Paling penting untuk menyusukan anak adalah ILMU pengetahuan...Educate seramai yang mungkin dengan ilmu breastfeeding ni...Paling dekat start dengan suami, mak, mak mentua..kena ada ilmu sebab akan ada orang-orang yang cuba melemahkan semangat kita..Bersyukur kalau ada support dari orang sekeliling dan aku memang sangat bersyukur :)
Baca dan jangan malu bertanya pada orang yang dah ada pengalaman.. Pergi kelas kalau berkesempatan. Cari dan gali ilmu seluas-luasnya..Join group yang pro-breastfeeding kat facebook macam:
Rasanya banyak lagi kot group..just tapi je nanti akan keluar la suggestion nya.
Antara tips yang aku amalkan dah alhamdulillah supply masih mencukupi @ cukup-cukup makan utk ali up to 19 bulan ni..
1. Sentiasa berfikiran positif. Walaupun hasil kita pam tu macam kurang sikit hari tu jangan merungsingkan diri..Kena selalu cakap insyaallah ada rezeki Allah bagi untuk anak aku..
2. Jangan skip pam...Walaupun xsempat or dah lewat untuk sesi tu, aku akan pam juga walaupun 10minit (double pumping so bole jimat masa). Rekod paling cepat aku pam adalah 7 minit haha. (ok ni aku admit mula malas lepas Ali setahun setengah..sila jgn malas)
3. Jaga pemakanan.. Aku setakat ni xpernah ambil sebarang supplement untuk tambah susu..cuma aku akan pastikan aku minum segelas or lebih susu setiap hari. Husband selalu akan remind kalau aku buat2 terlupa hehe. Pastu aku memang xda istilah diet bila start menyusu ni..aku makan banyak gila haha..Tapi nasib badan cepat turun sama..so beliau 6bulan mcm tu dah dpt pre-pregnancy weight :)
4. Supply vs demand..Bila cuti aku mmg aku direct feeding beliau.. Asal dia nak ja aku bagi je..Xdala nak fikir eh tadi sejam lepas baru ja bagi..nape nak lagi..aku enjoy the moment time dia nak ngempeng..sekejap je diorang ni besaq huhu..nanti dia dah besaq x mau mai kat kita sedih pulak hehe..so kalau dia minta sejam sekali pun aku layannnn ja :)
5. Dapatkan sokongan untuk orang tersayang seperti dalam kes aku adalah suami. Ali sekarang tiba2 meningkat dengan mendadak minum ebm kt nursery. Dari 3 botol (4oz sebotol) melonjak jadi 6 botol (4 oz juga). Haha mommy dah start malas pam sebab konon ada stok frozen. Sekarang gigih la kerapkan balik mengepam (rujuk point no 2). Sekarang gighla mommy mengepam balik asal lapang, power pumping dan lain-lain..5 bulan lagi awak nk cukup 2 tahun ali huuuu. Ok di sini apa yg en suami tolong adalah dengan tolong offer basuhkan pam, offer nak kejutkan tengah malam (3 ke 4 pagi) utk mommy bangun pam, offer bawa mommy p makan yg sedap2, yg mommy suka dan macam2 lagi. Kesimpulannya en suami cuba x bagi aku stress dan menggembirakan si isteri hehe.
Ok.. Hopefully berjaya la misi mommy nak susukan Ali sampai 2 tahun.. Insyaallah. Thank you daddy for your fully support. Love you till jannah :)