Memandangkan masa sangat limited, jadi entry ni dibuat khas untuk memudahkan semua kalau nak cari contact person kontraktor terlibat untuk rumah kami :)

Details kontraktor grill:
  • Kedai dia dekat belakang masjid Dengkil 
  • No phone: Uncle Kim 016-2038315

Details kontraktor wiring:
  • Tak pasti dia ada kedai ke tak, tapi dia basically kerja dengan developer dan buat free lance.
  • Ah Hoi: 016-3623236

Details kontraktor kitchen kabinet:
  • Everskill design (kedai/showroom di Sri Kembangan bertentangan dengan giant).
  • 03-80625703

Details kontraktor tinted cermin
  • Kedai Golden Gragon (Puchong)
  • Simon : 012-2941103 

Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi melawat blog ni :)

Jidah :)

Blog bersawang

Akhirnya selepas sekian lama bersawang, baru boleh nak menulis balik. Sebab utama adalah tak ingat password jadi x boleh log in. Pastu tak tahu cara nak reset password haha.. Akhirnya berjaya juga (after few months). I miss bloging haha tapi malas dan susah nak mengarang sebab ada orang suka berebut handphone ngan mommy (sekarang upload pun dari handphone je, laptop jadi tugu je) wish me luck :)

Paling penting untuk menyusukan anak adalah ILMU pengetahuan...Educate seramai yang mungkin dengan ilmu breastfeeding ni...Paling dekat start dengan suami, mak, mak mentua..kena ada ilmu sebab akan ada orang-orang yang cuba melemahkan semangat kita..Bersyukur kalau ada support dari orang sekeliling dan aku memang sangat bersyukur :)

Baca dan jangan malu bertanya pada orang yang dah ada pengalaman.. Pergi kelas kalau berkesempatan. Cari dan gali ilmu seluas-luasnya..Join group yang pro-breastfeeding kat facebook macam:



Rasanya banyak lagi kot group..just tapi je nanti akan keluar la suggestion nya.


Antara tips yang aku amalkan dah alhamdulillah supply masih mencukupi @ cukup-cukup makan utk ali up to 19 bulan ni..

1. Sentiasa berfikiran positif. Walaupun hasil kita pam tu macam kurang sikit hari tu jangan merungsingkan diri..Kena selalu cakap insyaallah ada rezeki Allah bagi untuk anak aku.. 

2. Jangan skip pam...Walaupun xsempat or dah lewat untuk sesi tu, aku akan pam juga walaupun 10minit (double pumping so bole jimat masa). Rekod paling cepat aku pam adalah 7 minit haha. (ok ni aku admit mula malas lepas Ali setahun setengah..sila jgn malas)

3. Jaga pemakanan.. Aku setakat ni xpernah ambil sebarang supplement untuk tambah susu..cuma aku akan pastikan aku minum segelas or lebih susu setiap hari. Husband selalu akan remind kalau aku buat2 terlupa hehe. Pastu aku memang xda istilah diet bila start menyusu ni..aku makan banyak gila haha..Tapi nasib badan cepat turun sama..so beliau 6bulan mcm tu dah dpt pre-pregnancy weight :)

4. Supply vs demand..Bila cuti aku mmg aku direct feeding beliau.. Asal dia nak ja aku bagi je..Xdala nak fikir eh tadi sejam lepas baru ja bagi..nape nak lagi..aku enjoy the moment time dia nak ngempeng..sekejap je diorang ni besaq huhu..nanti dia dah besaq x mau mai kat kita sedih pulak hehe..so kalau dia minta sejam sekali pun aku layannnn ja :)

5. Dapatkan sokongan untuk orang tersayang seperti dalam kes aku adalah suami. Ali sekarang tiba2 meningkat dengan mendadak minum ebm kt nursery. Dari 3 botol (4oz sebotol) melonjak jadi 6 botol (4 oz juga). Haha mommy dah start malas pam sebab konon ada stok frozen. Sekarang gigih la kerapkan balik mengepam (rujuk point no 2). Sekarang gighla mommy mengepam balik asal lapang, power pumping dan lain-lain..5 bulan lagi awak nk cukup 2 tahun ali huuuu. Ok di sini apa yg en suami tolong adalah dengan tolong offer basuhkan pam, offer nak kejutkan tengah malam (3 ke 4 pagi) utk mommy bangun pam, offer bawa mommy p makan yg sedap2, yg mommy suka dan macam2 lagi. Kesimpulannya en suami cuba x bagi aku stress dan menggembirakan si isteri hehe.

