Dalam dilema lagi
ish banyak betul la dilema aku
Dilema no 1..
Nak lukis ke tak inai kat tangan kaki tu?
ish2 ada la dapat 2 tempat, satu kena pegi kedai, penah tengok hasil memang cantik
Satu lagi dia boleh datang umah, tapi dia cas lebih sikit la hikhik
Tapi entahlah masih di dalam dilema nak pakai ke tak
Ini kerana.......
Kalo inai lukis tu mesti dia pakai inai tiub (rasanya la hahah) pastu nanti tak tahan lama. Paling lama 2 minggu je la kot aku rasa. Tapi memandangkan aku rajin basuh pinggan mesti seminggu dah hilang hehe.. Camna nak feeling pengantin baru kalo inai kat tangan dah hilang. Maksud aku inai kat kuku tu la..Lagipun aku paling tak berkenan bila inai tu dah jadi kaler oren tu..tak cantik la ish2.. So masih difikirkan...
* masih tiada penyelesaian setakat ni
Dilema no 2..
Kenduri belah aku nanti, aku wat sekali ngan kak aku. So kami dok fikir time nak menyambut pengantin laki tu, adakah nak jalan 2 pasang terus atau nak buat sepasang-sepasang???? tapi dok fikir kalo wat sepasang-sepasang macam lawak ja. Hahaha ingat nak terus wat 2 pasang, tapi nak kena atur timing bagi serentak la.
* yang ni nampak jelas sikit nak wat keputusan hikhik
Dilema no 3
DOk cari pemain kompang. Ada survey kat kawan, tapi aku rasa macam mahal je harga dia. Tapi dia pun cari atas orang. So maybe orang tu pun mark up harga kan. PAstu minta tolong bapa sedara surveykan, tapi tak tau price pulak. ISh2 kalo aku bagi je setiap pemain kompang tu makan kenyang-kenyang lauk kenduri tu tak boleh ka??hikhik nak sep bajet je aku ni :P
* so masih tiada pemain kompang. payah sangat aku men ja lagu kompang mp3 :)))
Penin ngan banyak benda yang tak setel.
Penin ngan kena keja malam
Penin nak timing masa untuk memanjakan badan dan muka :D
Labels: nAk Kahwin
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)