Kepada En. Akhyar Haniff bin Che Mid,
Salam.
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada encik, atas kesabaran encik melayan perangai saya yang kadang kala kepala angin + batu + ribut. Saya sangat-sangat beruntung dapat kenal dengan lelaki macam encik. Susah nak jumpa lelaki yang sangat penyabar macam encik. Kawan-kawan selalu tanya saya, enick ni tak pernah marah ka??Saya jawab mestilah encik pernah marah, encik pun manusia biasa gak. Tapi encik ini kalau marah, mesti atas alasan yang munasabah. Tak macam saya.
Tiap-tiap bulan, bila tiba saat itu (PMS), emosi saya menjadi sangat tidak stabil. Mudah merajuk, marah dan lain-lain. Tapi awak masih sabar dengan perangai itu. Sebab di lain masa, saya sangat coooolllll, betul kan encik??? :)
Encik gak sangat baik hati teman saya shoping. Sampai satu tahap, bila encik tak dak, saya tak reti nak pilih barang tersebut. Encik juga rela berpanas teman saya pegi Jalan TAR, masuk kedai kasut, kedai baju, kedai selendang, kedai tudung, make up dan lain-lain. Encik tak penah merungut walaupun barang saya beli tu banyak dan berat. Semua encik plak yang tolong angkat. Terima kasih banyak-banyak ya encik.
Lagi satu, bila saya tengah sedih, down gila-gila, encik pandai cari jalan untuk kembalikan semangat saya. Bila saya ada masalah kat tempat kerja, encik dengar luahan hati saya, walaupun encik tak faham sangat pun. Contohnya saya stress pasal bulan depan nak kena keja 24 jam. Pastu kereta yang bulan depan baru nak dapat. Terima kasih sebab sudi dengar masalah saya.
Sepanjang kita 'kawan' ni, saya nak minta maaf andai saya ada mengguris hati encik. Encik adalah lelaki paling baik saya penah kawan. Terima kasih atas semua-semua yang encik buat untuk saya. Saya betul-betul hargai. Minta maaf tahun ni tak da hadiah ka apa, hanya surat ini sahaja dapat saya beri untuk encik.
Sekian.
Salam kasih dan rindu.
Cik Majidah
Labels: Random
hehe, terharu =P..
thanxx yanggggg...
luv u sooooo muchhhh...
sorryy for everything..
hehe u r welcome my dear..
luv u more...