Hantaran Tunang



Ok dah basi hahaha..boring, so saja ja nak tulis pasal tunang dulu.. Time tunang dulu rajin :D
Sekarang pun rajin, tapi sebab keja banyak sangat, tak terkejar :P hahah alasan.. Time tunang dulu suma hantaran DIY ok..ooo rajin nya aku hikhik..

Time tunang dulu aku amek kaler purple, en Tunang pulak kaler Turqoise. Total adalah 7 dulang berbalas 5.


From me to him

1)Sebakul buah-buahan

2)Kain untuk dibuat baju melayu time nikah :)

3)Towel

4)Cupcakes

5)Coklat


6) Puding + kek (jiran kesayangan buat, nyummmmy sangat sedap)

7) Sampin dan yang lain-lain

hikhik rupanya gambar sampin sorang-sorang tak de :P



From him to me
(Future SIL buat..sangat cantik :) suka sangat )

1) Cincin dan bekas cincin yang sangat unik..handmake kot bekas ni :)

2) Kain untuk buat baju nikah

3) Kek coklat, yummy

4) Kisses dan marshmallow

5) Buah-buahan


Dan tidak lupa jugak..tepak sireh..ni ikut adat la kan.. Tapi sireh junjung tak buat pun hikhik. Tepak sireh ni akan dibawa oleh pihak lelaki. Kemudian wakil pihat perempuan akan amek dan makanlah sireh tu (dalam kes aku, tok aku le kena makan hehe)


TIPS: Untuk cepatkan jodoh, orang cakap ambillah sikit sireh yang orang bawa time meminang ni, ambil berkat. Tapi ni orang cakap lah, bukanlah 100% akan berjaya. Yang penting kenalah berusaha gak :)


Pendapat aku adalah, ketika tunang tak perlu lah membazir-bazir untuk hantaran sangat kecuali anda mampu :D Kalau mampu memang tak kisah la kan..selepas merujuk pada orang yang lebih pengalaman, time tunang ni orang selalu bagi makanan ja. Tapi ikut la kan kepada bajet. Tak perlu nak ikut orang punya, yang penting ikut bajet kita sendiri :D hikhik macam kami ni, selepas survey-survey perasan orang bagi kain untuk wat baju nikah, so kami pun ikutla. Sebab baju nikah ni tak mau la sewa, sebab tak leh nak wat kenangan. Bajet nanti kalau badan dah nek, boleh tunjuk kat anak-anak betapa slim nya mama uols time nikah dulu hikhik :))))

Terbabas...


Petang tadi Asar hampir terbabas. Gara-gara letih yang amat + perut kenyang melantak pas balik keja. Nak rehat kejap je, tuptup bangun dah pukul 7+

Lepas solat ingat dah segar, tup-tup tertidur lagi sampai En Tunang tepon. Nasib baik, kalo tak Maghrib jugak mungkin terbabas..

Pelik jugak la pesal minggu ni aku sangat letih. Dah cuba memikirkan sebab musabab aku sangat letih, tapi rasanya aktiviti sama je hari. Mungkin cuaca panas kot, tapi dok PERLIS boleh kata mostly hari-hari panas. Takkan tak biasa lagi kot hahaha.

Mak dah bising soh makan supplement, tapi anak dia yang dok bagi ubat kat orang ni, memang tak suka makan ubat. Tak sedap.. Vitamin ke apa ke, asal dalam bentuk tablet memang aku tak suka makan huhu..Vitamin C sedap, macam candy je rasa dia. Tapi bila makan pedih perut lak..ASid la katakan hehe:P



Haha tiba-tiba teringat nak buat............................................









To do list:

1. Setiap hari nak bawak kad kahwin kosong dalam handbag. Proses pengedaran kad sedang dilakukan.


2. Nak creat event kat fb untuk dapatkan alamat kawan-kawan, pastu nak pos kad


3. Nak siapkan door gift


4. Nak siapkan kasut kahwin


5. Nak kahwin :)


6. Nak p honeymoon >)) <------ dah mula merapu...Ish behave hahahaa


OK kena tunaikan k. Jangan tulis ja. Ok BERUSAHA!!

46

Waaaaa...tadi saja-saja la kira hari...lagi 46 hari...OMG banyak lagi benda tak setel..tq taq dah siap..tapi belum ikat ngan riben lagi. Ini tq tag saya..akhirnya siap jugak menggunting, menampal, menebuk :)




mode saya adalah mata berpinar-pinar (@____@) Macam-macam idea datang dari blog-blog lain, tapi tak jalan-jalan jugak...tapi macam mana pun, untuk kasut kahwin saya, dengan semangatnya saya akan wat ini dan ini :) Haha hopefully akan berjaya


sila datang semangat oi...fuhhhhhh :)