Kahwin Part 1



Terasa nak upload juga kisah kahwin walaupun dah lebih sebulan :P
Selagi inai masih merah di kuku, feeling pengantin baru tetap ada hahaaa


4 Jun 2011
Adalah kenduri sebelah perempuan (iaitu belah aku la)
Buat sekali ngan kakak aku ye..

Banyak hikmah buat sekali ni..
Antaranya:

1. Dapat pergi survey baju kahwin sama-sama. So lebih bersemangat. Aku survey almost setiap kedai pengantin yang ada kat area Perlis, Alor Setar, Jitra, Changlun. Bagi puas hati :)

2. Duit nak kenduri pun banyak boleh save. Seperti duit catering, duit pelamin, cat rumah, upah orang main kompang, door gift dan banyakkkkk lagi. So, duit adalah jimat SEPARUH :)





Doorgift terlebih banyak juga..sebab last minute dapat banyak sponsor dari adik beradik :)


3. Pastu memudahkan ahli keluarga dan sedara mara terutamanya yang duduk jauh-jauh. Contoh tak perlu la balik kampung 2 kali kan..nak melayan tetamu time kenduri ni penat ye..even pakai catering pun, nak melayan tetamu haruslah tuan rumah, so at least penat sekali ja :P

4. Pergi kedai mekap sama-sama..time nak pakai baju tu senanglah, saling membantu..baju kahwin ni memang rumit,dengat korset nya, ketatnya, zip di mana-mana..so senang :D

So pada zaman sekarang yang semua benda mahal ngada-ngada, tak salah kita berjimat cermat hikhik..yang penting yang wajib tu penting :D


Oh ya, inai ni kakak aku yang cari..pun dapat murah pasal share kos transport dia :P akak ni akan datang rumah lukis..Suka kan??senang tak payah pegi kedai. Hikhik sangat-sangat rekomen akak ni...sangat baik dan lukis pun cantikkkkk :) Gambar ni pun pinjam akak ni punya :P

Ok walaupun buat sekali, tak semua boleh share....seperti bunting kahwin ni..masing-masing la wes. Xkan satu bunting tu nak letak muka 4 orang, nanti dah abes kenduri pakat berebut nak buat frame :P



Tidak lupa jugak pada en fotografer...TIDAK boleh share ok. Sila upah masing-masing. Nanti bergaduh sebab gambar kurang.. Kalau lebih kompem diam sambil senyum :P



Pengapit jugak haruslah masing-masing..Tak boleh la nak share..kesian pengapit kena kapit 2 orang..so sila baik hati :P

*




*



*



*



*

Ok gambar kami berempat :D







Tajuk geli-geli sikit hahaha..Hati dah sejuk hari ini..tapi nak cerita gak pasal perjalanan untuk berjumpa en. Suami semalam..Hadoi la geram bila difikirkan. Kira tambahla koleksi cerita ngeri aku berkaitan dengan bas ni.. +_____+

Ok, selalu ada dua public transport akan aku pilih if dari PErlis----> sama ada naik bas or flight (kalo tiket flight murah) So, kalau naik bas mestilah dari Kangar - Jalan Duta. Kalau flight Alor Setar - KL..Alkisahnya 19-21 Julai aku ada Konvensyen Kualiti Zon Utara kat Penang. So bila fikir-fikir dah dekat dah ngan suami. So dengan tanyala Cik Bos boleh tak nak off Jumaat..Bos aku ni memang baik hati, so mestila dia bagi :D So nak naik lah bas dari Penang - KL.


Dah tu pegilah cari tiket kat Terminal Bas Sg Nibong..Then naik-naik ja ulat-ulat tu dah serbu. Tergezuuut la i. Kat Kangar tak dak nya ulat-ulat ni nak meh kacau. Ok, so bila dah meh, aku pun ntah macam mana p ikut sorang ni. Tapi jual beli tiket ni kat kaunter la. ok tengok kaunter pulak xdak nama pun. Tanya bas apa..ooo macam-macam bas kami, trip pun banyak la...Terpengaruh pulak i ni.. P la beli yang 330 petang, turun kat Jalan Duta = RM35. (I beli dekat kaunter 4, tapi kaunter 32 pun tuan sama ja)


Esoknya, hari Khamis, tengok-tengok program abis awal la pulak. So, kawan aku pun antar la pegi stesen bas. Aku pun rushing la pegi kaunter kot-kot boleh naik trip awal sikit dan berjaya :D dapatlah naik 230 ptg punya trip. Tunggu punya tunggu driver bus tak meh2 lagi.. Dah la cuak aku. Bus dah la macam buruk.