Ok.. Hopefully berjaya la misi mommy nak susukan Ali sampai 2 tahun.. Insyaallah. Thank you daddy for your fully support. Love you till jannah :)


Alhamdulillah pejam celik sekejap nye dah jadi mommy kepada Ali Althaff ni..macam x percaya haha..sekarang my sweet little caliph dah 8bulan setengah dan maksudnya milestone pertama (6bulan) dah lepas.. Walaupun Ali ni anak kedua tapi pengetahuan dan pengalaman menyusukan anak adalah kosong sebab dulu tak sempat pon.. (Al-Fatihah untuk anak mommy yang bahagia di sana, Adam Harith )

Ok tipulah kalau perjalanan penyusuan pertama kali ini tidak berliku..memang berliku terutamanya masa dalam pantang..Tapi pernah terbaca kat mana tah lebih kurang macam ni ayat dia:
"Penyusuan ibu ni bukan mudah tapi adalah tidak mustahil". Jadi memang kata-kata ni antara menjadi penguat semangat jugala..Waktu dalam pantang tu memang macam-macam cabaran yang ditempuhi. Kronologi masa dalam pantang lebih kurang macam ni lah:
 
1. Day 4: Ali kena jaundice. Warded semalam kat SCN, mommy kena bgn pam setiap 2/3 jam untuk hantar susu ke hospital..ini rasa ok lagi cuma kelam kabut sebab xpandai guna pam lagi, tak familiar ngan perkakasan haha..nasib baik daddy dia rajin tolong baca manual huhu..

2. Ok Ali warded semalam je ...Alhamdulillah, cuma yang x bestnya dapat prolonged jaundice yang menyebabkan kena p cek level kat Klinik Kesihatan selang sehari...huuu yang ni memang stress.. Sebab kita ngan badan x kuat lagi pastu emosi x stabil jadi risau tu melampau....huhuh

3. Umur Ali lebih kurang sebulan tiba2 demam panas pulak..temperature spiking lebih 38oC (ok kalau dalam pantang baby demam panas sila lah pegi hospital ye..jgn pegi klinik biasa je sebab BAHAYA!!!) dan bila dah pegi hospital komfem kena tahan wad huhuhu..Ali pulak kena on antibiotik untuk seminggu dan doktor memang nak cari punca dia demam panas..so mmg procedure dia akan ambil darah, urin nak tengok kat mana punca infection..so mommy memang risau gila time ni sebab kesian kot nak kena cucuk2 semua dah yg ni cabaran terbesar dalam pantang ni huuuu gagal mengawal emosi menyebabkan susu drop :( hantar juga susu 8x2oz setiap hari tapi nurse topup dengan FM juga kadang2..(ok ni pasrah je la sebab at least dah berusaha hantar EBM) Berat Ali pulak turun dari 3.1 kg time lahir -----> 2.6kg (umur sebulan sepatutnya lebih kurang 4kg) huhuhu lagi la mommy sedih rasa bersalah yang amat ketika ini... Memang time ni mcm2 la doktor plan nak buat sebab berat turun, demam panas..Tapi bernasib baik sekali lagi sebab daddy Ali ni sangat supportive :)

4. Oleh sebab susu mommy drop sgt mendadak (nasib baik masih ada stok EBM) doktor pakar tu cadangkan 1 ubat untuk tambah susu...tapi malangnya mommy alergik ngan ubat tu menyebabkan cirit birit yang teruk huhuh lembik tubuh badan yang masih dalam pantang ni. Bila cecair dalam badan kurang susu pun harus lah kurang...

5. Oh ya masa dalam pantang juga merasa pengalaman bengkak susu (ni memang sakit yang amat memang xtahan dan nangis haha), nipple sore, duktus susu tersumbat.

Tapi bila lama-lama, sedar tak sedar eh dah mula lancar..Cuma bila fikir-fikir balik benda pertama kali apa pun tak mudah, cuma kita jangan mudah putus asa. Pastu memang bersyukur dikelilingi oleh orang sekeliling yang kuat menyokong terutama suami, mak, mak mentua, adik beradik, ipar duai dan semua-semua..mr google juga hehe

Sekarang Alhamdulillah rezeki menyusukan ali masih ada dan semakin lancar sekarang..Stok pun dan makin memenuhkan deep freezer (memang x sangka akan sampai tahap sampai kena beli deep freezer). Ali membesar dengan jaya nya dan juga aktif :)
 
Ali Althaff ~ 8 bulan

Insyaallah nanti ada kelapangan nak kongsi tips2 untuk menjayakan penyusuan ibu :)

Ok dah peram lama gila entry ni..akhirnya terasa rajin nak habiskan mengarang huhu..

