Cuti-cuti Sabah

Alhamdulillah. Berjalan lancar percutian kami ke Sabah hari tu :) Walaupun pada awalnya kelam kabut sebab xtau nak mula dari mana. Beli tiket flight je awal (tengah tahun 2012 untuk travel Januari 2013) . Pastu bila makin dekat ngan tarikh untuk travel ni, makin malas nak booking hotel la, itinerary pun tunggang terbalik. Leaflet Sabah SIL dah bagi tapi entahla time tu mood tak mai lagi haha. Tapi alhamdulillah dipermudahkan sebab ramai kawan-kawan yang dah pegi Sabah membantu untuk membuat itinerary kami :) Tapi rasanya yg paling banyak memberi informasi adalah kawan aku yg dihantar keja kan Sabah dan hampir 2 tahun berkhidmat di sana. Dialah yang bagi no tepon keta sewa, tolong carikan hotel-hotel yang boleh walking distance kat Kota Kinabalu. Tq Hazwan :)  Lepas kitorang plan apa aktiviti nak buat kat Sabah tu, siap tunjuk kat dia lagi punya la nak tanya pendapat ok ke x hehe.

Trip kami adalah 6 hari 5 malam. Haha lepas bincang-bincang laki bini, ni lah jadual perjalanan kami kat sana. Tapi ni secara kasar sajalah. So akan ada entry lain untuk details setiap aktiviti berikut hehe.En Suami aku ni memang detail orangnya. Jadual ni semua dia yang buat :) Lepas buat jadual macam ni, barulah nampak jelas sikit perjalanan trip kami :) Dah bila tunjuk kat Hazwan tu (xda la bagi jadual ni, just cerita dalam wassap je roughly) dan dia cakap ok, barulah senang hati nak pegi hehe. Pastu siap bagi link blog dia lagi kalau nak tau apa yang menarik kat Kundasang/Ranau tu hehe :)  Memang terbaiklah blog Hazwan ni hehe. Sapa-sapa nak pegi bercuti ke Sabah tu digalakkan lah baca entry blog beliau yg ni dan juga ini.

Date
Details
Hotel/flight
20-Jan-13


Kota Kinabalu
- Check in hotel.
- Cari souvenir di sekitar Pasar Filipina & Pasar Malam (tapi malam kami sampai ni hujan, jadi kedai pun banyak tutup awal).


Flight
1200 (KL)
1430 (Kota Kinabalu)

Cititel Express
No. 1, Jln Singgah Mata 1, Asia City, KK
088-521188




21-Jan-13




Island excursion
- Naik jeti kat Jesselton (Dekat dengan Suria Sabah).
- Taman Tunku Abd Razak (3 pulau - Manukan, Sapi, Manutik).

Notes : Better to bring along lunch.

- Makan malam: Seafood di KK.

22-Jan-13











Pickup rental car
- Breakfast & tapau lunch.

- Mulakan perjalanan ke Tamparuli dan seterusnya Kundasang.

Tamparuli (From KK around 40 Minutes)
- Rumah terbalik Tamparuli.
- Jambatan Gantung Tamparuli.

Kundasang / Ranau (From Tamparuli around 2 Hours)
- Kinabalu National Park.
- Hot Poring.
- Canopy Walk.
- Check in hotel.


Sri Intan Kundasang
Jalan Masjid Kundasang, Peti Surat 30, 89307 Ranau
088-88 9744)

23-Jan-13






Kundasang / Ranau (From Kundasang to Ranau around 1 Hours)
- Desa Dairy Farm.
- Spa ikan (Kampung Luanti).
- Ladang Teh.
- Kundasang Memorial War.

24-Jan-13
- Breakfast.
- Mulakan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu.
- Return rental car.

Kota Kinabalu
- Pasar Malam dan Pasar Filipina.

- Makan malam: Seafood.

Seri Borneo Hotel
Lot 10, Block D Sinsuran Complex, KK
088-280777
25-Jan-13


Kota Kinabalu
- Breakfast.
- Balik KL.
Flight
 1130 (KotaKinabalu)
 1400 (KL)

Diharap entry ini dapat lah membantu sapa-sapa yg nak pegi Sabah tu. Insyaallah akan ada lagi entry yang lebih details. Memang rasa berbaloi sangat bercuti ke Sabah ni, bangga sangat kat Malaysia ini ada tempat yang cantik dan best macam ni. Kalau ada rezeki dan panjang umur, boleh la kita berjumpa lagi ye Sabah :) Amin.

