Hikhik kawan-kawan yang dah kahwin weekend lepas :) O gembiranya mereka dah lepas..aku masih berdebar-debar :D

28/5/2011
Dayang
TSP9903
MA1-MA5 :)
Teman bergosip selamanya :p

29/5/2011
Athirah
TSP2002-2004
4Baiduri-5Baiduri
PRP di HTF 2009-2010





Kasut Kahwin



Pagi ni bangun awal :D bangga ngan diri sendiri. O yeah dah buat scaling gigi dan polish kot nama nya hikhik. Nasib keja ngan goverment so, dapat la GL ------> free jek treatment suma hehe dan yang penting dapat private Dentist :P Ok scaling ni tidak la sakit tapi kengiluan sangatlah terserlah time dia nak buang kotoran di gigi. OK bangga bila staf dia cakap gigi i cantik :p means bukan cantik luaran jek, yang dalam-dalam pun cantik hahaha. Setengah orang senyum cantik, bila nganga jek OMG :p hehe sila amalkan floss, berus gigi dan kumur pakai listerine k :D Hahaha rasa macam tak mau makan sampai majlis :p tapi memang tak mungkin la hehe.

Semalam wat facial, OMG muka aku merah-merah, hope sempat la baik sebelum aku nikah ni. Aku pun gedik nak wat isnin..isnin sampai jumaat pun bukan jauh pun. Ish2 tapi aku yakin dengan kadar penyembuhan kulit aku :D

Ok lagi, haha memang ekspres punya entry. Semua aku nak cita...intro tiada kaitan dengan tajuk :P yeah aku dah berjaya wat ' i do' stiker dekat kasut tu. Punyalah payah aku dok fikir cara nak lekat. Mula-mula nak pakai gam pistol tu. Tapi payah wes, gam tu panas, besar berbanding batu yang aku beli tu. Oh ya, aku beli batu yang lekat-lekat kat tudung or baju ni. Kalau kat baju iron ja, tapi ni kat tapak kasut ok. Macam mana nak iron hehe. Setelah percubaan pertama gagal untuk gunakan gam pistol, aku pun mendapat idea menggunakan double sided dan idea ni disupport oleh en Tunang :D

ok alat yang di perlukan 3 ja
1. Double sided
2. Batu nak dilekatkan
3. Gunting

Mula-mula tu lekat ja la nak tulis apa, I DO ke, nama pengantin ke (tapi nama tak tapak kasut????nonono ) dekat double sided tu



Pastu silalah potong mengikut bentuk huruf-huruf yang dibentuk



Pastu lekat jela :D taraaaaa da siap :D


Mudah je, cuma kena rajiiiiinnn hehe.. tak lah rajin sangat, tapi semangat :D ooo ini adalah kasut di sebelah kenduri laki-laki :D dan semoga nanti nampak la dalam gambar kahwin, penat buat :P dah terbayang-bayang posing untuk tayang tapak kasut...wakakakaa

Bila stress...

Tanda-tanda yang menunjukkan anda stress:


1. Jerawat naik

2. Sakit gigi

3. Sakit kepala

4. Sakit perut

5. Mudah lupa

6. Pola pemakanan berubah (kuat makan atau tak lalu makan)

7. Pola tidur berubah (keja nak tidooooooo ja atau imsomnia)

8. Jiwa menjadi lebih sensitif

Hikhik kalau stress mesti nak ngaku kan. Mesti cakap tak...oooo aku pun rasa aku tak stress tapi mengalami beberapa tanda di atas yang dialami hehee...Dah-dah tak mau stress dah Cik Majidah. Sila buang stress tu jauh-jauh..


Tak tau la sakit gigi ni sebab stress atau sebab memang sakit..ish2 penangan makan banyak makanan manis seperti pelam harum manis, kek dan macam-macam, tapi tak pa, Selasa ni nak pegi cek gigi, ngan cuci gigi bagi bersinar-sinar di hari bahagia hehe :D






Nota: Mujur kakakku Dr Gigi :D senang kerja hehe

Wish List

Waaaaaaaa semakin berdebar. Tak sampai lagi sebulan nak bertukar status, INSYAALLAH :) to be exact another 13 days..WOW haha.. Ok dah makin dekat ni, makin ramai la kawan-kawan, teman di tempat kerja tanya nak hadiah apa. OOO rupanya sangat pening untuk meminta. Mungkin sebab itu:

Memberi lebih baik daripada meminta :P


Haha kenapa pening ya??Sebabnya takut nak minta takut orang cakap demand sangat. Pastu takut menyusahkan kawan-kawan pula. Tapi kalau tak minta nanti takut dapat benda yang samaaaaa jek. Contoh macam kakak aku, dah beranak 3 pun, rice cooker dia dapat time kahwin dulu ada 2 lagi tak pakai. Time aku student dulu, aku dah ambik satu :P tapi masih ada balance hahaha. Setelah berbincang ngan en Tunang, mak dan rakan-rakan adalah beberapa benda yang berjaya dibuat list..Hikhik yang gembiranya, ada yang dah beli pun, tunggu hari kejadiannya baru officially dapat :)


