



Hehe aku suka betul p majlis akad nikah orang ni..Feeling dia lain..seronok bila sedara or kawan rapat kita nak bertukar status kan???

Sempena wedding kak lang ni, en Suami ngan I ada wat projek DIY..kiki tak sangka menjadi dan orang2 mentalon ni pandai menggunakan prop :P hehe next entry la.macam panjang lak :P

Semalam mimpi apa tah terbuka le surat2 cinta i dulu2 dengan en Suami hahaha..omg memang lawak gila..baca sorang2 memang terbahak2 aku gelak..dengan kata ganti diri yang berubah mengikut peredaran zaman.tah apa2 ja aku rasa..hikhik..ooo rindu nya zaman bercinta dulu :P

Dah start wat projek DIY untuk my BFF ni..So far nampak la sinar positif hikhik. Semalam dah try buat sikit & mms kat dia..HOpe hg suka la no dengan hasilnya :P

Wiken pulak nak wat DIY projek ngan en Suami (oh yaa hanya boleh tolong bersorak saja, sebab kerja berat nak gergaji bagai..hahaa) Hope jadi jugaklah. Segalam barang pon dah ada..rasanya cat je kot tak da lagi :p Cepatlah wiken sebab rindu dekat dia..

Surat pemberitahuan pertukaran dah dapat.Still macam tidak percaya tapi haruslah percaya kan. Next destinasi adalah dekat BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan). Sebenarnya still tidak tahu macam mana bidang kerja di sana. Hopefully dapat sesuaikan diri dengan cepat. Patut lapor diri Isnin depan. Tapi manalah boleh, minta tangguh sampai habis cuti bersalin. So far oklah PT kat  hospital pun dah tolong buat surat minta tangguh dan dah fax ke sana, cuma nak tunggu pengarah sain je la..

Oh ya ambil cuti 90 hari gak..Sebab rasanya nak masa untuk pulihkan kesihatan fizikal dan juga mental. Nak jadi suri rumah kejap lepas ni untuk en Suami :p

Sekarang hobi baru di masa lapang yang amat ni adalah blogwalking B2B punya blog. Semangat dok baca membuatkan teringat ketika zaman aku giat membuat preparation untuk kawen dulu. Sangat gembira kot, plus SIL sekarang memang tengah busy untuk preparation dia, so aku dan en suami pon tolong sama bersemangat. Time kenduri kami dulu, this SIL la yang banyak tolong buat preparation untuk kenduri belah sini. Ada projek untuk aku dan En suami. Hope berjaya dan tidak hangat2 t*** ayam.

Oh ya semangat jugak pasal kahwin2 ni pasal BFF aku pun akan kahwin tarikh yg sama ngan SIL...SOb2 tak bole p kenduri ngan akad nikah hg madihah :((

Terima kasih pada keluarga, sahabat yang masih tidak lupa melawat, sms, kol utk beri semangat pada saya. Tima kasih banyak. Tima kasih banyak2 gak untuk keluarga mentua yang jaga saya dalam pantang ni..dan En Suami, i love u so much. 
XOXO 

    

ADAM HARITH BIN AKHYAR HANIFF


Pejam celik pejam celik dah dekat 2 minggu dah baby adam tinggalkan mummy ngan papa
Baby adam lahir kat dunia ni kejappppp sangat.
Dia lahir 25.03.12 pada jam 2140 dan pergi selamanya pada jam 2335 pada hari yang sama
Baby adam ni keluar pada minggu ke 33 dengan berat 1.35kg
Mummy pun sebenarnya tak berapa nak ingat muka adam sebab sempat tengok dia kejaaap sangat.
Tapi mummy ingat kening dia ikut kening papa iaitu tebal dan cantik tak macam mummy.
Tapi papa gitau kulit dia ikut mummy:)
Nanti lepas abis pantang ni mummy nak pegi tgk kubur baby adam.

Hmmmmm 
Tapi rindu sangat time baby adam dalam perut dulu
Sekarang rasa lain je bila takda baby dalam perut ni
Tak da dah orang nak main2 kat dalam ni
Semoga mummy kuat terima kehilangan adam ni
Nanti baby adam tolong mummy ngan papa ye kat SANA
Mummy ngan papa sayang sangat baby adam
Insyaallah nanti kita jumpa di SANA...amin


Oh ya mummy baru perasan
Tak pernah upload gambar mummy pregnant adam dulu
Ada tu ada, tapi time tu perut tecikkkk sangat, tak nampak pon
So nak upload la sikit:




Terima kasih pada family,kawan-kawan yang banyak beri support pada mummy
Tapi palinggggg nak terima kasih pada en suami@papa yang sangat supportive
yang selalu bagi semangat, yang tak pernah tinggal kan mummy kat hospital sorang2.
Papa yang teman malam2 bila mummy tak ble tido
TQ sayang. Semoga dugaan ni lebih mengeratkan hubungan kita dan hubungan kita denganNYA











Kahwin Part 1



Terasa nak upload juga kisah kahwin walaupun dah lebih sebulan :P
Selagi inai masih merah di kuku, feeling pengantin baru tetap ada hahaaa


4 Jun 2011
Adalah kenduri sebelah perempuan (iaitu belah aku la)
Buat sekali ngan kakak aku ye..

Banyak hikmah buat sekali ni..
Antaranya:

1. Dapat pergi survey baju kahwin sama-sama. So lebih bersemangat. Aku survey almost setiap kedai pengantin yang ada kat area Perlis, Alor Setar, Jitra, Changlun. Bagi puas hati :)

2. Duit nak kenduri pun banyak boleh save. Seperti duit catering, duit pelamin, cat rumah, upah orang main kompang, door gift dan banyakkkkk lagi. So, duit adalah jimat SEPARUH :)





Doorgift terlebih banyak juga..sebab last minute dapat banyak sponsor dari adik beradik :)


3. Pastu memudahkan ahli keluarga dan sedara mara terutamanya yang duduk jauh-jauh. Contoh tak perlu la balik kampung 2 kali kan..nak melayan tetamu time kenduri ni penat ye..even pakai catering pun, nak melayan tetamu haruslah tuan rumah, so at least penat sekali ja :P

4. Pergi kedai mekap sama-sama..time nak pakai baju tu senanglah, saling membantu..baju kahwin ni memang rumit,dengat korset nya, ketatnya, zip di mana-mana..so senang :D

So pada zaman sekarang yang semua benda mahal ngada-ngada, tak salah kita berjimat cermat hikhik..yang penting yang wajib tu penting :D


Oh ya, inai ni kakak aku yang cari..pun dapat murah pasal share kos transport dia :P akak ni akan datang rumah lukis..Suka kan??senang tak payah pegi kedai. Hikhik sangat-sangat rekomen akak ni...sangat baik dan lukis pun cantikkkkk :) Gambar ni pun pinjam akak ni punya :P

Ok walaupun buat sekali, tak semua boleh share....seperti bunting kahwin ni..masing-masing la wes. Xkan satu bunting tu nak letak muka 4 orang, nanti dah abes kenduri pakat berebut nak buat frame :P



Tidak lupa jugak pada en fotografer...TIDAK boleh share ok. Sila upah masing-masing. Nanti bergaduh sebab gambar kurang.. Kalau lebih kompem diam sambil senyum :P



Pengapit jugak haruslah masing-masing..Tak boleh la nak share..kesian pengapit kena kapit 2 orang..so sila baik hati :P

*




*



*



*



*

Ok gambar kami berempat :D





Hikhik hari ibu lagi..Rasa baru jek tulis entry tahun lepas pasal hari ibu gak. Hikhik tahun ni tak beli makanan kat luar, sebaliknya masak kat umah. So, memang ada pembahagian tugas :P


Along - masak sup ayam
Angah - Jus tembikai
Achik - Masak nasi ayam <--chef besaq hari ni hehe
Aku - dadih, potong buah :P (Keja senang je)
Ipi - Boro TTK (Tugas-tugas khas) membantu je

Okla, berjaya gak, penuh rumah bila semua adik berdik berkumpul ni

Ringkas je entry ni. Tak da idea hahaa

SAYA SAYANG MAK SAYA :)

XOXO :D


Petang tadi pegi rumah kakak. Saja nak men ngan budak-budak kecik kesayangan ni :) tapi yang ni je dapat :P SOrang tidur, tak nak bangun-bangun, sorang lagi pegi rumah mak tok dia.. Hehe jadi Alyaa Nazifa la jadi mangsa ateh petang ni :P






muahhhhhh XOXO sayang nazifa :D

Budak ni sangat bagus, nangis bila lapar jek. KEna buli ngan kakak abang pun steady je. Memang akan jadi budak yang tough :D hikhik pastu suap makanan je, kompem melekat kat sebelah :P suka budak umur camni hikhik ..

