Hmm B2B ni memang akan berada di dalam situasi ini. PASTI!!!! Masa sekarang ni, dilema aku adalah perlukah aku mengembangkan badan sikit???Ish2 kalo kurus sangat nanti nampak macam papan lapis pulak..tapi aku rasa memang rasa macam makin kurus dalam 2 bln ini, kerana stress dengan kerja????Berat badan maintain ja wes...setakat lagi 0.5 kg ja pun...Entahlah wes...tak mau la nampak macam bini popeye pulak nanti..

En Tunang pasti suka kalau aku berjaya menggemokkan diri..Tapi..macam mana kalo kadar pengembangan berlaku dengan terlalu mendadak...ish2 nanti tak muat baju lak...Masalah nak menggembangkan badan ni payah sikit, pasal pengembangan boleh berlaku di mana-mana..Macam mana kalo 'terkembang' tempat yang tak sepatutnya???????OMG, di dalam dilemanya aku..Terasa nak pegi senaman untuk bagi bodyshape ssannnnteekekkkk...Hari tu adalah ketikanya rajin pegi Belly Dancing dengan Lian, ish2 tapi dia dah pindah g hospital Jeli..Tapi hari tu tempat dancing tu jugak ada ajar Pilates..Orang tu cakap, pilates ni bagus untuk bagi shape tubuh anda...so rasa kalo kurus pun, kalau ada shape menarik gak kan????Ish2 men bedminton tak boleh bg cantik ke badan???Dilema dilema ni..

Info fasal pilates yang aku google..hikhik tengok macam ala-ala yoga..Tapi kawan yang pegi ia SAANNNNNGGGGGAAAAATTTTTT men'tortured' muscle anda. Kira selepas anda menghadiri kelas pilates, anda akan terketaq-ketaq la untuk bawak keta balik ke rumah..Abes kaki tangan semua menggigil...Hikhik tapi hasilnya sangat memuaskan bak kata kawan aku tu :) Trainer tu suruh bawa dumble kalau ada..Kalo tak da, bawak botol air mineral 500ml yang penuh dengan air..Tapi tak dak kawan plak nak pegi..dah la nak try benda baru..

Hasil carian di google, macam boleh ja nak wat kat umah..tapi kena ada bola bessssaaaqqq punya :P Macam ni rasa bole buat kot :P


Tapi kalau nak wat aksi gini, kena ada pengawasan kot..Mau tergeliat sorang-sorang sapa nak tolong?????Haaaa

Manusia tak penah puas kan..kurus sangat pun payah, bulat sangat pun payah..Tapi menurut kawan aku yang lagi kurus, tak bermakna kurus itu tidak cantik, yang penting tahap konfiden kita..So kalau kita konfiden, walaupun kita sekeping papan, tetap nampak menarik :D Tapi aku memang akan try juga pilates ni one day. Macam menarik gak.


p/s: Majidah, sila edit slide..RABU ni anda nak present...jangan dok merapu...dah2...


HIV

HIV test - done:) tinggal nak isi borang nikah belah aku pulak. Tadi pihak katerer pun dah datang umah untuk bincang-bincang lauk kenduri, khemah dll :) ish3 kena book tok imam cepat-cepat ni, sebab cuti sekolah = tarikh hot orang nak kahwin..hikhik cepat-cepat.


Malam ni berazam untuk siapkan sebanyak mungkin TQ tag tersebut..wat sikit ja pun, untuk VIP punya saja..hahah gut luck lagi :)

DIY tq tag

Ish mula dah meh perangai hangat-hangat tah* ayam...ish3 sapa suruh design macam tu??nak kena gunting satu-satu (tak reti pakai paper cut tu) nanti abes aku langgar divider hikhik...Takpa usaha tanda kejayaan :) Design tu tak salah pun..simple ja pun, tapi perangai malas tu dah datang..mana semangat yg berkobar-kobar hari tu??come on Cik Majidah :) hikhik empat segi@segi empat ja pon.......




plz...kuasa bulan sila datang bantu :D

Sebenarnya awal-awal tak plan pun nak wat photoshot ni. Tapi dapat offer menarik la pula dari En Aswad Adzmi :D (beliau tak dak blog, kena cari kt fb hehe). Terima kasih daun keladi pada beliau dan juda Zakuan utk kereta mini yg super comel ni :)













Antara gambar-gambar ni, ada yang akan dijadikan bunting :) bunting pun dah order. Tak lama dapat la..ish2 semakin excited nak tgk. Banyak lagi to do list ni...sekian :)




