Kahwin part 4


OOOoooOOo bersawang gila blog ini muahahahaha.
malas nak mengarang, nak upload gambar ja


Majlis Resepsi sebelah laki-laki :)


















Nak dating!

Malam ni kerja sampai pagi2 esok (1130malam-730 pagi) :D
Esok automatik off..
Esok pagi2 terus naik bas nak jumpa en Suami
Semoga selamat pergi dan pulang :D
Nak cari rumah sewa, nak iftar bersama beliau jugak
Juga nak jumpa kawan-kawan

Jiwa kacau

Mendapat berita yang sanggggaaat sedih

BOs tak luluskan aku nak pindah dekat ngan en suami:(
Emosi tidak stabil sejak tau berita ini.
Harap boleh bertabah
Sedih yang amat..



Kahwin Part 3

Sekolah Kami:)

Outdoor kat sekolah. Time ni adalah cuti sekolah. Jadi budak2 sekolah tak dak . Kalau ada macam malu ja nak posing2 hahaa. Tapi guard pun spoting gila..tak soal banyak2 bila kami tanya boleh x nak masuk untuk fotoshoot :) plus, ada sorang member kami ni, sekampung ngan guard, so lagi la senang :)


Ok aku suka gambar baling bunga ni..banyak kali cubaan..tapi maceh pada op yg snap gambar banyak2 time baling bunga ni..so bila tengok gambar tu berturut-turut, nampaklah masing-masing punya gaya nak rebut :D


Hihi suka gambar outdoor ni..memang lain dari orang lain..Terima kasih banyak-banyak pada semua..Kalau tak ramai macam ni, mesti tak best hehe. Setiap kali tengok gambar2 ni, mesti senyum sampai telinga :D

























Kahwin Part 2

Sambungan pada entry yang berkurun hahaa..


Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis :)

Tempat kat mana aku bertemu ngan En Suami.

Masih contact dengan kawan-kawan sebatch, baik sampai hari ni..alhamdulillah

Telah sepakat dengat en suami untuk melibatkan ramai kawan-kawan batch untuk majlis perkahwinan ni:

1. Pengapit laki - Bullah

2. Pengapit perempuan - Tasya (belah aku), Diha (belah laki)

3. Pemegang dulang hantaran laki untuk aku - Pak Wad, Nookie, Kole, Syamin dan Caim

4. Kompang - Minta Z carikan :) So Z jadi mastermind hehe

5. Pemegang bunga manggar - Diha lagi dan Diyana (import dari kola)

OoooOOO dan yang penting menjalankan sesi outdoor di Sekolah..Terima kasih banyak2 pada semua yang terlibat :D

Gambar outdoor kat sekolah nak letak kat entry baru..macam dah banyak gambar hehe


h

















Kahwin Part 1



Terasa nak upload juga kisah kahwin walaupun dah lebih sebulan :P
Selagi inai masih merah di kuku, feeling pengantin baru tetap ada hahaaa


4 Jun 2011
Adalah kenduri sebelah perempuan (iaitu belah aku la)
Buat sekali ngan kakak aku ye..

Banyak hikmah buat sekali ni..
Antaranya:

1. Dapat pergi survey baju kahwin sama-sama. So lebih bersemangat. Aku survey almost setiap kedai pengantin yang ada kat area Perlis, Alor Setar, Jitra, Changlun. Bagi puas hati :)

2. Duit nak kenduri pun banyak boleh save. Seperti duit catering, duit pelamin, cat rumah, upah orang main kompang, door gift dan banyakkkkk lagi. So, duit adalah jimat SEPARUH :)





Doorgift terlebih banyak juga..sebab last minute dapat banyak sponsor dari adik beradik :)


3. Pastu memudahkan ahli keluarga dan sedara mara terutamanya yang duduk jauh-jauh. Contoh tak perlu la balik kampung 2 kali kan..nak melayan tetamu time kenduri ni penat ye..even pakai catering pun, nak melayan tetamu haruslah tuan rumah, so at least penat sekali ja :P

4. Pergi kedai mekap sama-sama..time nak pakai baju tu senanglah, saling membantu..baju kahwin ni memang rumit,dengat korset nya, ketatnya, zip di mana-mana..so senang :D

So pada zaman sekarang yang semua benda mahal ngada-ngada, tak salah kita berjimat cermat hikhik..yang penting yang wajib tu penting :D


Oh ya, inai ni kakak aku yang cari..pun dapat murah pasal share kos transport dia :P akak ni akan datang rumah lukis..Suka kan??senang tak payah pegi kedai. Hikhik sangat-sangat rekomen akak ni...sangat baik dan lukis pun cantikkkkk :) Gambar ni pun pinjam akak ni punya :P

Ok walaupun buat sekali, tak semua boleh share....seperti bunting kahwin ni..masing-masing la wes. Xkan satu bunting tu nak letak muka 4 orang, nanti dah abes kenduri pakat berebut nak buat frame :P



Tidak lupa jugak pada en fotografer...TIDAK boleh share ok. Sila upah masing-masing. Nanti bergaduh sebab gambar kurang.. Kalau lebih kompem diam sambil senyum :P



Pengapit jugak haruslah masing-masing..Tak boleh la nak share..kesian pengapit kena kapit 2 orang..so sila baik hati :P

*




*



*



*



*

Ok gambar kami berempat :D