En Akhyar : sila jangan jeles :P

Hari Keluarga Farmasi 2011 bersama 3 orang anak buah :)


3 anak buah telibat :) Hasya, Muaz ngan Naimah.
Semua kena pakai baju kaler biru :)

Dari kiri Muaz, Naimah, Amar (kawan nursery naimah)..
amar ngan naimah berkepit ja dari pagi :P

Anak buah masuk pertandingan kaler, Ateh nya
pulak yang terlebih excited :P

Kagum ngan naimah. baru 3 tahun 3 bulan,
tapi dah pandai kaler hikhik. Rasa terharu :P

Ateh suruh meniarap sebab takut lenguh :P
Semangat dok sorak kat luar tu bagi semangat :P

Muaz tengah semangat nak bagi siap cepat hikhik

Naimah dari belakang :P

Mengintai 'lawan' :P

:)

Kesimpulannya, walaupun aku tak dapat cabutan bertuah, kumpulan tak menang sukaneka...Tapi gembira sebab budak-budak ni gembira :) Masuk pertandingan kaler ni, even tak menang pun dah dapat goodie bag budak-budak ni :)




Pada bulan Syawal lalu, keluarga saya ada buat Hari Keluarga la dekat Putri Ayu Resort. Saya dilantik sebagai AJK malam GALA. Gambar full dari semua kamera pada hari KEluarga ni saya tak dapat lagi, tapi ni dari kak Cik saya. Heee video budak2 wat show pada malam tersebut. ALhamdulillah semua mendengar arahan :D

Sebenarnya, semua budak-budak ni semangat sebab kami dah janji kalau wat elok-elok, dapat Ben10 (Ni khas especially utk muaz ngan Aiman yang payah nak mendengar arahan hehe) Padahal macam mana pun mmg ada gift untuk kanak-kanak :p

Btw, rasa ketika mereka membuat show ini, saya adalah seperti-----------------> seorang guru tadika heheh

Mak saya



Semalam adalah Hari Ibu. Hari ibu ni tak ada tarikh specific. Ia akan jatuh pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei :) Semua org sayang mak/mama/umi/mummy/ibu dan yang sewaktu dengannya hehe.. Dalam family aku ada 5 beradik semuanya. 4 yang atas adalah perempuan (termasuk aku) dan semua dah berkejaya..hehe means bekerjaya di sana adalah tiket utk adik laki kesayangan kami mem'pow kami semua. Tapi adik aku sorang ja la yang tak kerja lagi, masih belajar dan dia ja la sorang2 laki hehe, tolak abah le..

Aku memang plan lama dah nak celebrate hari ibu ni dengan membuat makan-makan ka apa2..Tapi minggu lepas aku agak sibuk. tak sempat plan sangat. Tapi nasib baik la adik aku cuti semester, dan de sampai umah pagi sabtu (sehari sebelum Hari Ibu). Dengan adanya adik aku ni, kuat sikit semangat nak plan untuk mak tersayang ni. Senang kira ngan adik aku ni... <---Ipi, aku puji hang ni, sila belanja aku :p

Ok, actually aku nak discuss ngan adik aku hari Sabtu tu, tapi aku ada kenduri kat Jitra + adik aku memang bangun lewat, so plan nak diskusi itu lebur...Ok pagi Ahad tersebut, aku plan nak bangun awal, nak tolong mak wat kerja dapur and etc..Tapi aku bangun 'terlewat' sikit. hehe nasib mak aku blum mulakan projek di dapur. Ok, bangun ja terus aku g dapur untuk alas perut..Jmpa nasi kandaq..wau the best la hehe..da alas suma tu, aku pun offer la kat mak aku untuk tolong siang semua benda yang mak aku beli kat market hehe.. Tapi aku mengaku la, aku bukan terer sangat pun nak siang-siang ni especially ikan :P tapi kalo udang, sotong, ketam tu..mmg expertise la :P cet 3 benda ni senang gila kot. budak pun reti hehe. Tapi memang 3 ni aku agak terer la nak banding ngan ikan..tapi sekurang-kurangnya aku try gak la siang ikan. Ikan kembung@termenung memang terer la..Ikan len tu, jarang-jarang tolong, so tak tere hehe.

Ok, di dapur aku pun sembang-sembang ngan mak. Mak cakap utk lunch de nak masak simple2 ja.Tapi mak...simple pun..anakanda mu ini sehingga menjilat jari...heheh. Then untuk malam mak ajak makan lua.SO dalam kepala hotak aku dah plan da nak belanja mak aku makan hehe.Mak cakap de tingin nak makan satay.Pastu nak kek sebiji tu ja..Tapi aku ngn adik aku plan nak beli kfc gak, pasal takut tak kenyang. Sebab kami sekeluarga memang spesis kuat makan hehe..Ptg tu dalam kul6 aku ngan adik aku ronda-ronda la nak carik sate kat Kapitol tu.Situ memang terbaekk.Tapi tak buka pun lagi. Try kol D'sena, pasal sate kat sana pun sedap. Tapi orang situ ckp, orang tersebut tak datang g. Kesimpulannya setelah berusaha gigih, sate tak dpt gak :( sory mak, len kali kita makan sate k..Then tukar plan jadi sebiji kek + KFC je..