Hasil blind DIY. Memang bukan profesional hehe. Walaupun roller dia xcanggih macam yang dijual di kedai-kedai tapi bangga sebab ni hasil titik peluh memerah keringat dan otak oleh kami suami isteri haha (isteri je perah otak lebih sebab xpaham)

Bahan-bahan diperlukan:
1. Mesin jahit
2. Gunting
3. Pita/kayu ukur
4. Batang besi (yang hollow je)
5. Kayu
6. Tali
7. Besi/plastik bentuk cincin
8. Kain 

Cara-cara:
1. Mula-mula sila dapatkan ukuran tingkap.

2. Silalah kira berapa labuh dan lebar kain yang diperlukan. Pastu wat simple calculation mcm kat bawah ni (en suami yg calculate hehe..baca 20x xphm2 jgk..kena pakai otak engineer haha)



Erk xtau nak terangkan dalam perkataan..sebab buat mmg based on gambar kat atas ni hehe


Dan hasilnya.......


Atas sekali tu letak kayu..utk sangkut blind tu guna mcm cakuk pasang kat kayu tu dan sangkut dekat paku/skru yg telah di drill ke dinding :) 

Tali pulak beli je tali apa2 kat kedai hardware..panjang tali tu pula..sila rujuk gambarajah sebelum hehe..Kat bahagian belakang blind tu jahit tangan ring utk masukkan tali tu macam ni: 


Untuk pemberat kena letak batang besi yg hollow tu..jadi bila kita nak naikkan blind dia terlipat cantik je..


Jadinya siap la diy blind kitorang..xsusah pun sebenarnya..a bit tricky dkt calculation je kot..once dah paham senang je :) Oh ya jarak antara pemberat tu xsama supaya bila lipat, dia jadi mcm gambar kat bawah ni:

Kalau jarak antara pemberat sama pun boleh, tp bila terlipat x nampak lebih2 tu..So next time kalau boleh nak buat lagi if rajin :D sebab ukuran semua dah ada hehe...tunggu yg sekarang ni lusuh dulu la kot :p


Kitchen Kabinet ni sebenarnya x termasuk dalam bajet pun. Tapi bila fikir-fikir nak tak nak memang kami akan buat, so alang-alang, kami decide untuk buat sebelum pindah masuk rumah. 

Dapur kami cuma ada sink saja seperti ni:


 Lepas kami decide untuk buat KC ni, kami saja je pegi Aino Living konon-konon nak minta quatation. Tapi mak ai xmampu la kami. Promoter tu kata ada KC low end, medium end dan high end. Tapi raoughly dia bagi yang low end pun mahal je. Huhu lepas tu lak design 3d tu free, dah bagi floor plan sampai ke sudah xdapat design nye..Tak pa lah memang xdak rezeki kami ngan AINO lagi pun rasa tak mampu juga.

Lepas tu menjalankan proses menggugel, blogwalking mencari info pasal KC. Terima kasih pada pada blog X-presi by Kemn Azmaili dan blog wife pada schoolmate kami, rinastories. Hehe suma cakap harga sangat berbaloi pastu kerja pun sangat kemas. Jadinya kami pun sepakat nak menggunakan khidmat Everskill Design ni. Pastu buat appointment ngan Everskill ni. Siap boleh pegi rumah, ukur, dia boleh bagi quatation terus lepas tu. FOC je k dia datang rumah tu. Kalau setuju nanti dia email quatation ngan design 3D. Yang datang rumah kami ni nama Sam.

Kaler untuk KC ni pun adalah sedikit limited memandangkan developer dah pasangkan tiles kaler grey kat dapur tu. Lepas tu nak pilih kaler Sam advise kaler kena soft je sebab nanti dapur nampak kecik kalau amek kaler gelap. Kami pening last suruh dia decide ja kaler apa. Boleh lak gitu haha. So bila Sam ni design, dia pilih kaler main adalah putih dan ada hitam sikit-sikit. Oh ya sebelum pasang KC ni kena buat siap2 wiring. Nak tambah kipas ke, nak lampu cantik ke :) Dapur kami before pasang KC.


