Untuk wiring rumah kami ni, kami sepakat nak lantik Ah Hoi. Selepas kitorang survey wireman sebelum ni dan quatation adalah sangat x munasabah...so reject. Ah Hoi ni pun kebetulan ja kami jumpa. Sebab site kontraktor tu bagi no tepon dia. So kitorang contact sendiri. Yang bagusnya pasal Ah Hoi ni, dia yang buat wiring kat perumahan ni, so dia tau banyak la :) Lagi pun idea dia macam best.

Ok yang bagusnya rumah kami ni:
1. Developer dah bagi siap-siap satu rumah plaster siling (termasuk porch, belakang, toilet)
2. Developer dah bagi siap-siap 5 aircond point
3. Developer dah bagi 19 plug point (termasuk 5 untuk aircond) untuk satu rumah
4. Developer dah bagi lampu dowlight (xtau nama sebenar, kami panggil cage haha). Cuma bulb kena beli sendiri.
5. Wiring untuk autogate pun dah ada.

Ok tapi yang x berapa nak bagusnya:

*

*

*



Point kipas dia bagi 4 saja untuk satu rumah. Untuk bilik, master bedroom sahaja ada point kipas. Untuk bilik-bilik lain ada aircond point saja. Ok xkan la nak pasang aircond kan. Ok nak tambah cakuk kipas saja xda masalah sebab average diorang akan caj RM70 macam tu. Tapi masalahnye, rumah kitorang ni kan developer dah bagi siap2 cage untuk downlight tu. So, diorg dah letak cage tu kat tengah2 setiap bilik yang xda kipas macam ni:



Masalahnya bila kita nak letak kipas mestilah tengah-tengah bilik kan. Jadi bila cabut cage tu nak tambah cakuk berlopong la tengah2 tu. Jadi Ah Hoi nak try tanya kawan dia boleh tampal x yang berlubang tu sebab tak elok la kan huhu.. Dah lah ada 3 bilik pulak tu ngan kat dapur gak = 4 tempat. Wireman sebelom ni memang dia nak cas RM200 untuk SETIAP tempat dia nak kena tampal tu, total yang tu saja RM800. Tak termasuk yang lain. Sebab tu kami reject dia haha. So yang Ah Hoi ni upah pasang cakuk 4 x RM70 = RM280 plus RM250 untuk tampal plaster siling balik 4 tempat tu. Total RM530. Nampak???Lari banyak tu..Pastu total quatation wireman yang kami reject ni ngan Ah Hoi beza dekat 1k gak tu....Nasiblah terjumpa Ah Hoi ni. Dipermudahkan oleh NYA, alhamdulillah.

Plug point juga kami tambah lagi 16 menjadikan total 35. Hehe tambah siap-siap senang. Tapi kusangkakan murah ja nak pasang plug point ni kalau setakat sebelah2 ni. Rupanya average cas adalah RM45-RM50. Huhu pasrah, kalau x nak tambah lagi banyak :P Tapi kemas la tengok dia buat. Tak nampak pun macam plug baru tambah. Oh ya kami juga beli siap-siap kat developer plug yang sama ngan yang dah ada :) so dia tolak RM5 sebab plug sendiri hehe. Haha ok paling kagum bila tambah plug kat dapur yang dinding dia semua dah diletak tile sampai siling. Dok terbayang tile tu retak ke pecah berderai ke. Tapi langsung xdak. Ok serius kagum hehe.

Sebelum:

Selepas:



Tapi bersyukur sebab rasa bagus lagi banyak dari yang tak bagusnya kan :)
Sekian :) 

Memandangkan masa kami berdua adalah sangat limited, kami survey 1 kedai ja. Dekat Uncle Kim kedai dia belakang masjid Dengkil ja. Dia pun dah ada ukuran tingkap-tingkap rumah kami, quatation yg diberi pun ok sangat dengan bajet kami. Dengan skil tawar menawar yang xberapa terer ni dapatlah kurang sikit harga hehe.

