Cuti-cuti Sabah

Alhamdulillah. Berjalan lancar percutian kami ke Sabah hari tu :) Walaupun pada awalnya kelam kabut sebab xtau nak mula dari mana. Beli tiket flight je awal (tengah tahun 2012 untuk travel Januari 2013) . Pastu bila makin dekat ngan tarikh untuk travel ni, makin malas nak booking hotel la, itinerary pun tunggang terbalik. Leaflet Sabah SIL dah bagi tapi entahla time tu mood tak mai lagi haha. Tapi alhamdulillah dipermudahkan sebab ramai kawan-kawan yang dah pegi Sabah membantu untuk membuat itinerary kami :) Tapi rasanya yg paling banyak memberi informasi adalah kawan aku yg dihantar keja kan Sabah dan hampir 2 tahun berkhidmat di sana. Dialah yang bagi no tepon keta sewa, tolong carikan hotel-hotel yang boleh walking distance kat Kota Kinabalu. Tq Hazwan :)  Lepas kitorang plan apa aktiviti nak buat kat Sabah tu, siap tunjuk kat dia lagi punya la nak tanya pendapat ok ke x hehe.

Trip kami adalah 6 hari 5 malam. Haha lepas bincang-bincang laki bini, ni lah jadual perjalanan kami kat sana. Tapi ni secara kasar sajalah. So akan ada entry lain untuk details setiap aktiviti berikut hehe.En Suami aku ni memang detail orangnya. Jadual ni semua dia yang buat :) Lepas buat jadual macam ni, barulah nampak jelas sikit perjalanan trip kami :) Dah bila tunjuk kat Hazwan tu (xda la bagi jadual ni, just cerita dalam wassap je roughly) dan dia cakap ok, barulah senang hati nak pegi hehe. Pastu siap bagi link blog dia lagi kalau nak tau apa yang menarik kat Kundasang/Ranau tu hehe :)  Memang terbaiklah blog Hazwan ni hehe. Sapa-sapa nak pegi bercuti ke Sabah tu digalakkan lah baca entry blog beliau yg ni dan juga ini.

Date
Details
Hotel/flight
20-Jan-13


Kota Kinabalu
- Check in hotel.
- Cari souvenir di sekitar Pasar Filipina & Pasar Malam (tapi malam kami sampai ni hujan, jadi kedai pun banyak tutup awal).


Flight
1200 (KL)
1430 (Kota Kinabalu)

Cititel Express
No. 1, Jln Singgah Mata 1, Asia City, KK
088-521188




21-Jan-13




Island excursion
- Naik jeti kat Jesselton (Dekat dengan Suria Sabah).
- Taman Tunku Abd Razak (3 pulau - Manukan, Sapi, Manutik).

Notes : Better to bring along lunch.

- Makan malam: Seafood di KK.

22-Jan-13











Pickup rental car
- Breakfast & tapau lunch.

- Mulakan perjalanan ke Tamparuli dan seterusnya Kundasang.

Tamparuli (From KK around 40 Minutes)
- Rumah terbalik Tamparuli.
- Jambatan Gantung Tamparuli.

Kundasang / Ranau (From Tamparuli around 2 Hours)
- Kinabalu National Park.
- Hot Poring.
- Canopy Walk.
- Check in hotel.


Sri Intan Kundasang
Jalan Masjid Kundasang, Peti Surat 30, 89307 Ranau
088-88 9744)

23-Jan-13






Kundasang / Ranau (From Kundasang to Ranau around 1 Hours)
- Desa Dairy Farm.
- Spa ikan (Kampung Luanti).
- Ladang Teh.
- Kundasang Memorial War.

24-Jan-13
- Breakfast.
- Mulakan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu.
- Return rental car.

Kota Kinabalu
- Pasar Malam dan Pasar Filipina.

- Makan malam: Seafood.

Seri Borneo Hotel
Lot 10, Block D Sinsuran Complex, KK
088-280777
25-Jan-13


Kota Kinabalu
- Breakfast.
- Balik KL.
Flight
 1130 (KotaKinabalu)
 1400 (KL)

Diharap entry ini dapat lah membantu sapa-sapa yg nak pegi Sabah tu. Insyaallah akan ada lagi entry yang lebih details. Memang rasa berbaloi sangat bercuti ke Sabah ni, bangga sangat kat Malaysia ini ada tempat yang cantik dan best macam ni. Kalau ada rezeki dan panjang umur, boleh la kita berjumpa lagi ye Sabah :) Amin.

0 Responses