Done untuk beli lampu dan kipas. Decide nak beli dekat Houses Lightings je sebab ramai cakap murah :) Penuh la bonet kereta ngan lampu-lampu yang dibeli :) Oh ya decide untuk amek cuti, hari khamis hehe. Konon2 xramai orang la, tapi ramai la juga huhuuu.

Kipas kami decide untuk amek brand alpha. Semua nye 8 biji, 5 bilah dan kaler hitam. Tapi 1 adalah babyfan (bilah pendek) untuk letak kat dapur. 5 kipas adalah amek yang 4 speed dan 3 lagi amek yang 3 speed.

Kesimpulannya hasil borongan kami:
8 biji kipas (alpha)
2 biji lampu tembok
1 biji lampu porch
4 biji lampu hiasan
1 water heater (alpha)
1 Bell wireless

Total=RM3315.00 (ok still within our bajet)

Nak masuk rumah memang duit mengalir laju daripada ayaq weh. Tapi xpalah yang penting hati riang gembira tengok rumah 

Cuak gak takut xmuat kereta. Kang kena buat 2 trip haha. Tapi penuh bonet kereta ngan dalam haha :P



:)

Setahun sudah

Adam Harith bin Akhyar Haniff. After 1 year. We miss you sayang. Insyaallah kita jumpa di sana ye sayang.

Mula-mula rasa macam malas je nak tinted cermin rumah. Sebab konon-konon nak jimat bajet. Tapi masalahnya kalau nak tinted tingkap, kena buat sebelum pasang grille. Haha grille ni dah la step awal-awal. Setelah menghitung, mencongak, mengorek sana-sini sepakat lah kami untuk tinted juga tingkap hehe. Alasan dia adalah:

1. Nanti rumah xpanas sangat. Nanti kalau dah pasang aircond, aircond tu xpyh nak bekerja keras so jimatlah elektrik di situ.
2. Langsir xcepat lusuh sebab pancaran matahari telah ditapis hehe
3. Privacy sebab org luar xleh nampak kita waktu siang (tapi haruslah nampak jelas bila malam..itu lah guna nya langsir kan.)
4. Rumah nampak cantik :D

Actually, susah betul lah nak cari kedai tinted. So memang aku ngan en Suami menggoogle la blog-blog yang ada cita pasal tinted rumah ni. So, dapat lah beberapa nombor telefon (2 orang je pun) dan ada kawan aku bagitau kedai kat Kajang.

So, bermula lah misi kami mencari org tinted dan nak tanya harga macam mana yang ditawarkan. Hehe en Suami dah call siap-siap 2 org tu untuk book appointment suruh diorg datang rumah. Pastu  kitorang saja pergi kedai tinted kat Kajang tu, tapi mahal sebab dia kira RM6.50/kaki. So tolak la kedai kat tu.

Then, yang 2 org ni pulak. Sorang tu boleh pulak dia cancel appointment sebab dia tengah buat tempat lain. Cess dah berjanji xmau mai lak. Akhirnya mai lah sorang lagi yang en Suami call tu. Very punctual, I like..... Hehe dia pun masuk-masuk pegi ukur sume tingkap. Then dia bagi quatation untuk 2 layer, 3 layer dan 7 layer. Haha haruslah yang 7 layer tu paling mahal. En suami dah jeling-jeling kat aku sebab aku dok minat yang 7 layer. Hahaha akhirnya kami sepakat amek yang 3 layer je. Tak mampu nak ambil 7 layer. Sob sob..oh ya Simon ni sempat lagi letak pamplet kat rumah2 lain haha..Kami siap bising lagi pesal la dia xbuat blog ke, letak iklan kat mudah ka haha. Dia boleh gelak je cess.

Overall kami laki bini memang puas hati lah Simon ni buat kerja :)
Excited sampai sempat snap sekeping je gambaq haha. Snap time en Suami dok interview Simon ni :D


Lepas dah siap pasang 1 rumah tu, bila masuk rumah terus rasa best. Sebab gelap, pastu xpanas sangat hehe. Kitorang pilih kaler hijau sebab tingkap tu memang macam dah kaler hijau, so Simon ckp better pakai hijau gak :)




Memandangkan kami punya bajet adalah limited, benda yang boleh jimat memang akan  jimat lah. Salah satu nya adalah dengan menawarkan diri untuk menjahit langsir satu rumah nanti haha. Memang boleh jimat banyak lah, sebab memang upah nak jahit langsir ni memang mahal (tapi lepas dah jahit ni baru aku tau memang wajar upah jahit langsir mahal, penat wooooo). 


