Terasa nak upload juga kisah kahwin walaupun dah lebih sebulan :P
Selagi inai masih merah di kuku, feeling pengantin baru tetap ada hahaaa
4 Jun 2011
Adalah kenduri sebelah perempuan (iaitu belah aku la)
Buat sekali ngan kakak aku ye..
Banyak hikmah buat sekali ni..
Antaranya:
1. Dapat pergi survey baju kahwin sama-sama. So lebih bersemangat. Aku survey almost setiap kedai pengantin yang ada kat area Perlis, Alor Setar, Jitra, Changlun. Bagi puas hati :)
2. Duit nak kenduri pun banyak boleh save. Seperti duit catering, duit pelamin, cat rumah, upah orang main kompang, door gift dan banyakkkkk lagi. So, duit adalah jimat SEPARUH :)
Doorgift terlebih banyak juga..sebab last minute dapat banyak sponsor dari adik beradik :)
3. Pastu memudahkan ahli keluarga dan sedara mara terutamanya yang duduk jauh-jauh. Contoh tak perlu la balik kampung 2 kali kan..nak melayan tetamu time kenduri ni penat ye..even pakai catering pun, nak melayan tetamu haruslah tuan rumah, so at least penat sekali ja :P
4. Pergi kedai mekap sama-sama..time nak pakai baju tu senanglah, saling membantu..baju kahwin ni memang rumit,dengat korset nya, ketatnya, zip di mana-mana..so senang :D
So pada zaman sekarang yang semua benda mahal ngada-ngada, tak salah kita berjimat cermat hikhik..yang penting yang wajib tu penting :D
Oh ya, inai ni kakak aku yang cari..pun dapat murah pasal share kos transport dia :P akak ni akan datang rumah lukis..Suka kan??senang tak payah pegi kedai. Hikhik sangat-sangat rekomen akak ni...sangat baik dan lukis pun cantikkkkk :) Gambar ni pun pinjam akak ni punya :P
Ok walaupun buat sekali, tak semua boleh share....seperti bunting kahwin ni..masing-masing la wes. Xkan satu bunting tu nak letak muka 4 orang, nanti dah abes kenduri pakat berebut nak buat frame :P
Tidak lupa jugak pada en fotografer...TIDAK boleh share ok. Sila upah masing-masing. Nanti bergaduh sebab gambar kurang.. Kalau lebih kompem diam sambil senyum :P
Pengapit jugak haruslah masing-masing..Tak boleh la nak share..kesian pengapit kena kapit 2 orang..so sila baik hati :P
*
*
*
*
*
Ok gambar kami berempat :D
Labels: F a M i L Y, kiSah cintA saya
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)