Design adalah yang simple-simple ja. Tak da bunga-bunga menjalar ke apa dan yang penting harga pun lebih murah :D Tapi kami amek yang jenis powder coated adalah sebab hasil kajian dan nasihat-nasihat yang diterima. Hehe powder coated ni tahan lama cat dia. Kalau pakai cat yang biasa tu 2 3 tahun dah menggelupas bagai. Grille ni bukan nak cat selalu apatah lagi nak tukar-tukar kan.
Ok, lepas tu kami bajet adalah grille ni plg lewat adalah 2 minggu sahaja. Rupanya dekat sebulat jugak baru siap. Oleh sebab grille kami ni lambat siap maka terbantutla kerja2 lain. Nak soping kipas lampu pun terpaksa postpone bg siap grille dulu. Xsanggup nak bawa balik rumah sewa yg tingkat 10 ni lepas beli. Lepas tu nak ngangkut pegi sana balik. Nak tinggal kat rumah baru pulak xberani selagi x pasang grille. Takut juga la hilang ke apa kan.

Oleh sebab powder coated, lambat sikit dia kata, sebab nak kena hantar kat orang untuk coated tu, so dia janji 3 minggu. Tapi dengan cuaca tidak menentu maka  jadi 3 minggu setengah gak lah. So patut plan nak pasang Sabtu jadi Rabu depannya. Kira pasang ketika kami xdak kat rumah la. Takut dia buat xelok huhu. Dah le pesan macam2 kat dia time bayar deposit, so takut bila kita xdak time pasang susah nak complain kalau apa2. Tapi terpaksa tawakal je la bagi diorang pasang tanpa kami Rabu tu sebab Khamis dah apply cuti untuk pergi soping lampu kipas (Ini aktiviti paling dinantikan haha) hehehe. Haha nasib baik lah sempat siap Rabu tu, kira kami p tengok esoknya Khamis. Alhamdulillah puas hati la dengan kerja dia, kemas huhuh cuma dia ada silap sikit huhuhuh.

Ok yang silapnya dekat masterbedroom punya emergency exit. Tingkap kami developer memang dah design jenis melintang tapi emergency exit tu menegak So kecik ja la lubang nak keluar tu. So p kedai untuk bayar balance bagitau le kat uncle Kim. Alhamdulillah dia cakap dia silap, dan dok bebel pasal pa dia tak perasan time amek ukuran hari tu. Hehe pastu dia bebel nape time pasang tu pekerja dia xperasan jugak :P so, dia cakap dia akan buat yang baru, nanti siap dia cabut yang silap tu letak yang baru. Yeay.

Ce tengok. Overlap lubang tu kecik je. So tunggu la dia mai pasang yang baru.


Ok bilik lain, pintu semua kami puas hati. Suka tengok tepi dia buat macam ni, ada frame macam ni. Nampak kemas :)



Kat belakang pun kami wat grille nak letak mesin basuh. Kat dapur macam ruang tak sesuai nak letak. Dan kami minta dia tutup grille tu separuh supaya orang tak nampak la mesin basuh, barang-barang lain. Nak keluar belakang pun senang tak payah pakai tudung :p Ok mula-mula dia nak tutup ngn zink, tapi pastu dia offer nak tak kalau dia tutup ngan polycarbonate yang orang selalu wat awning cantik tu..Harga sama k pasal polycarbonate tu dia amek yang lebih-lebih yang dia wat awning je. So aku tanya gak takut polycarbonate tu lutsinar ke apa, so x tercapai la objektif nak cover kan :P Jawapannya polycarbonate ni ada pelbagai jenis, so dia letak yang lutcahaya tapi gelap punya...so tak nampak gak. Yeay objektif tercapai :)


Plug pun kami tambah sebab memang xda pun kat luaq ni. Tambah siap-siap senang kalau apa2. Lepas tu pakai casing je (xhack dinding) sebab kat luar je, kat belakang lak tu :) kira halal lah hehe.

 

Ok yang lain dia cantik dan kemas la dia buat :)

Dapur
Buat juga grille untuk pintu belakang walaupun dah ada grille kat luar untuk mesin basuh tu.