Alhamdulillah. Seronok sangat bila dah dapat stay bersama-sama dengan en. Suami. Hehe awal-awal dulu en. Suami dok rumah bujang je ngan kawan-kawan keja TM gak dekat Vista Angkasa, Kerinchi. Sewa boleh tahan mahal jugak la. Satu rumah tu sewa adalah RM1350. Hahah so selepas 2 bulan kahwin gitu, kitorang decide nak cari rumah sewa yang murah-murah je sebab kan PJJ :P Sebelum ni bila aku datang KL je sewa hotel. Tapi larat lah tiap2 kali nak sewa hotel kan. Memandangkan aku ni datang 2 minggu sekali or sebulan sekali je, so kitorang decide nak cari rumah yang affordable dan dekat ngan ofis......So jadilah kitorang duduk kat Taman Medan ni hehe. Umah pun rumah flat je. Flat kitorang duduk ni ok, sebab adalah blok baru dan jauh dari blok-blok lain. So memang ada 1 blok kitorang je kat sini :)

 Tapi bila blok ni dah penuh, ramai dah, kereta pun banyak....dah mula la rasa tak selesa dan sesak. Hmm tak tau la apa masalah diorg ni, dalam lif pun nak kencing, sampah busuk gila kadang-kadang main tinggal je merata. Parking kereta pun dah start berlapis. Tapi yang bagusnya sini persatuan rumah macam aktif (tapi kitorang xjoin pun), surau dia pun ok, aktif la. Tapi bila dah lama-lama rasa xselesa kitorang pun mula lah decide nak cari rumah sendiri dan kitorang pun rasa kewangan dah macam stabil sikit. Alhamdulillah :) 

Ok awal-awal tu aku la yang rajin gugel segala macam maklumat macam mana nak mula untuk cari rumah sebab awal-awal masuk keja, aku memang xda keja lagi...Kalau sekarang memang tak la..nak buka email personal pun xsempat..tapi kadang-kadang je la :P Benda-benda penting untuk consider sebelum beli rumah:

1. Jenis rumah (rumah tanah, kondo, apartment):
 decide nak rumah tanah sebab sekarang dok umah flat ni rasa susah sangat sebab bergantung pada lif. Kalau la lif ni rosak memang teruk la. Dan kalau rumah tanah ni parking kereta pun senang, depan pintu je :)

2. Kawasan: 
Kitorang kawasan xkisah sangat sebab tempat kerja kitorang adalah one way je, dan car pool pergi ofis. So kitorang x kisah nak amek jauh sikit, sebab area-area dekat sini harga semua adalah tahap melampau haha

3. Bajet (nak buat join loan ataupun sorang-sorang):
Decide untuk buat join loan

4. Rumah 1st hand/2nd hand
Nak yang 1st hand sebab takut banyak lak nak kena renovate kalau rumah dah ada org lain duduk

5. Rumah tengah bina/dah siap dibina
Memandangkan rumah nak yang 1st hand, kitorang kena beli dari developer. Tapi nak cari yang dah siap bina (mahal sikit la) sebab sini sekarang banyak rumah terbengkalai. So, x berani amek risk. Kalau nak beli rumah dari well established developer macam sime darby, SP setia macam xmampu lak ngan harga yang diofer hehe.

Jadi selepas menjawab persoalan kat atas kami pun proceed la nak cari rumah kami :) hehe start cari rumah ni adalah dari bulan 8.2012. Eh panjang sangat. Sambung next entry la :D


 

testing

test.test.try upload pakai hp tengok.kiki hasilnya yg pasti semua jadi huruf kecik je.kiki mlm  ni adalah mlm bermalas2..jadi dok depan tv tengok dark night:)

bila nak sambung balik projek menjahit aku ni haha.esok nak x nak kena sambung balik.go jidah!!! kena siap awal.kalau boleh before dpt kunci.haha besaq cita-cita i

Pejam celik pejam celik eh dah masuk 2013...Umur pun bakal bertambah hehehe...Tiba-tiba rasa semangat lak nak update blog :P mungkin azam baru sempena masuk tahun baru :) 

Ok sekejap je rasa dah nak masuk 7 bulan kerja kat tempat baru. Alhamdulillah termakbul juga doa   untuk berada dekat dengan en Suami walaupun macam-macam dugaan sebelum berjaya transfer ke sini. Tapi semua tu ada hikmahnye.. Kiranya lepas kawin, setahun je la dok jauh..so memang bersyukur sangat-sangat :)

Eh nak cita pasal tempat kerja baru la :p memang totally tak minta dan memang xsangka akan kerja kat BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan). Mula-mula masuk sini memang blurrrrrr ja. Sebelum ni kerja kat hospital, memang lain la sangat. Kat sini lak memang xjumpa la patient, memang mengadap sesama kitorang je. Kadang-kadang jumpa la wakil dari company. Tapi selalunya mengadap PC ja la hahaa.

So far, okla kerja sini. Sini yang best nya office hour, on time boleh balik..Kadang-kadang sangat kena stay balik lambat.. Wiken xyah keje weeee..Tapi memang penat otak la keja sini. Yang paling best pergi kerja adalah car pool ngan en Suami :) so pegi keja sekali, balik pun sekali..

2013..insyaallah akan berpindah ke rumah sendiri xlama lagi..Eh rumah xda nama lagi hehe..nama akan diberi kemudian la hehe