Alhamdulillah..
Airasia buat sale & berjaya grab :D
Tq En Suami sebab bagitau hikhik
Terbantut kerja rumah pasal dok ngadap website airasia :p
Hahaa tapi lambat lagi pon nak cuti-cuti (dalam Malaysia ja pon :P)
Xsabaqqq nya nak p jalan2 
Ok mula menabung dari saat ini supaya nanti boleh soping :D


Lebih Berani???

Berazam untuk berani drive kereta di sini :P
Sekarang asyik bergantung pada en Suami jek
Tapi kalau ada emergency ka, haaaa haru weh
Takut sebab tak tau jalan dan kereta banyak dan moto pon banyakkkkkkkk
Tapi bila godek2 hp aku yang tak berapa smartphone tu tengok2 gps functioning well :D
ok dengan ini rasalah lebih confident untuk CUBA drive
tapi green light untuk mencuba drive tak dapat lagi
hahahaha
so nanti kena minta jugak izin en Suami bagi saya drive hikhik

Seperti tidak percaya..
Dah kahwin dekat 1 tahun dah :D
Dah nak masuk 1 tahun ni, akhirnya Alhamdulillah dah dapat tukar tempat kerja dekat dengan beliau :D
Oh maka dengan ini bermula lah episod berdikari kami sepasang suami isteri.
Sebelum ni aku stay ngan parents, jadinya semua masih mak yg buat hikhik
basuh baju, masak dll
Lepas ni semua kena buat sendiri
Susah senang bersama-sama..hehe ceeewah
nasiblah dah ada mesin basuh muahahahaa

Oh yaa hari tu pening kepala macam mana nak pack barang, hari ni aku pening macam mana nak unpack barang..
oh barang ku yang banyak huhu..
Sedih juga meninggalkan keluarga dan kawan-kawan di sana
tapi apakan daya, dah dewasa, sila berdikari ya hahaa

Sila jangan dok wat galak nak homesick bagai..
kalau homesick juga, kena lah ajak beliau balik kampung :P

XOXO :D

Kemas beg

Penatnya....tidak suka aktiviti mengemas beg ni..banyaknya barang kamu MAJIDAH..En suami cepatlah sampai..tolong kemas hahaa..dah tak tau yang mana satu nak bawa ke nak tinggal...Rasa sedih pun ada..ceeeh padahal dulu time belajaq kat uitm shah alam pun jauh gak dari kampung halaman..tapi ni feeling lain huhuhuhu...sedih tapi gembira (gatai :P)

Oh yaa aku geram betul pada orang2 yg suka curi kabel TM tu..umah sewa kami jek dah kena 2 kali dalam masa tak sampai setahun..ampa ni takdak keja lain ke,dari mencuri baiklah ampa p cari keja halal..kutip sampah then jual benda2 untuk recycle lagi suci dan halal dari keja mencuri ni..curi then menyusahkan orang..sorilah tak boleh nak berhati suci untuk maafkan orang2 yang mencuri ni..hiduplah ngan duit tak berkat tu..Kejadian ni lagi menyebabkan aku lagi semangat nak cari area umah yg lebih selamat (insyaallah) untuk kami beli rumah pertama kami dan menetap kat sana..aminnn semoga dipermudahkan..

Ok jom sambung kemas barang...bilik dah macam tongkang pecah..