Minggu ini adalah minggu paling penat kot..haihs macam nak tercabut pinggang, juling bijik mata, kebas otak dok kira stok semua barang-barang kat STOR..Oh tersangatlah berpinar-pinar mataku, mengira semua itu satu per satu..Nasib petang dapat makan 'coq' pisang, 'coq jagung' ngan 'coq' ubi hehe..


Sejak bekerja ni, priority ku telah berubah sedikit hehe. Sama tapi tak serupa ya. Masih benda yang sama, cuma tukar menjadi lebih matang :p ceeewah perasan lak hehe. Kalau dah memang kaki shopping tu, tak kira la macam mana pun, mesti nak shopppppiiingggg gak. Aku paling akan 'tershopping' kalau ada sale, STRESS. Harga aku tengok la, yang termampu, brand tak kisah sangat, asalkan sedap mata memandang. Hehe benda yang memang dari dulu aku suka shopping @ window shopping:

1. Baju - Dulu sebelum kerja, selalu shopping tshirt, inner, cardigan dan sebagainya. Sekarang masih jugak beli, tapi juga gila meronda Jalan TAR, Jakel untuk memborong kain pasang :) Almaklumlah dah kerja ni. Boring tengok baju sama jek

---> Baju kurung 4 pasang baru p ambil tadi :D

2. Handbag - Dulu mestilah jenama idaman adalah seperti converse, radioactive, roxy dll yang menjadi idaman kalbu. Sekarang memang jarang sangat nak cari beg sedemikian. Aku memang fokus membeli hangbag 'matang' untuk dipadankan dengan baju kurung.

---> Baru dapat 2 handbag pada sabtu yang lepas. Ada sale :D

3. Kasut - Dulu selalu beli kasut yang bertutup macam sport shoes tu. Pastu gila wedges sekejap, ada jugak heels. Tapi selipar adalah terbaekkkkk. Masih pakai sampai sekarang. Tapi untuk pegi keja, memang kasut 'selesa' seperti makcik2 menjadi pilihan. Nak berdiri lama-lama, nak jaga tulang belakang :p

---> Dah lama tak shopping kasut. Tak minat sangat. Hehe sebab selalu jalan2 pakai selipar jepun jek :D

4. Seluar - Dulu memang memburu levi's hehe. Tapi yang 2 pasang tu so far masih rasa ok. Dah lama dah tak beli jeans. Hehe kemudian gila mencari seluar hitam ala-ala slack tapi bergaya jugak untuk kuar jalan :p So sekarang dah ada 2 pasang seluar hitam :)

---> Belum ada keinginan nak tambah koleksi hehe

5. Tudung - Oh mestilah kalau dah gila beli baju, harus gila membeli tudung pulak. Bawal masih yang terbaeeekkk bagi aku la. Cuma kalau malas, memang shawl menjadi pilihan sebab tak perlu iron :) Tapi tudung kecemasan mesti la tudung ariani ngan syria :)

---> selalu beli shawl pasal sekarang sangat murah. RM5/shawl paling murah aku dok beli :)

Hehe yang lain-lain tu macam-macam lagi. Tapi ni antara top5 aku suka tengok saja atau beli. Semakin seronok aktiviti ini bila ada geng. Wat sorang-sorang selalu tak jadi hehe. So, kesimpulannya, shoping boleh menghilangkan stress aku hehe :)

Pada bulan Syawal lalu, keluarga saya ada buat Hari Keluarga la dekat Putri Ayu Resort. Saya dilantik sebagai AJK malam GALA. Gambar full dari semua kamera pada hari KEluarga ni saya tak dapat lagi, tapi ni dari kak Cik saya. Heee video budak2 wat show pada malam tersebut. ALhamdulillah semua mendengar arahan :D

Sebenarnya, semua budak-budak ni semangat sebab kami dah janji kalau wat elok-elok, dapat Ben10 (Ni khas especially utk muaz ngan Aiman yang payah nak mendengar arahan hehe) Padahal macam mana pun mmg ada gift untuk kanak-kanak :p

Btw, rasa ketika mereka membuat show ini, saya adalah seperti-----------------> seorang guru tadika heheh

15.10.10

Hari ini bertarikh 15.10.10 = hari Jumaat.


Hari ini adalah hari jadi buah hati pengarang jantung saya, En Akhyar Haniff bin Che Mid. Beliau perasan beliau masih muda remaja trang tang tang kerana BARU mencecah usia 24 tahun. Hikhik layan saja la :p Bila bertanya azam beliau tahun ni, katanya tiada apa-apa.

Sebenarnya, hari tu beriya la aku dok plan ngan geng-geng TSP nak wat besday party kat beliau. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, aku tak dapat turun KL la. BTW thanks untuk Tasya, Bullah dll yang telah terlibat dalam merancang plan tersebut. (walaupun tak jadi hehehe).

Tapi aku mestilah ada wat sesuatu jugak untuk suprisekan beliau. Hehehe nampaknya beliau suka dengan suprise itu :) Cuma tak berapa menjadi la :p Tq Pos Laju, memang lajulah anda hehe. DIJAMIN SAMPAI ESOK:) Tak macam yang satu lagi tu..Nama dah cantik, tapi lembap hehe..So harap anda suka la ya..Simpan elok-elok. Takut jadi BAHAN plak hehe..

So sebab tahun ni tak da gambar celebrate besday, letak ja yang 2008 ni :P hehehe

Pasukan yang tolong memeriahkan majlis :)



Birthday 'BOY'




Anggaplah macam tengah makan kek ni noooo :P

Happy Birthday ya sayang !!!


P/S:

Hari ini juga adalah hari lahir kepada beberapa kenalan rapat saya. hehe Faradia aka Bern (kawan Farmasi Uitm), Suliza Jemain (Geng TSP). Happy Birthday jugak to both of you :)

Internet mengong

OOoooOooo...sangat-sangat lama saya tak jenguk langsung ke blog ini. Bukan la bz sangat pun, tapi entahla kenapa, kemalasan yang amat utk mengupdate blog ini..Banyak jek benda-benda best berlaku dalam beberapa bulan yang lalu.Berazam utk update nanti benda-benda tersebut hehe. Okla yang membuatkan juga saya malas nak update blog ni, salah satu sebab nya internet sangat mengong ok....cekkk bayaq untuk sebulan, boleh pakai tak sampai 2 minggu, mana cekkk tak hangin satu badan..Nak kol 100 pun dah malas da..asyik soh wat benda yang sama jek. P cabut ini wayar la, off modem la, restart PC la, p control panel la..Akhirnya semalam mamat jawab tepon bernama Aidil (kalau tak salah dengaq la) kena la maki hamun ala-ala sopan ngan aku..Almaklumlah, balik keja p tepon depa, letih-letih, dia pulak dok baca skrip tu ja..memang kena la ngan aku..Tapi at least, aku wat report, hari ni ada orang meh rumah betulkan apa tah. Internet dah boleh pakai..Tapi aku nak tengok bapa hari dia nak wat perangai lak






Mood : PMS kot hehehe