Ini adalah kek tersebut..Sungguh sedap sekali. Coklat chip, harga berpatutan hehe..Kotak de sangat cantik k :) Beli kat kedai Kek Sayang, Kangar. (Gambar kfc aku tak upload la..KFC semua orang penah makan kot :))) )

Selamat Hari Ibu, Pn Mashitah, We love you :)


Berkenaan hadiah pulak, dah lama mak teringin benda di bawah ini. So, kami adik beradik pun berpakat la share duit untuk beli satu kat mak :). Macam menarik kan, so next weekend kami plan nak try la menda alah ni hehe.

Di atas adalah kotaknya


Ini adalah benda di dalamnya.

Ok, pendapat peribadi aku, Hari Ibu ni bagus, sebab kita boleh tunjuk kat mak kita, memang kita sayang de. Tapi tak perlu tunggu hari ibu baru nak tunjuk. Kena tunjuk hari2, tapi time Hari Ibu nih lagi spesel la kan. Hadiah pulak, tak perlu mahal-mahal. Asalkan kita ikhlas. Macam sorang kawan aku, de bagi mak de basikal..sebab mak de ckp, tingin nak exercise kayuh basikal petang2..so sweeet kan??hehe

So, walaupun lambat skit, nak ucap gak (kat mak awal2 aku dah wish, kat sini je lambat hehe)..Selamat hari ibu kepada mak yang paling best..paling aku sayang -->Pn Mashitah binti Ibrahim. Sayang mak sangat2 :)

Petang semalam snnnnggggaaatla letih balik dari office. Attach di sini membuatkan aku terfikir, aku tak bape sesuai ngan keja yang dok ngadap PC/Laptop. Tapi think positif, maybe sebab aku attach ja, so that's why aku rasa cam tk dak keja.Pasal aku tengok pegawai semua sangat banyak keja k..Lagipun tak suka ngadap PC lama-lama coz takut mata rosak :P (alasan, nih dok berblog berfb boleh plak hehe). Miss my life kat hospital.Even jumpa patient yang macam-macam ragam, tapi aku boleh survive hahaa..Sebab letih gila semalam, tak jadik la nak men bedminton petang semalam. Siap lentok abes g pas asar huhu..Kul6 camtu, anak sedara/menakan/nephew tepon. De tanya:


Muaz : Assalammualaikum ateh..ptg ni ateh tak meh umah muaz ka men badminton??
Ateh : Ateh letih la muaz..Esok petang ateh p k..
Muaz : Ateh tak mo meh umah muaz ka hari ni??Meh la.
Ateh : Ala muaz..Ateh tak larat la..esok k??

Then mama de amek tepon dan aku pun cakap sekali lagi aku tak larat nak p..hehe So, kesimpulannya hari ni kena p men badminton kat umah de. Men bodo-bodo ja, kat depan umah de, tapi yang aku suka pasal ada tukang sorak (Muaz & Naimah)

Pastu apa yang muaz cakap yang wat aku kesian kat de. Tapi perbualan ni dah lama, last week kot..

Muaz: Ateh, bila adik (nazifa) nak besar ni. Muaz nak p jalan-jalan. Muaz nak p langkawi

BTW, adik de baru ja lahir 11Mac hari tu..hehe so, lambat g la nak besar. Tp no worry my dear, tak lama kalo ateh, achik & achu p jalan-jalan, kami bawa muaz k? ^_^

Now dah 2010. Anak sedara pun dah bertambah menjadi 5 orang. Alhamdulillah..Seronok dikeliling oleh anak-anak sedara ni. Nak tunggu anak sendiri lambat g. hehe Sekarang dah ada 2 lelaki dan 3perempuan. Along ada 2 orang anak, sepasang, dan angah dah ada 3orang anak, sorang laki dan 2 perempuan.


Dalam family, aku nih dipanggil ateh. Syoookkk da ada ramai budak-budak kat keliling anda.


Ok nak kenalkan, ni anak angah:


ni yang baru lahir 11mac yang lalu..Welcome to the world nazifa..
Alyaa Nazifa bt Nazzery Rosmady
~ sebulan




Alyaa Naimah bt Rosmady aka Kak Ngah
3tahun



Mohd Muaz bin Nazerry Rosmady aka Bang Long
6tahun

Ni plak anak along:


Helmy Mustaqim bin Hamdun
4 tahun


Hasya Murfiqah bt Hamidun
10tahun


Semoga dapat banyak lagi anak menakan pas ni..hehe Semoga keluarga lebih besar pas ni ^_^