Petang tadi Asar hampir terbabas. Gara-gara letih yang amat + perut kenyang melantak pas balik keja. Nak rehat kejap je, tuptup bangun dah pukul 7+
Lepas solat ingat dah segar, tup-tup tertidur lagi sampai En Tunang tepon. Nasib baik, kalo tak Maghrib jugak mungkin terbabas..
Pelik jugak la pesal minggu ni aku sangat letih. Dah cuba memikirkan sebab musabab aku sangat letih, tapi rasanya aktiviti sama je hari. Mungkin cuaca panas kot, tapi dok PERLIS boleh kata mostly hari-hari panas. Takkan tak biasa lagi kot hahaha.
Mak dah bising soh makan supplement, tapi anak dia yang dok bagi ubat kat orang ni, memang tak suka makan ubat. Tak sedap.. Vitamin ke apa ke, asal dalam bentuk tablet memang aku tak suka makan huhu..Vitamin C sedap, macam candy je rasa dia. Tapi bila makan pedih perut lak..ASid la katakan hehe:P
Haha tiba-tiba teringat nak buat............................................
To do list:
1. Setiap hari nak bawak kad kahwin kosong dalam handbag. Proses pengedaran kad sedang dilakukan.
2. Nak creat event kat fb untuk dapatkan alamat kawan-kawan, pastu nak pos kad
3. Nak siapkan door gift
4. Nak siapkan kasut kahwin
5. Nak kahwin :)
6. Nak p honeymoon >)) <------ dah mula merapu...Ish behave hahahaa
OK kena tunaikan k. Jangan tulis ja. Ok BERUSAHA!!
Labels: nAk Kahwin, Random
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)