Cari rumah sendiri

Alhamdulillah. Seronok sangat bila dah dapat stay bersama-sama dengan en. Suami. Hehe awal-awal dulu en. Suami dok rumah bujang je ngan kawan-kawan keja TM gak dekat Vista Angkasa, Kerinchi. Sewa boleh tahan mahal jugak la. Satu rumah tu sewa adalah RM1350. Hahah so selepas 2 bulan kahwin gitu, kitorang decide nak cari rumah sewa yang murah-murah je sebab kan PJJ :P Sebelum ni bila aku datang KL je sewa hotel. Tapi larat lah tiap2 kali nak sewa hotel kan. Memandangkan aku ni datang 2 minggu sekali or sebulan sekali je, so kitorang decide nak cari rumah yang affordable dan dekat ngan ofis......So jadilah kitorang duduk kat Taman Medan ni hehe. Umah pun rumah flat je. Flat kitorang duduk ni ok, sebab adalah blok baru dan jauh dari blok-blok lain. So memang ada 1 blok kitorang je kat sini :)

 Tapi bila blok ni dah penuh, ramai dah, kereta pun banyak....dah mula la rasa tak selesa dan sesak. Hmm tak tau la apa masalah diorg ni, dalam lif pun nak kencing, sampah busuk gila kadang-kadang main tinggal je merata. Parking kereta pun dah start berlapis. Tapi yang bagusnya sini persatuan rumah macam aktif (tapi kitorang xjoin pun), surau dia pun ok, aktif la. Tapi bila dah lama-lama rasa xselesa kitorang pun mula lah decide nak cari rumah sendiri dan kitorang pun rasa kewangan dah macam stabil sikit. Alhamdulillah :) 

Ok awal-awal tu aku la yang rajin gugel segala macam maklumat macam mana nak mula untuk cari rumah sebab awal-awal masuk keja, aku memang xda keja lagi...Kalau sekarang memang tak la..nak buka email personal pun xsempat..tapi kadang-kadang je la :P Benda-benda penting untuk consider sebelum beli rumah:

1. Jenis rumah (rumah tanah, kondo, apartment):
 decide nak rumah tanah sebab sekarang dok umah flat ni rasa susah sangat sebab bergantung pada lif. Kalau la lif ni rosak memang teruk la. Dan kalau rumah tanah ni parking kereta pun senang, depan pintu je :)

2. Kawasan: 
Kitorang kawasan xkisah sangat sebab tempat kerja kitorang adalah one way je, dan car pool pergi ofis. So kitorang x kisah nak amek jauh sikit, sebab area-area dekat sini harga semua adalah tahap melampau haha

3. Bajet (nak buat join loan ataupun sorang-sorang):
Decide untuk buat join loan

4. Rumah 1st hand/2nd hand
Nak yang 1st hand sebab takut banyak lak nak kena renovate kalau rumah dah ada org lain duduk

5. Rumah tengah bina/dah siap dibina
Memandangkan rumah nak yang 1st hand, kitorang kena beli dari developer. Tapi nak cari yang dah siap bina (mahal sikit la) sebab sini sekarang banyak rumah terbengkalai. So, x berani amek risk. Kalau nak beli rumah dari well established developer macam sime darby, SP setia macam xmampu lak ngan harga yang diofer hehe.

Jadi selepas menjawab persoalan kat atas kami pun proceed la nak cari rumah kami :) hehe start cari rumah ni adalah dari bulan 8.2012. Eh panjang sangat. Sambung next entry la :D


 

0 Responses