Alhamdulillah pejam celik sekejap nye dah jadi mommy kepada Ali Althaff ni..macam x percaya haha..sekarang my sweet little caliph dah 8bulan setengah dan maksudnya milestone pertama (6bulan) dah lepas.. Walaupun Ali ni anak kedua tapi pengetahuan dan pengalaman menyusukan anak adalah kosong sebab dulu tak sempat pon.. (Al-Fatihah untuk anak mommy yang bahagia di sana, Adam Harith )

Ok tipulah kalau perjalanan penyusuan pertama kali ini tidak berliku..memang berliku terutamanya masa dalam pantang..Tapi pernah terbaca kat mana tah lebih kurang macam ni ayat dia:
"Penyusuan ibu ni bukan mudah tapi adalah tidak mustahil". Jadi memang kata-kata ni antara menjadi penguat semangat jugala..Waktu dalam pantang tu memang macam-macam cabaran yang ditempuhi. Kronologi masa dalam pantang lebih kurang macam ni lah:
 
1. Day 4: Ali kena jaundice. Warded semalam kat SCN, mommy kena bgn pam setiap 2/3 jam untuk hantar susu ke hospital..ini rasa ok lagi cuma kelam kabut sebab xpandai guna pam lagi, tak familiar ngan perkakasan haha..nasib baik daddy dia rajin tolong baca manual huhu..

2. Ok Ali warded semalam je ...Alhamdulillah, cuma yang x bestnya dapat prolonged jaundice yang menyebabkan kena p cek level kat Klinik Kesihatan selang sehari...huuu yang ni memang stress.. Sebab kita ngan badan x kuat lagi pastu emosi x stabil jadi risau tu melampau....huhuh

3. Umur Ali lebih kurang sebulan tiba2 demam panas pulak..temperature spiking lebih 38oC (ok kalau dalam pantang baby demam panas sila lah pegi hospital ye..jgn pegi klinik biasa je sebab BAHAYA!!!) dan bila dah pegi hospital komfem kena tahan wad huhuhu..Ali pulak kena on antibiotik untuk seminggu dan doktor memang nak cari punca dia demam panas..so mmg procedure dia akan ambil darah, urin nak tengok kat mana punca infection..so mommy memang risau gila time ni sebab kesian kot nak kena cucuk2 semua dah yg ni cabaran terbesar dalam pantang ni huuuu gagal mengawal emosi menyebabkan susu drop :( hantar juga susu 8x2oz setiap hari tapi nurse topup dengan FM juga kadang2..(ok ni pasrah je la sebab at least dah berusaha hantar EBM) Berat Ali pulak turun dari 3.1 kg time lahir -----> 2.6kg (umur sebulan sepatutnya lebih kurang 4kg) huhuhu lagi la mommy sedih rasa bersalah yang amat ketika ini... Memang time ni mcm2 la doktor plan nak buat sebab berat turun, demam panas..Tapi bernasib baik sekali lagi sebab daddy Ali ni sangat supportive :)

4. Oleh sebab susu mommy drop sgt mendadak (nasib baik masih ada stok EBM) doktor pakar tu cadangkan 1 ubat untuk tambah susu...tapi malangnya mommy alergik ngan ubat tu menyebabkan cirit birit yang teruk huhuh lembik tubuh badan yang masih dalam pantang ni. Bila cecair dalam badan kurang susu pun harus lah kurang...

5. Oh ya masa dalam pantang juga merasa pengalaman bengkak susu (ni memang sakit yang amat memang xtahan dan nangis haha), nipple sore, duktus susu tersumbat.

Tapi bila lama-lama, sedar tak sedar eh dah mula lancar..Cuma bila fikir-fikir balik benda pertama kali apa pun tak mudah, cuma kita jangan mudah putus asa. Pastu memang bersyukur dikelilingi oleh orang sekeliling yang kuat menyokong terutama suami, mak, mak mentua, adik beradik, ipar duai dan semua-semua..mr google juga hehe

Sekarang Alhamdulillah rezeki menyusukan ali masih ada dan semakin lancar sekarang..Stok pun dan makin memenuhkan deep freezer (memang x sangka akan sampai tahap sampai kena beli deep freezer). Ali membesar dengan jaya nya dan juga aktif :)
 
Ali Althaff ~ 8 bulan

Insyaallah nanti ada kelapangan nak kongsi tips2 untuk menjayakan penyusuan ibu :)

Ok dah peram lama gila entry ni..akhirnya terasa rajin nak habiskan mengarang huhu..

Hasil blind DIY. Memang bukan profesional hehe. Walaupun roller dia xcanggih macam yang dijual di kedai-kedai tapi bangga sebab ni hasil titik peluh memerah keringat dan otak oleh kami suami isteri haha (isteri je perah otak lebih sebab xpaham)

Bahan-bahan diperlukan:
1. Mesin jahit
2. Gunting
3. Pita/kayu ukur
4. Batang besi (yang hollow je)
5. Kayu
6. Tali
7. Besi/plastik bentuk cincin
8. Kain 

Cara-cara:
1. Mula-mula sila dapatkan ukuran tingkap.

2. Silalah kira berapa labuh dan lebar kain yang diperlukan. Pastu wat simple calculation mcm kat bawah ni (en suami yg calculate hehe..baca 20x xphm2 jgk..kena pakai otak engineer haha)



Erk xtau nak terangkan dalam perkataan..sebab buat mmg based on gambar kat atas ni hehe


Dan hasilnya.......


Atas sekali tu letak kayu..utk sangkut blind tu guna mcm cakuk pasang kat kayu tu dan sangkut dekat paku/skru yg telah di drill ke dinding :) 

Tali pulak beli je tali apa2 kat kedai hardware..panjang tali tu pula..sila rujuk gambarajah sebelum hehe..Kat bahagian belakang blind tu jahit tangan ring utk masukkan tali tu macam ni: 


Untuk pemberat kena letak batang besi yg hollow tu..jadi bila kita nak naikkan blind dia terlipat cantik je..


Jadinya siap la diy blind kitorang..xsusah pun sebenarnya..a bit tricky dkt calculation je kot..once dah paham senang je :) Oh ya jarak antara pemberat tu xsama supaya bila lipat, dia jadi mcm gambar kat bawah ni:

Kalau jarak antara pemberat sama pun boleh, tp bila terlipat x nampak lebih2 tu..So next time kalau boleh nak buat lagi if rajin :D sebab ukuran semua dah ada hehe...tunggu yg sekarang ni lusuh dulu la kot :p