Kasut Kahwin



Pagi ni bangun awal :D bangga ngan diri sendiri. O yeah dah buat scaling gigi dan polish kot nama nya hikhik. Nasib keja ngan goverment so, dapat la GL ------> free jek treatment suma hehe dan yang penting dapat private Dentist :P Ok scaling ni tidak la sakit tapi kengiluan sangatlah terserlah time dia nak buang kotoran di gigi. OK bangga bila staf dia cakap gigi i cantik :p means bukan cantik luaran jek, yang dalam-dalam pun cantik hahaha. Setengah orang senyum cantik, bila nganga jek OMG :p hehe sila amalkan floss, berus gigi dan kumur pakai listerine k :D Hahaha rasa macam tak mau makan sampai majlis :p tapi memang tak mungkin la hehe.

Semalam wat facial, OMG muka aku merah-merah, hope sempat la baik sebelum aku nikah ni. Aku pun gedik nak wat isnin..isnin sampai jumaat pun bukan jauh pun. Ish2 tapi aku yakin dengan kadar penyembuhan kulit aku :D

Ok lagi, haha memang ekspres punya entry. Semua aku nak cita...intro tiada kaitan dengan tajuk :P yeah aku dah berjaya wat ' i do' stiker dekat kasut tu. Punyalah payah aku dok fikir cara nak lekat. Mula-mula nak pakai gam pistol tu. Tapi payah wes, gam tu panas, besar berbanding batu yang aku beli tu. Oh ya, aku beli batu yang lekat-lekat kat tudung or baju ni. Kalau kat baju iron ja, tapi ni kat tapak kasut ok. Macam mana nak iron hehe. Setelah percubaan pertama gagal untuk gunakan gam pistol, aku pun mendapat idea menggunakan double sided dan idea ni disupport oleh en Tunang :D

ok alat yang di perlukan 3 ja
1. Double sided
2. Batu nak dilekatkan
3. Gunting

Mula-mula tu lekat ja la nak tulis apa, I DO ke, nama pengantin ke (tapi nama tak tapak kasut????nonono ) dekat double sided tu



Pastu silalah potong mengikut bentuk huruf-huruf yang dibentuk



Pastu lekat jela :D taraaaaa da siap :D


Mudah je, cuma kena rajiiiiinnn hehe.. tak lah rajin sangat, tapi semangat :D ooo ini adalah kasut di sebelah kenduri laki-laki :D dan semoga nanti nampak la dalam gambar kahwin, penat buat :P dah terbayang-bayang posing untuk tayang tapak kasut...wakakakaa

0 Responses