Petang tadi dah ambil cop cinta :) Hikhik saja nak bagi nama gedik-gedik..Ok harga nya not bad la.Tapi tulisan tu cam agak menyesal la pilih.Sebab macam agak kembang. Hikhik pengajaran, pilih tulisan betul2 ye :) Sebab kadang-kadang bila kita print memang nampak lawa, tapi bila dah jadi cop, lain pula rupa nya. Nanti kat kedai cop tu bagi ja tulisan yg kita nak, design kita..saiz font semua la :) Malam ni nak mengecop la sikit hikhik..En Tunang saya dah tak sabar nak tengok hasil nya :P



Kualiti gambar tak memuaskan sebab pakai tepon je:P

Petang tadi dah beli kertas untuk buat TQ tag..Saya sebenarnya tiba-tiba menjadi excited. Mood untuk buat persediaan kahwin agak merosot sebab terlalu sibuk dengan kerja..Tapi telah di'refresh' kan dengan beberapa pemangkin :P

Kad kahwin dah siaapppp weeeee :) Gembira teramat sebab puas hati ngan hasil nye :) Kad aku edisi bajet je la..but ok la dengan harga tu..Ok now da tak lama dah nak kahwin ni..Macam-macam aku tak siap lagi..Borang kahwin tu yang paling penting..pihak laki dah siap, tunggu aku punya ja la :) Tapi nak p buat HIV test dulu. Kelebihan orang keja hospital..takpayah pening-pening sangat nak ambil off ke, cuti ke nak wat HIV test ni..hehe aku just bagitau kat ketua unit, pastu pegi la cucuk kejap :D pastu gift pun dah start wat sikit2..


Ok pasal kad kahwin aku tu, sampul nya kosong ja..tapi aku dapat idea dari blog-blog ni:




Link ni BFF aku yang bagi link..Menarik bila baca blog orang ni. Banyak gak idea yang dapat..Esok dengan semangatnya nak pegi wat cop 'cinta' euuuuwwwwwww :D Xsabaq nak mengecop...hehehee

p/s tak fikir lagi nak wat TQ tag macam mana...uih penin ngan ke'bizi'an bulan mac ni...tapi sila berusaha ya BTB :D

Bulan Mac = bulan yang aku rasa tersangatlah stressssss dan doa cepat2 la bulan ni berlalu :( ish2 penat kot ngan bulan ni. Keja malam (jadi burung hantu) pon bulan ni melebihi kapasiti biasa...kerja bertimbun.. Research yang tak best sangat tu kena masuk bertanding...2 research plak tu.oral satu, poster satu..ish2 asyik2 kena antaq slide la, full report la..Ingat dah keja ni tak yah la sgt nak wat research2 ni..zaman student dulu pon gila-gila struggle nak siapkan SATU jek pon research hahaha..Tak pa, fikir positif ya, mesti ada hikmah :)


OO bulan Mac jugak Jepun dilanda tsunami yg sangat besar..Semoga rakyat Malaysia kat sana semua selamat, semoga rakyat Jepun jugak byk2 bersabar dengan dugaan dari yang Esa ni. Semalam jugak ada baca twitter yang diretweet oleh kawan saya..cakap if:


















p/s: Tak sabar nak tunggu bulan APRIL :) Cepat la datang ya bulan april ...


Badminton pulak

Tengah gila main badminton. Sebab ada orang yang rajin tolong booking court :) ish kepuasan main badminton sebab peluh yang sngggggggaaat banyak :) nak jadikan aktiviti mingguan hikhik.




p/s pada yang bekerja, beli alatan sukan boleh claim rebate cukai ya :D

Hari Keluarga Farmasi 2011 bersama 3 orang anak buah :)


3 anak buah telibat :) Hasya, Muaz ngan Naimah.
Semua kena pakai baju kaler biru :)

Dari kiri Muaz, Naimah, Amar (kawan nursery naimah)..
amar ngan naimah berkepit ja dari pagi :P

Anak buah masuk pertandingan kaler, Ateh nya
pulak yang terlebih excited :P

Kagum ngan naimah. baru 3 tahun 3 bulan,
tapi dah pandai kaler hikhik. Rasa terharu :P

Ateh suruh meniarap sebab takut lenguh :P
Semangat dok sorak kat luar tu bagi semangat :P

Muaz tengah semangat nak bagi siap cepat hikhik

Naimah dari belakang :P

Mengintai 'lawan' :P

:)

Kesimpulannya, walaupun aku tak dapat cabutan bertuah, kumpulan tak menang sukaneka...Tapi gembira sebab budak-budak ni gembira :) Masuk pertandingan kaler ni, even tak menang pun dah dapat goodie bag budak-budak ni :)





ok...memang dah ketinggalan zaman, tp nak letak picture ila kawen jugak

Memandangkan ada masalah teknikal, terpaksa g kedai pengantin untuk jumpa pengantin..gambar pengantin laki tiada sebab beliau masih pakai track suite :P Hikhik kawan aku ni memang cantik jelita, pakai apa pun memang cun..congrates my dear :)