Bila hari jumaat - eeee bestnya esok lusa cuti.Apa nak wat ye weekend ni. Masuk keja petang pun semangat gila, pasal kejap ja keja pastu balik rumah.Jumaat memang hari kegemaran la sejak dah mula kerja ni..
Tapi bila ISNIN tiba....
Mula dari Ahad malam ISNIN tu dah gelisah.Mulala dok fikir malasnya nak p kerja esok.Kenapa cepat sangat ni weekend.Tak sempat wat apa2 pun. Tapi sekarang aku ada tips supaya aku rajin dan semangat nak p kerja pagi ISNIN tu.
Ada seorang yang sangat rapat pernah bagitau, kalau nak rasa semangat pagi ISNIN tu, pastikan kita pakai/guna benda baru bali. Tak semestinya benda-benda besar atau mahal. Benda-benda kecik pun ok. Contohnya macam keronsang tudung, contact lense kaler2, bracelet dll. Asalkan benda tu tak pernah pakai lagi ke tempat kerja. Kalau lagi semangat, benda yang lebih nampak/mahal hehe.Macam baju, handbag, tudung, kasut, sandal dll. Mula-mula tak percaya sangat, tapi bila wat, memang rasa lebih semangat. Bukanlah nak menunjuk ke apa kat officemate, tapi untuk kepuasan diri sendiri. ^_^
Ok kesimpulannya, aku kena beli sesuatu hujung minggu ni. Tak kisahlah benda mahal ke murah, kecil atau besar, yang penting BARU. Hehe
Labels: Random