Ni antara favourite, toplist hadiah yang nak la hehe. Terima kasih banyak2 pada yang dah tolong tunaikan hajat. i lap u :P


1. Peti Ais
2. Mesin basuh
3. Microwave
4. Vakum Cleaner
5. Comforter
6. Dapur
7. Keetle
8. Blender
9. Set sudu
10. Pinggan mangkuk
11. Kipas kaki
12. Periuk belanga
13. Rice cooker
14. Set Gelas/cawan beserta ngan jag/teko
15. Pemanggang elektrik



Yang ini jek dapat fikir wat masa sekarang. Yang tulisan kecil-kecil tu, alhamdulillah dah dapat :D Terima kasih banyak2 pada kakak2 yang tidak lokek memberi serta kawan-kawan yang len :)






Ok aku sukaaaaaaa gilaaaaa men volleyball. Tapi last aku men adalah ketika menuntut pada tahun akhir ketika belajar degree dulu. Rindu gila nak men, tapi men volley haruslah ada team. Tapi kat Hospital ni memang tak da team... Tahun ni ada Karnival Sukan HTF, so tiba-tiba diorang nak wat team :D Syookkkkk apa lagi haruslah memberi nama untuk bermain kan :D Walaupun tarikh dah semakin hampir, tapi gedik gak nak men hikhik. Sebab aku yakin, men volley tak dak la nak injurt seperti terkoyak ligamen ka, luka parah di muka or lutut ka..Dannnn terbukti aku memang selamat :D

OK, lawan hari tu adalah pada cuti wesak yang lepas, 17 Mei 2011. Team aku hanyalah cukup-cukup orang, dan ada sorang je reserve pasai memang tak dak orang yang nak men :D pastu memang tak penah training sebagai 1 team. Tak sempat ok! Dah kerja, len la zaman student lu. Hikhik kesimpulannya.....

*



*



*



*



*



*



*



Sila tengok gambaq :P

Okla tu, dapat dua2 laki pompuan naib johan dari 6 team :D hikhik. Yang best nya pasal dapat medal. Ingat men dalam HTF jek tak dak la medal semua. Tapi memang enjoy la :)



Esok men futsal plak. Tapi kalau boleh tak mo men la, takut injurt..Reserve sudah hehe. Kalau menang dapat medal jugak kan?:P Ish2 futsal dah la memang tak reti. Tapi apa pun gut luck team !!

Pilihan pertama

Pilihan pertama adalah selalu yang terbaik :)


Ok perasaaan nak kahwin memang serabut macam ni aku rasa haha. Dah beli, pastu rasa ish macam tak ok. Was-was itu sentiasa ada. Macam entry dipersimpangan hari tu. Ok, alkisahnya time tunang tu, baju dah siap. Tapi tudung tak da g. So di kesempatan pegi jumpa en Tunang kat KL, saja la bawa baju tu sekali untuk cari tudung. Ok, time kat sana dah beli satu tudung, bawal, simple ja pasal rasa baju tu dah penuh segala manik, pastu nak pakai veil lagi. Then setel la konon..Bila aku balik umah, dengar pulak kawan cakap . " Eh, hang nak pakai bawal ke?La (sekarang) ni orang mana pakai dah, orang pakai tudung indon tu"

Ok kesimpulan kat sini, awat tah aku gelabah. P la cari tudung tu pulak. Ok total tudung yang difinalise untuk tunang ada 4 helai. Hahaha tapi......lastly, tudung bawal yang 1st aku beli tu jugak aku pakai haha.

Ok, pastu pasai wedding shoes pulak. Aku dah beli 2 pasang. Ok biasa-biasa ja pun. Yang 1 tu dah ok, yang satu lagi tu kan nak letak brooch. So, dah beli sepasang, dah letak. Then pegi BIG FIELD (padang besar) g beli lagi. Haihh last2 lepas tunjuk kat en tunang kat YM, dia cakap yang 1st lagi cantik...tapi tak pa la, brooch tu boleh pakai g keja :)

Kadang-kadang ni memang kita akan goyah sikit bila dengar orang-orang cakap ni. So, mulai saat ini, cewah :p Aku berazam untuk lebih tetap pendirian. Kalau dah beli tu memang dah ok. Pasal selalu kalau kita nampak benda tu, dan berkenan, grab ja..haha ni memang falsafah aku :P

Tapi en Tunang ni memang supportive, so dia memang support je i :p Tapi paling suka kalau bawak dia g shoping, dia akan bersuara. Means bagi pendapat.. Aku ada kawan yang bf nye takkan masuk kedai kasut, kedai baju. No way, so aku pulak tak boleh. At least kena ada 2nd opinion haha. Tapi selalu aku beli ja pun kalau dah berkenan:P

