Bila demam

Aku memang senang demam, kerja sebagai Pegawai Farmasi, tapi tidak suka makan ubat..Ooo bukan tidak suka ya, lebih kepada tidak reti telan ubat..Hahaha rasa nak termuntah je setiap kali nak makan ubat. Tapi tugas aku adalah memastikan pesakit comply terhadap pengambilan ubat-ubatan. (Nampak sangat aku cakap tak serupa bikin) hahaa bila pak cik mak cik masuk hospital pasal tak makan ubat, haruslah aku bising..kenapa pak cik tak makan ubat, macam mana kencing manis nak elok??Tekanan darah pun tinggi, tak kontrol dan bla bla bla...Bukan senang nak berleter kan orang tua-tua ni..kadang-kadang tengok muka kesian ja...ish2..dah lari topik :P


Bila demam ja mesti cari paracetamol@panadol???? tapi kalau aku, yg tu adalah lassssssssssttttt sekali :P Apa yang aku buat??Adakah aku mencari bomoh untuk buatkan penawar????ooooo tidakkkkkk

*




*



*



*




*




*




*




*




*





*


Yang aku akan buat adalah:


1. Minum 100plus berbotol-botol

2. Minum air cap badak setiap 6jam sebotol hikhik

3. Minum air masak banyak-banyak


Ok, kat atas ni memang bagus untuk hydratekan badan kita..Kadang-kadang aku demam pasal kurang air dalam badan, cuaca panas..Lebih kurang gitu la..ok lagi???


4. Makan Tom Yam yang super duper masam hikhik..Tak tau pesal, tapi memang berkesan..untuk aku le :P

5. Bagi badan peluh. Tak kira la p men badminton ke, kemas rumah ka, mop lantai ke..


6. Mandi air kolah hikhik..Kerap mandi, bagi suhu badan cepat turun :)


Ok setakat ni je. Kalau tak berkesan, aku telan jugak la 2 biji paracetamol dengan muka yang sangat berkerut-kerut..hahaha pastu rehat..



Selain tu, ada jugak tip tambahan :P


7. Minum air asam jawa..ni pun boleh tapi aku jarang..pasai aku tak suka sangat hahah.

8. Beli cool fever..Penah pakai sebab time tu demam sangat la tinggi suhunya

9. Minta mak tersayang masakkan moi..ish2 ngada..Tapi so far selera makan aku ok ja walaupun demam hikhik..

10. Ngadu ngan en Suami :P


THE END
:)


2 Responses
  1. cheyart.chemid Says:

    dah publish? =P


  2. g_dah86 Says:

    simpan dalam draft je :P