Mula-mula sebelum jahit langsir kenalah beli kain kan. Kami pergilah survey beberapa tempat seperti di Seksyen 7 Shah Alam seperti Jakel, Gulatis dan ada satu lagi tapi boleh pula tak ingat nama haha. Ok lepas tu pergi tengok kat Nilai 3 pulak (kebetulan nak pegi tengok anak kawan time ni kat Senawang, singgah kejap :p) Ok, sini kedai adalah sangat banyak. Aku ngan en Suami masuk kedai, tanya sikit2 then keluar. Hahah nak tengok sapa pandai ambil hati kami.. Last-last kedai yang berjaya menawan hati kami adalah Kedai Nafisa:) Taukey dia yang melayan kitorang mula-mula..Argh tapi suka cara diorang melayan, padahal harga dengan kedai-kedai lain yang awal-awal masuk tu lebih kurang je pun. Tapi memang rezeki dia. Hehe aku suka sebab dia boleh estimate kan berapa total price (Kita pilih kain dan bagitau nak berapa meter). Pastu total price tu boleh nego lagi hehe. Waaa so dah murah di situ. Lepas tu aku minta extra kain 1/4 meter untuk nak buat pemegang langsir tu nanti. Haha dia bagi free je. Total kira oklah tak lebih bajet kami. Alhamdulillah. Tapi kat
Nilai ni orang cakap kalau pandai nego memang boleh dapat murah..Tapi kami dua laki bini ni xberapa pandai sangat. Haha. 

Ok next, kain dah beli aksesori lak. Kalau nak beli aksesori, aku dah servey tempat lain yang lebih murah hehe. Aksesori kitorang dah servey dan pemenang nya adalah:



*


*


*


*



Kamdar Mid Valley :)
Haha macam x percaya. Sebab dah pergi tengok kat Kamdar Jalan TAR eyelet pun xda (tak tanya pun salesgirl kat situ :p so maybe la ada kan). Time beli ni adalah Disember 2012 dan harga mungkin berubah:

1. Eyelet:
 RM0.80/pc untuk eyelet seperti gambar di atas hehe. Ok ni tak tipu memang paling murah setakat aku survey merata tempat. Mostly yang kosong pun dan RM1.00, kalau macam ni adalah sebiji RM2.00. So sebab tu juga kalau langsir jenis pakai eyelet ni harga adalah mahal. 
Aku decide nak buat langsir pakai eyelet setelah aku terjumpa blog ni :) Haha sebab cara akak ni tulis membuatkan nampak mudah je. Terima kasih akak walaupun xkenal hehe

2. Bucram 4 inci (tak pasti nama dia)
Ini harga dia tak banyak beza. Ikut meter. Dalam RM0.40 - RM0.50/meter

3. Tape Langsir (tak pasti juga nama dia)
Ini pun sama. Harga tak beza sangat. Dalam RM0.50 - RM 0.60/meter.

4. Besi Cucuk:
Ini ada 2 jenis. Aku pun baru tau time tu. Haha nasib baik salesman bagitau. Kalau untuk day curtain kena amek yang cakuk besi tu kat atas. Kalau untuk night curtain, amek yang cakuk tu kat tengah-tengah :) Ilmu baru hehe. Ni jual per pack. Lebih kurang RM2.00/10pc

5. Side hook:
Ambil yang paling murah je haha. RM1.90/pair. 

Then untuk satu tingkap untuk master bedroom, kami decide untuk buat blind. Haha aku try jugak google cari macam mana nak DIY, tapi xpaham. Sekali tunjuk dekat en Suami, dia pulak paham. So kira-kira untuk blind adalah daripada hasil perahan otak en Suami :P Untuk blind ni nak buat entry lain la pulak. Macam penuh. 

Eh nak share 2 tip untuk jahit langsir yang sangat membantu aku :)

1. Bila beli langsir tu, sila lah suruh orang kedai tu potong siap-siap. Contoh: cakap kat salesgirl, "Saya nak kain ni 2 meter 10 keping" So ni sangat memudahkan kerja kita hehe. Beza ooo dari dia terus bagi 20 meter then balik rumah sorang-sorang tertungging-tungging nak potong sendiri. Haha

2. Sebelum beli langsir tu, mesti dah buat calculation nak kena beli kain berapa meter kan. Pastu sila lah letak bajet kan maximum berapa RM (per meter) ye..Then sila lah totalkan maximum  
harga yang anda perlu bayar untuk kain langsir je. Kalau rasa mahal sangat silalah alter max price untuk mana-mana bilik. Hehe. Letak max sebab kalau dapat lagi murah lagi bagus kan :)

Selamat menjahit langsir. Sebab tak habis-habis lagi haha.
Night Curtain
Blind
Day Curtain

Okla tu tinggal day curtain je kan :)