Rasa macam baru jek aku bertunang hikhik...rupanya dah nak masuk setahun:P Best teringat balik masa nak tunang dulu walaupun cuma wat kecil-kecilan jek

ISh2 suka nya hati bila 2 org kawan yang sangat rapat (tidak missed 1 pun event aku iaitu tunang--->akad nikah ----&kenduri ) So hopefully aku pon tidak akan miss event mereka nanti :D

Ok ini adalah Diyana.Beliau aku kenal ketika matrikulasi dulu..Sangat gorgeous dengan mekap,baju (especially dengan bunga yg mak dia jahit tu :p)

Suka sangat mekap...cantik :D hg memang jelita hikhik



Ni gambaq baju..ni pon suka.simple but gorgeous sangat :)


Gambaq close up bunga yg mak Di gigih jahit sendiri tengok kat youtube jek uols :p sebulan gak ni..mak Di kata kalau nak tempah sebijik rm5 :p


Seterusnya kawan baek aku dari sekolah menengah..yg best nya depa dua ni satu sekolah rendah, dari kuala perlis gak..dan sangat rapat jugak...Last2 suma dah rapat hehe..Ok next pulak adalah madiha. Ni pon pilih kaler purple gak. I rasa musim purple kot sekarang ni hikhik...

OOoooo anda juga sangat lawak, cantik dan gorgeous ye madiha..Suka tudung anda, mekap, baju dan anda sekali ehhee

:)

Oh yaa gambaq ni i kidnap dari fb mereka dan ada jugak dari kawan2 yg lain...hehe


Alhamdulillah

Minggu ini dengan suka hati riang ria nya telah mendapat beberapa berita gembira....weeeeeeeeee ALHAMDULILLAH



1. Saya telah minum air gula untuk check sama ada insulin saya boleh menurunkan tahap glukos dalam darah saya. Walaupun kena puasa at least 1o jam, amek darah, minum air gula segelas.. Kena tunggu 2 jam then amek darah sekali lagi..Abis tangan lebam..tapi gembiranya sebab NORMAL hikhik...so tak payah buat lagi sekali..Azab nak menghabiskan segelas tu hiiiii.

2. FBC (Full blood count) pun normal. Hari tu hemoglobin (hb) macam sedikit low, mungkin sebab tak lalu mkn..Then kena paksa makan Tab Ferrous Fumarate 2 biji yg rasa nya ewwwwwww. Membuatkan saya sembelit jua hahaa. Beli Sangobion (dalam tu dah combine Folic Acid, Ferrous, Vit C dll) kurang berbau dan rasa pon ok..Tapi tiba-tiba xselera nak mkn lak....mkn folic acid je..Dan mkn makanan yg boleh naikkan hb, hasilnya alhamdulillah jugak...Naik dari 11.5 ------> 12.1 :)

3. BOS dah sign borang transfer saya..tima kasih bos!!! hope semua berjalan lancar...



Oh yaaaa baby dah nak masuk 17weeks, sihat membesar dalam mummy. cuma perut mummy x besar sangat. Tapi anak sulung kot, so perut lambat sikit nak nampak :D



p/s: Papa tak balik minggu ni..mummy ngn baby rindu papa..Tapi next week papa balik...o yeah :D



Bila berjumpa adalah wajib untuk bergosip, bercerita dengan penuh semangat..12 years of friendship..ooo lamanya rasa kita dah kawan.. Tapi rasa macam dulu-dulu gak..Time sekolah hiiii...

Sesi lawatan ini adalah sempena mummy su ngan baby rayyan dah nak pindah sabah :(((((( Sedih akan ditinggalkan, tapi pastinya gembira sebab akhirnya Su dapat dok sekali ngan husband :) Bilalah turn aku pulak :(

Bos cepat-cepat la bagi can kat i..nak dok ngan laki gak :((((






p/s utk baby rayyan yang putih gebu :
Nanti dah dok Sabah, selalu lah ajak mummy daddy balik semenanjung..Dah balik tu jangan lupa roger..Pastu pesan kat mummy jangan lupa ajaq cakap utara. Nanti tak kekok kita nak sembang. Nanti jaga mummy ngan daddy elok-elok. Jangan nakal-nakal, jangan nangis-nangis k..

OOoooo Su, sedihnya hang dah nak p :( Sila selalu balik ya..

Kahwin part 4


OOOoooOOo bersawang gila blog ini muahahahaha.
malas nak mengarang, nak upload gambar ja


Majlis Resepsi sebelah laki-laki :)


















Nak dating!

Malam ni kerja sampai pagi2 esok (1130malam-730 pagi) :D
Esok automatik off..
Esok pagi2 terus naik bas nak jumpa en Suami
Semoga selamat pergi dan pulang :D
Nak cari rumah sewa, nak iftar bersama beliau jugak
Juga nak jumpa kawan-kawan

Jiwa kacau

Mendapat berita yang sanggggaaat sedih

BOs tak luluskan aku nak pindah dekat ngan en suami:(
Emosi tidak stabil sejak tau berita ini.
Harap boleh bertabah
Sedih yang amat..



Kahwin Part 3

Sekolah Kami:)

Outdoor kat sekolah. Time ni adalah cuti sekolah. Jadi budak2 sekolah tak dak . Kalau ada macam malu ja nak posing2 hahaa. Tapi guard pun spoting gila..tak soal banyak2 bila kami tanya boleh x nak masuk untuk fotoshoot :) plus, ada sorang member kami ni, sekampung ngan guard, so lagi la senang :)


Ok aku suka gambar baling bunga ni..banyak kali cubaan..tapi maceh pada op yg snap gambar banyak2 time baling bunga ni..so bila tengok gambar tu berturut-turut, nampaklah masing-masing punya gaya nak rebut :D


Hihi suka gambar outdoor ni..memang lain dari orang lain..Terima kasih banyak-banyak pada semua..Kalau tak ramai macam ni, mesti tak best hehe. Setiap kali tengok gambar2 ni, mesti senyum sampai telinga :D

























Kahwin Part 2

Sambungan pada entry yang berkurun hahaa..


Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis :)

Tempat kat mana aku bertemu ngan En Suami.

Masih contact dengan kawan-kawan sebatch, baik sampai hari ni..alhamdulillah

Telah sepakat dengat en suami untuk melibatkan ramai kawan-kawan batch untuk majlis perkahwinan ni:

1. Pengapit laki - Bullah

2. Pengapit perempuan - Tasya (belah aku), Diha (belah laki)

3. Pemegang dulang hantaran laki untuk aku - Pak Wad, Nookie, Kole, Syamin dan Caim

4. Kompang - Minta Z carikan :) So Z jadi mastermind hehe

5. Pemegang bunga manggar - Diha lagi dan Diyana (import dari kola)

OoooOOO dan yang penting menjalankan sesi outdoor di Sekolah..Terima kasih banyak2 pada semua yang terlibat :D

Gambar outdoor kat sekolah nak letak kat entry baru..macam dah banyak gambar hehe


h