Tajuk geli-geli sikit hahaha..Hati dah sejuk hari ini..tapi nak cerita gak pasal perjalanan untuk berjumpa en. Suami semalam..Hadoi la geram bila difikirkan. Kira tambahla koleksi cerita ngeri aku berkaitan dengan bas ni.. +_____+
Ok, selalu ada dua public transport akan aku pilih if dari PErlis----> sama ada naik bas or flight (kalo tiket flight murah) So, kalau naik bas mestilah dari Kangar - Jalan Duta. Kalau flight Alor Setar - KL..Alkisahnya 19-21 Julai aku ada Konvensyen Kualiti Zon Utara kat Penang. So bila fikir-fikir dah dekat dah ngan suami. So dengan tanyala Cik Bos boleh tak nak off Jumaat..Bos aku ni memang baik hati, so mestila dia bagi :D So nak naik lah bas dari Penang - KL.
Dah tu pegilah cari tiket kat Terminal Bas Sg Nibong..Then naik-naik ja ulat-ulat tu dah serbu. Tergezuuut la i. Kat Kangar tak dak nya ulat-ulat ni nak meh kacau. Ok, so bila dah meh, aku pun ntah macam mana p ikut sorang ni. Tapi jual beli tiket ni kat kaunter la. ok tengok kaunter pulak xdak nama pun. Tanya bas apa..ooo macam-macam bas kami, trip pun banyak la...Terpengaruh pulak i ni.. P la beli yang 330 petang, turun kat Jalan Duta = RM35. (I beli dekat kaunter 4, tapi kaunter 32 pun tuan sama ja)
Esoknya, hari Khamis, tengok-tengok program abis awal la pulak. So, kawan aku pun antar la pegi stesen bas. Aku pun rushing la pegi kaunter kot-kot boleh naik trip awal sikit dan berjaya :D dapatlah naik 230 ptg punya trip. Tunggu punya tunggu driver bus tak meh2 lagi.. Dah la cuak aku. Bus dah la macam buruk.
Ok inilah bas nya.Bas ni nama Ramesra..plat WHG3015..Ingatkan bas ni untuk pegi rombongan jaa...
Kronologi tragedi yang menimpa aku sepanjang naik bas ni:
1. Driver muncul lewat
2. Dapat bas buruk
3. Pastu tak berhenti kat R & R standard, berhenti kat Slim River (tak sukkaaaa makan mahal, toilet pun kurennnnnnggggg)
4. Pastu dia p Klang Sentral, time tu dah 730 malam. So, estimate kul 8 malam sampai tak boleh pakai.
5. Oh ya, dalam bas ada 10 penumpang ja. 4 orang turun kat Klang Sentral.
6. Memandangkan macam dah lewat, En Suami suruh pegi tanya driver pas ni singgah mana lagi..kalau dia p Shah Alam, en Suami nak pegi amek sana ja..pasal aku dok mengadu perut dok berdrum sakan hahaa..
7. Pegi tanya driver, dia cakap pasni pegi Pudu. Aku pun tanya, eh Jalan Duta xpegi ke????Aku beli tiket sampai sana.Dengan belagaknya dia marah aku..Dia cakap kenapa aku tak bagitau time dia berhenti kat Slim River. (EELLOOOOOO BUKAN KE HANG KENA TAU PENUMPANG NAK TURUN MANA???DAH LAH AKU DAH BAGITAU TIME CEK TIKET TU AKU NAK TURUN KAT DUTA)<----Time dia jawab tak p duta aku dah mula baran naik ke kepala dah..bengang la aku..bayaq untuk ke duta, tup2 tak mau antaq.
8. Tepon En Suami, dia suruh sabar banyak2, then dia p amek aku kat pudu.
9. Last-last pukul 10 malam jugak la aku baru sampai KL (7jam), so sama ja macam aku naik bas dari kangar.
So dengan ini aku memang takkan beli tiket bas sebarangan lagi. At least bas tu aku penah dengar nama tu ok la. Jangan terpengaruh dengan ulat-ulat ni. Pegi la beli kat kaunter Etika, Trans dan lain-lain yg memang dah well known. Dan pasal dia tak mau antar aku pegi Jalan Duta tu, aku terfikir cubalah kalau aku pertama kali meh KL or wanita tua macam manalah nasib aku. Ish3 nasib lah aku ni ada orang meh ambil. Kalau kena naik public sendiri mau terpinga-pinga juga aku. Silap2 dok keryau (nangis) gila-gila kat pudu hahaaa
Oooo tapi ada hikmahnya, dapatlah aku tengok pudu yang baru renovate tu..Memang terkejut badak aku. Cantik, bersih nampak macam KL Sentral, tapi macam lagi Up:p toilet pun bersih dan baru :D
Gambar dari hp aku yang bateri dah nyawa-nyawa ikan :P lainnnnn gila hehe
Labels: jalan-jalan, Random
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanx sygg
gdah, bas eramesra ni mmg gitu!benciiii!aku tamau naek dah.dah la mai lambat 1 JAM, pastu rosak kt jelapang! siap kena naek bas tumpang-tumpang.. nasib baik siang. kalau malam, haa..merana oii..and yes, suka benti kt slim river tu. eii..toilet kotor and dah la bnyk kedai cha-ya-alif-nun. rasa tak selera nak makan.
wes hg pun penah naik bus ni???gila nooo pnaya org..xmo naik da bus gini huhuuu
aaa...mmg pun..
p/s..mana hg tau aku bru bejinak ngn blog ni?kahkahkahkahkah..
hahaa saja ja tekan link nama hg
tgk kuaq blog :P