 

3G wall unit (full height), 3G base unit, granite top, granite bar counter, stand bar counter. 
Dan inilah hasilnya:



Oh ya mula-mula plan kaunter bar tu nak buat suma granite macam ni:


Tapi hmmm lari bajet la sebab granit tu mahal haha. Beza dekat 2k gak, so proceed ja la dengan tiang macam tu. 

Ok kerusi bar kami beli dkt sri kembangan.tapi xingat nama kedai.rupanya kerusi bar ni ada sampai sebiji rm400. Range harga rm99 sampai rm400 la yg kami dok survey...fuuuhhh pengsan. Yg rm99 ni ala2 macam ni jgk cuma xleh sandar belakang. Jadi kami amek ni blakang tinggi sikit jadinya bole sandar..tambah dlm rm20 rasanya per chair :)

Untuk wiring rumah kami ni, kami sepakat nak lantik Ah Hoi. Selepas kitorang survey wireman sebelum ni dan quatation adalah sangat x munasabah...so reject. Ah Hoi ni pun kebetulan ja kami jumpa. Sebab site kontraktor tu bagi no tepon dia. So kitorang contact sendiri. Yang bagusnya pasal Ah Hoi ni, dia yang buat wiring kat perumahan ni, so dia tau banyak la :) Lagi pun idea dia macam best.

Ok yang bagusnya rumah kami ni:
1. Developer dah bagi siap-siap satu rumah plaster siling (termasuk porch, belakang, toilet)
2. Developer dah bagi siap-siap 5 aircond point
3. Developer dah bagi 19 plug point (termasuk 5 untuk aircond) untuk satu rumah
4. Developer dah bagi lampu dowlight (xtau nama sebenar, kami panggil cage haha). Cuma bulb kena beli sendiri.
5. Wiring untuk autogate pun dah ada.

Ok tapi yang x berapa nak bagusnya:

*

*

*



Point kipas dia bagi 4 saja untuk satu rumah. Untuk bilik, master bedroom sahaja ada point kipas. Untuk bilik-bilik lain ada aircond point saja. Ok xkan la nak pasang aircond kan. Ok nak tambah cakuk kipas saja xda masalah sebab average diorang akan caj RM70 macam tu. Tapi masalahnye, rumah kitorang ni kan developer dah bagi siap2 cage untuk downlight tu. So, diorg dah letak cage tu kat tengah2 setiap bilik yang xda kipas macam ni:



Masalahnya bila kita nak letak kipas mestilah tengah-tengah bilik kan. Jadi bila cabut cage tu nak tambah cakuk berlopong la tengah2 tu. Jadi Ah Hoi nak try tanya kawan dia boleh tampal x yang berlubang tu sebab tak elok la kan huhu.. Dah lah ada 3 bilik pulak tu ngan kat dapur gak = 4 tempat. Wireman sebelom ni memang dia nak cas RM200 untuk SETIAP tempat dia nak kena tampal tu, total yang tu saja RM800. Tak termasuk yang lain. Sebab tu kami reject dia haha. So yang Ah Hoi ni upah pasang cakuk 4 x RM70 = RM280 plus RM250 untuk tampal plaster siling balik 4 tempat tu. Total RM530. Nampak???Lari banyak tu..Pastu total quatation wireman yang kami reject ni ngan Ah Hoi beza dekat 1k gak tu....Nasiblah terjumpa Ah Hoi ni. Dipermudahkan oleh NYA, alhamdulillah.

Plug point juga kami tambah lagi 16 menjadikan total 35. Hehe tambah siap-siap senang. Tapi kusangkakan murah ja nak pasang plug point ni kalau setakat sebelah2 ni. Rupanya average cas adalah RM45-RM50. Huhu pasrah, kalau x nak tambah lagi banyak :P Tapi kemas la tengok dia buat. Tak nampak pun macam plug baru tambah. Oh ya kami juga beli siap-siap kat developer plug yang sama ngan yang dah ada :) so dia tolak RM5 sebab plug sendiri hehe. Haha ok paling kagum bila tambah plug kat dapur yang dinding dia semua dah diletak tile sampai siling. Dok terbayang tile tu retak ke pecah berderai ke. Tapi langsung xdak. Ok serius kagum hehe.

Sebelum:

Selepas:



Tapi bersyukur sebab rasa bagus lagi banyak dari yang tak bagusnya kan :)
Sekian :)