Ok, puji lebih-lebih ni ikhlas ye :P

Hikhik hari ibu lagi..Rasa baru jek tulis entry tahun lepas pasal hari ibu gak. Hikhik tahun ni tak beli makanan kat luar, sebaliknya masak kat umah. So, memang ada pembahagian tugas :P


Along - masak sup ayam
Angah - Jus tembikai
Achik - Masak nasi ayam <--chef besaq hari ni hehe
Aku - dadih, potong buah :P (Keja senang je)
Ipi - Boro TTK (Tugas-tugas khas) membantu je

Okla, berjaya gak, penuh rumah bila semua adik berdik berkumpul ni

Ringkas je entry ni. Tak da idea hahaa

SAYA SAYANG MAK SAYA :)

XOXO :D


Petang tadi pegi rumah kakak. Saja nak men ngan budak-budak kecik kesayangan ni :) tapi yang ni je dapat :P SOrang tidur, tak nak bangun-bangun, sorang lagi pegi rumah mak tok dia.. Hehe jadi Alyaa Nazifa la jadi mangsa ateh petang ni :P






muahhhhhh XOXO sayang nazifa :D

Budak ni sangat bagus, nangis bila lapar jek. KEna buli ngan kakak abang pun steady je. Memang akan jadi budak yang tough :D hikhik pastu suap makanan je, kompem melekat kat sebelah :P suka budak umur camni hikhik ..

En Akhyar : sila jangan jeles :P

050511

Cepatnya masa berlalu. Macam tak percaya tak sampai sebulan lagi wooooo (tak sabaq wes nak kawen) Pejam celik kejap je. Rupanya dah lama aku bercinta :P Ok saja gedik nak cita sejarah sikit..Kalau salah memang kompem kena la dengan En Tunang yang memang selalu ingat benda-benda melibatkan nombor ni. Terbalik. Selalu perempuan yang lebih ingat.. Haaa nama pun manusia, rambut je nampak sama hehe..


Ok, rasa bersalah sebenarnya.. Aku sibuk sangat sampai lupa hari ini adalah anniversary kami yang ke errrr 7 :D waaaa dah lama bercinta rupanya hikhik. Sibuk dengan persiapan kahwin, pastu terlibat ngan sukan kat HTF lagi. Sorry ye En Tunang. Ingat nak wat suprise, tapi tak jadi pulak huhuhu..

Ok, ini insyaALLAH last anniversary kami sebagai kapel :P Pasni tukar tarikh kahwin la untuk anny, insyaALLAH. Berharap semua berjalan lancar, AMIN.





Petang tadi Pak CIk aku dah hantar salinan surat kebenaran berkahwin :P alhamdulillah dah setel borang-borang semua :) Jadi macam hadiah pulak pasal dapat hari ini :P Jom wat persiapan hikhik

Di persimpangan

Dalam dilema lagi

ish banyak betul la dilema aku

Dilema no 1..
Nak lukis ke tak inai kat tangan kaki tu?
ish2 ada la dapat 2 tempat, satu kena pegi kedai, penah tengok hasil memang cantik
Satu lagi dia boleh datang umah, tapi dia cas lebih sikit la hikhik
Tapi entahlah masih di dalam dilema nak pakai ke tak

Ini kerana.......
Kalo inai lukis tu mesti dia pakai inai tiub (rasanya la hahah) pastu nanti tak tahan lama. Paling lama 2 minggu je la kot aku rasa. Tapi memandangkan aku rajin basuh pinggan mesti seminggu dah hilang hehe.. Camna nak feeling pengantin baru kalo inai kat tangan dah hilang. Maksud aku inai kat kuku tu la..Lagipun aku paling tak berkenan bila inai tu dah jadi kaler oren tu..tak cantik la ish2.. So masih difikirkan...

* masih tiada penyelesaian setakat ni


Dilema no 2..
Kenduri belah aku nanti, aku wat sekali ngan kak aku. So kami dok fikir time nak menyambut pengantin laki tu, adakah nak jalan 2 pasang terus atau nak buat sepasang-sepasang???? tapi dok fikir kalo wat sepasang-sepasang macam lawak ja. Hahaha ingat nak terus wat 2 pasang, tapi nak kena atur timing bagi serentak la.

* yang ni nampak jelas sikit nak wat keputusan hikhik


Dilema no 3
DOk cari pemain kompang. Ada survey kat kawan, tapi aku rasa macam mahal je harga dia. Tapi dia pun cari atas orang. So maybe orang tu pun mark up harga kan. PAstu minta tolong bapa sedara surveykan, tapi tak tau price pulak. ISh2 kalo aku bagi je setiap pemain kompang tu makan kenyang-kenyang lauk kenduri tu tak boleh ka??hikhik nak sep bajet je aku ni :P

* so masih tiada pemain kompang. payah sangat aku men ja lagu kompang mp3 :)))


Penin ngan banyak benda yang tak setel.
Penin ngan kena keja malam
Penin nak timing masa untuk memanjakan badan dan muka :D