Esok cuti :)

Esok cuti!!!! yeyeye..Gembiranya minggu ni dapat cuti 3hari :) Harus bergembira sebelum kena keja 24 jam. OMG, jadik zombie la aku..8 pagi sampai 5petang. Pastu balik rumah. Kul 1130 malam sampai 730 pagi kerja lagik, boleh ke bertahan??Hahaha tapi aku bukan orang yang terawal, masih boleh tanya kawan-kawan yang bakal jadi zombi dulu :))

Selain aku gembira pasal cuti 3 hari, aku juga gembira, sebab no plat yang aku booking tu aku dapat hold lagi sampai hujung bulan depan. Hope dapat lah 'benda' itu bulan depan. Dah tak tertanggung dah derita untuk tunggu. Alhamdulillah dah nak habis dah bulan Mei ni. Bulan paling aku suka adalah Mei dan Disember. Sebab banyak cuti :D Sebenarnya tak sabar nak tunggu bulan Jun. Semoga dapat 'benda' tu awal Jun la kan. Hehe 5 bulan da ni. Perut pun dah besar kalau pregnant :P

Esok aku nak jalan-jalan, tengok movie dan sopppppiiiiiinggggg.. Semoga lupa la masalah-masalah yang ada. Yang penting dapat memuaskan nafsu sopppinnnggg hehehe..

Pagi tadi aku pakai pakai la baju kurung kaler hijau untuk p kerja. Baju hijau ni special sikit. Pasal.....penuh dengan contengan pen kat baju tu. Hahahahhaaa actually aku terlupa ada kesan pen tu.Tapi kalut, aku amek ja baju tu untuk pakai. Aku iron baju seminggu sekali bila rajin. Dan minggu ni aku rajin hahah. (tips jimat elektrik). Ok camna aku dapat kesan contengan kat baju tu bukanla misteri nusantara ka apa. Memang aku yang terconteng sendiri. Ingat budak-budak ja boleh conteng baju???:P hahah teringat zaman sekolah lu, penah conteng kain sekolah bila boring. Memang tak dak keja betol. I miss my school day :(

Hahaha okla cara aku mendapat contengan:

1. Ketika aku attach kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk sebulan, aku selalu kena g wad NICU (Neonates Intensive Care Unit). Unit ni ala-ala ICU tapi utk baby < 1 month

2. Ok, bila nak masuk wad ni, tak boleh pakai white coat. Kalau wad yang intensive care ni memang tak ble pakai white coat. Kuman banyak hehe

3. Ok, so bila aku tak pakai white coat, aku tak da tempat nak letak handphone, buku rujukan, pen dll. Ok benda paling penting pen la. Takkan nak pegang ja, mesti terjatuh kan hehe. Yang len memang aku tinggal ja la dalam handbag.

4. So, sorang kawan kat sana selalu menggantung pen, liquid paper pada tali yang pakai nametag tu.Apa nama tali tu??hahaha tak tau orang panggil apa.

5. Ok, so aku pun wat la camtu sepanjang attach kat sana. Memang mudah la kerja kan

6. Balik hospital sini pun aku wat camtu gak la. Tapi malang tak berbau haha. Rupa-rupanya pen tu terbuka. (pen aku pakai jenis tekan tu, tak ada tudung). So, bila terbuka, abisla baju aku tu. Penuh dengan contengan pen di bahagian perut hahaha. Ok, contengan tu juga ada kena kat baju kurung len, tapi baju hijau ni paling jelas. Haih sakit mata aku tgk.

Ok, kesimpulannya, ada sorang kawan cakap, boleh hantar kat dobi utk dibersihkan kesan conteng tu. Nak try la hikhik.

Tapi, hari ni memang agak tak best la diari hidup aku (ceeewah :P), ada la si 'baju biru' kat sini sound aku. Eceh, nasib la pangkat umur tu dah macam mak aku ja, so aku respect la. Malas nak layan orang tua camtu. Respek la sama-sama yang kerja ni, tak kira la muda ka tua. Tak suka cara percakapan nya, nadanya, gayanya. Tapi dengan doktor....kira nak kipas ja haha. Meluat, geli bulu telinga dengan orang camni. Tapi 'baju biru' len ada yang ok. Bukan semua spesis gini hehe. Bukan aku suruh kipas aku pun (walaupun wad itu sangat panas hahaha) tapi just be professional dalam pekerjaan anda heheh.

Ok, pastu tadi yang geramnya, baju hijau tu dah la kena pen, pastu kena cat plak!!!!! ok memang de letak amaran. Tapi aku dalam lif, keluar ja, terus kena. Dalam lif tak letak amaran. Hahaha tapi nasib sikit ja.

Lagi satu, keja aku sekarang ni macam kat lab la. Boleh pulak wad hantar sampel darah untuk dianalisa pukul 5ptg. Tapi sebab tanggungjwab aku wat jugak la. Dah la ada masalah kat sampel tu. Huhu tapi okla, 530 balik umah. Tak da la lewat sangat kan..

Haih..rasa tragis betul kisah hidup aku hari ini. Tapi tak pa, kita belajar dari kesilapan. Kita tengok orang wat salah, jangan ikut, tengok orang wat benda baik kenala ikut kan :) So, semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Dan paling penting, janganlah baju kena cat lagi esok hahaha..