Ok inilah bas nya.Bas ni nama Ramesra..plat WHG3015..Ingatkan bas ni untuk pegi rombongan jaa...


Kronologi tragedi yang menimpa aku sepanjang naik bas ni:

1. Driver muncul lewat

2. Dapat bas buruk

3. Pastu tak berhenti kat R & R standard, berhenti kat Slim River (tak sukkaaaa makan mahal, toilet pun kurennnnnnggggg)

4. Pastu dia p Klang Sentral, time tu dah 730 malam. So, estimate kul 8 malam sampai tak boleh pakai.

5. Oh ya, dalam bas ada 10 penumpang ja. 4 orang turun kat Klang Sentral.

6. Memandangkan macam dah lewat, En Suami suruh pegi tanya driver pas ni singgah mana lagi..kalau dia p Shah Alam, en Suami nak pegi amek sana ja..pasal aku dok mengadu perut dok berdrum sakan hahaa..

7. Pegi tanya driver, dia cakap pasni pegi Pudu. Aku pun tanya, eh Jalan Duta xpegi ke????Aku beli tiket sampai sana.Dengan belagaknya dia marah aku..Dia cakap kenapa aku tak bagitau time dia berhenti kat Slim River. (EELLOOOOOO BUKAN KE HANG KENA TAU PENUMPANG NAK TURUN MANA???DAH LAH AKU DAH BAGITAU TIME CEK TIKET TU AKU NAK TURUN KAT DUTA)<----Time dia jawab tak p duta aku dah mula baran naik ke kepala dah..bengang la aku..bayaq untuk ke duta, tup2 tak mau antaq.

8. Tepon En Suami, dia suruh sabar banyak2, then dia p amek aku kat pudu.

9. Last-last pukul 10 malam jugak la aku baru sampai KL (7jam), so sama ja macam aku naik bas dari kangar.


So dengan ini aku memang takkan beli tiket bas sebarangan lagi. At least bas tu aku penah dengar nama tu ok la. Jangan terpengaruh dengan ulat-ulat ni. Pegi la beli kat kaunter Etika, Trans dan lain-lain yg memang dah well known. Dan pasal dia tak mau antar aku pegi Jalan Duta tu, aku terfikir cubalah kalau aku pertama kali meh KL or wanita tua macam manalah nasib aku. Ish3 nasib lah aku ni ada orang meh ambil. Kalau kena naik public sendiri mau terpinga-pinga juga aku. Silap2 dok keryau (nangis) gila-gila kat pudu hahaaa


Oooo tapi ada hikmahnya, dapatlah aku tengok pudu yang baru renovate tu..Memang terkejut badak aku. Cantik, bersih nampak macam KL Sentral, tapi macam lagi Up:p toilet pun bersih dan baru :D

Gambar dari hp aku yang bateri dah nyawa-nyawa ikan :P lainnnnn gila hehe

Hati Riang :D

Kemalasan tahap gaban untuk mengupdate....Ish2 hati riang berbunga..Sebab esok boleh pegi KL jumpa suami tercinta :D Hikhik seronoknya bukan kepalang sebab baru balik dari cuti-cuti berdua hari tu.

Sekarang adalah berada di dalam bilik di kompleks TAHA (Tabung Haji) Sedang beristirehat sementara tunggu untuk dinner malam ni. Tahun ni saja dah dua kali datang sini, yang 1st tu Kursus, kali ni Konvensyen Kualiti Zon Utara. Tidak berharap untuk menang. Tapi memang gembira kat PEnang ni sebab dah dekat dah ngan KL :D

OOOOooooo semalam dengan hati riang berbunga-bunga jugak aku telah ngedate ngan Cik Husna Madihah..Kali ini diha belanja makan tu...huhuhuh TQ laling. Semoga dapat cepat2 habiskan master dan ehem2 :P tidak lupa juga dengan HP idaman anda :P muahhhhhh



Next week aku dengan ini telah mengambil cuti seminggu bersama-sama dengan en Suami:) Tak sabaq nak tunggu esok ni.hikhik gatai :p Hari tu cuti kahwin tak berapa nak lama la..Sebab aku ngan En Suami macam malu nak ambil lama-lama..So saja la pegi berbulan madu bulan 7 ini hikhik.



Swimming pool wauuuu..Jangan lupa bawa baju mandi (Tq syasya bagi pinjam hehe) :P hahaa tapi kak aku cakap kolam dia dalam (dia dah pegi honeymoon sini jugak):P