Hati girang tak terkata. Sekian:)





En suami dah pasangkan bidet dan shower. Dan beginilah hasilnya :)
Konon2 nak tolong en suami lilit2 benda putih untuk elakkan air melilih tu. Tp end up en suami buat sendiri sebab tiap kali nak buat aku dok tnya eh pusing belah sini ke sana? Dan aku xphm walaupun dia dok explain haha. Ok tolong tengok dan bagi support pun kira tolong jgk kan? :)



Sekian:)

Basuh rumah kami

Lamanya entry ni terperam. Susahnya bila rumah xda tenet.depend kat data plan je :(
Sebenarnya nak cuci rumah yang kita tengah duduk ngan rumah baru xpernah ada org duduk adalah sangat berbeza. Kusangkakan bila rumah kosong lagi senang adalah meleset sama sekali. Haha kami basuh rumah adalah banyak pusingan. Mula2 lepas wiring siap (lampu kipas belum pasang cuma point plug dah siap) basuh la sikit. Sapu sampah, debu2 then buka paip biar air basah atas lantas suma pastu tolak air dgn penolak air yg ala2 mcm viper kereta..pastu agk2 dah kering mop la pulak....tapi hasil asalah nengecewakan sebab pasir2 degil. Rumah jadi bertompok2 yg menyebabkan rasa luluh sbb dah penat haha. Lepas tu bila siap pasang lampu kipas basuh lagi...still mcm tu agk berpasir dan bertompok. Uuhhh kecewa.

Lepas tu kitorang pun try mcm2 cara nak hilangkan tompok2 debu tu. Dan akhirnya berjaya haha. Tapi memang byk kali kerja la.. Mula2 lap debu2 atas lantai tu guna kain buruk, pastu vakum pastu last sekali mop beberapa kali. Point penting untuk hilangkan habuk adalah VAKUM.  serius xtipu. Kalau sapa2 nk basuh rumah baru or dah duduk ke insyaallah vakum akan memudahkah cara hehe

Penat basuh rumah ni sampai kena import :p
Tq en Suami dan Bullah :)

Nak masuk rumah jangan lupa pulak aksesori untuk toilet. Penting gak ni hehe.
Tempat yang kami pergi untuk soping aksesori toilet adalah IKEA dan BFO (Bath Factory Outlet).
BFO ni ada 4 cawangan dan semua di area puchong.

Ok untuk cermin, glass shelf dan towel rail -----> beli kat IKEA je. Reason adalah sebab rasa harga nya sangat berpatutan banding dengan tempat len. Macam cermin average dalam RM50-60. Senang nak basuh (rumah sewa sekarang pun pakai yang IKEA) so i loike haha. Glass shelf average dalam RM30-40 dan towel rail kitorang beli yang RM49.90.

Ok lepas tu bermula misi mencari set bidet dan shower. Developer cuma bagi kepala paip biasa je. So xkan la nak sambung paip getah rasa macam xcomel lak hahaa. So bila beli bidet ni automatic kitorang kena tukar kepala paip tu. So, kebetulan time kami nak beli kat BFO, untuk brand Rubine ada sale sampai 40%. Mula-mula ingat nak amek yg biasa2 ja tapi bila tengok diskaun sampai 40% dan harga pun jadi mampu milik so proceed je ngan Rubine ni. hehe so total set bidet ni lebih kurang RM50/set after sale. Kalau xda sale memang x amek la kot. Lepas tu kitorang beli shower lak. Mula-mula berangan nak beli yang rain shower tu..Yang besarrrrr punya, tapi mahal la pulak. So amek yang biasa ja :) Oh ya dekat BFO ni boleh minta kurang ye. Bukan fixed price hehe.

Yeay dah pasang suma. Orang wiring yang tolong pasangkan FOC. Awal-awal dia dah bagitau dia boleh tolong pasangkan aksesori toilet, rel langsir. Alhamdulillah, dipermudahkan di situ :)

Towel rail from IKEA = RM49.90

Ok tu kepala paip asal. Kami sambung ngan getah hijau tu untuk sementara. Tak elok kan kalau biaq macam ni :P Bidet tu dah drill tapi kepala paip xtukaq lagi, so sekarang dummy je :p

Bidet (Rubine) 1 set = RM55.00 (after diskaun 40%, kalau tak da diskaun pengsan gak la haha

Ni untuk sangkut towel, IKEA = RM19.90

Kolja mirror (60cm x 60cm) IKEA = RM59.00 

Grundtal Glass Shelf, IKEA = RM29.90 (water heater dah pasang, yeay)

Mirror IKEA = RM49.90

Yeay dah habis untuk aksesori toilet. Shower untuk bilik air yang lain en Suami xpasang lagi. Tapi kami beli antara yang termurah untuk dan bukan made in plastik haha RM50/pc :) di BFO gak. 
Sekian :)