Selama ni, aku tak penah layan pun American Idol. Tapi last week aku terbuka time Justin Bieber wat persembahan.Tiba2 terus jatuh hati kat budak kecik tu. Baru 16 tahun, tapi verrrryyyyy talented. Menyanyi, menari, piano, drum dan aku rasa macam2 g yang de boleh wat :) hikhik terus aku google pasai budak kecik ni kat tenet. Rupanya bakat de dikesan kat Youtube aja. Ala2 Zee avi kot hehe. Tapi yang kagum nye, Usher & Justin Timberlake nak amek de as diorang nye artis. Tapi last2 dapat kat Usher. Dua-dua memang da kira otai la kan hehe. So de memang bertuahla. Ni video time de perform waktu American Idol :) best..hehe




Ini pun best. She's very talented. Hebat kot men piano lagu Baby tu. Yang penting de ada gaya :) So, layan gak hehe..

Ok memang aku suka keja aku. Bukan kata kiasan ke apa ni. Hehe walaupun penat, selalu kena marah. Specialist, doktor, nurse (tapi jarang la).. yang paling ramai mesti la patient. Ok kalau aku kat tempat patient pun mesti kat farmasi aku lepas geram. Pasal g hospital mestilah sebab sakit, nak jumpa doktor, nak amek ubat. Pastu g hospital seawal 8 pagi, tunggu nak jmpa doktor dah berapa jam, pastu nak tunggu slip ubat, nak amek ubat kena tunggu lagi. Tempat last mestilah nak amek ubat, so kat sini la tmpat paling best nak lepas geram. Tapi standard la hospital kerajaan, free, ramai orang. So, kena tunggu la kan. Sabaqqqq.. kerja kat farmasi memang kena byk sabaq..hahaha apa aku dok merapu ni.

Tolong2...actually aku tak tau nak merapu apa kat slide aku..dah la nak kena present esok ni..Kat blog ni laju plak idea aku.. mencurah2..tolongla curah kat power point..plz... :)
SEkian..



Hari Jumaat lepas bos kat stor perubatan (Pn Azlina) nak buat jamuan, sempena naik pangkat ke u48 hehe. So, de tanya la aku, tau/penah wat tak koktel??Aku ni bab masak ni memang la failed skit. Tapi bab-bab makanan merapu gini memang aku minat hehe..So, aku pun menyahut cabaran ini utk wat koktel. Puan nak order nasi, lauk pauk suma. So, kira koktel ni pencuci mulut la. Mula-mula igt nak tanya jiran belakang umah je resepi. Tapi tiba2 tingat, kawan baik En Akhyar iaitu En Iqbal aka Bal punya mak. Penah rasa koktel yang mak de wat. Memang sedap dan menjilat sudu la hehe. So, aku pun mesej la Bal minta resepi, dan dapat la :) Tapi aku google kat tenet gak, pasal ada sedikit keraguan. Tapi da malu nak tanya Bal haha.

Rupanya senang gila kot wat koktel ni. Sangat simple, sesuai untuk orang yang sibuk, tapi ada niat untuk wat pencuci mulut sendiri :) hehe.

Bahan-bahan (Mungkin utk 10 orang makan la kot, tak reti nak agak hehe) :

Bahagian A:
1. 1 cawan tepung kastard
2. Setin Jagung manis
3. 1 cawan santan
4. 1/2 cawan gula pasir
4. Air

Bahagian B:
1. 1 tin susu cair
2. Nata de Coco
3. 1 tin buah campuran

Cara penyediaan:

Bahagian A:
1. Mula-mula larutkan tepung kastard tu dengan air dalam periuk, agak-agakla jangan pekat sangat
2. Dah rasa mcm sebati tu, buka api kecil.
3. Kacau, bila rasa likat sangat, tambah lagi air
4. Pastu da rasa tepung tu da masak (tepung masak = mendidih), masukkan la santan dan gula
5. Kacau lagi sampai santan masak
6. Akhir masukkan jagung manis dan kacau bagi sebati
7. Pastu bagi likat betul, tuang dalam bekas untuk disejukkan dalam peti sejuk
8. Dah sejuk, potong dadu

Bahagian B:
1. Panaskan susu cair suam-suam kuku je
2. Ambil air gula dari nata de koko ngan koktel tu, tuang sekali dalam susu cair di atas.
3. Rasa, kalau manis sgt, tambah air sikit.
4. Pastu campur nata de koko, koktel buah dan apa2 lagi la nak tambah hehe

Ok, cara makan..

Senang je...Campur ja suma dari bahagian A, B pastu kalau nak sedap...letak ketul2 ais..memang yuuummmmmyyyyy hehe

Ni dalam bentuk gambar rajah hehe

1. Barang - barang projek


2. Kacau jgn tak kacau. Thx to adik aku yg rajin tolong kacau
untuk membolehkan aku snap gambar :P


3. Letak dalam bekas utk disejukkan

4. Siap utk dimakan ke diminum???:P haha
Mudah dan cepat. Yang penting sedapppp :)



to Diha:
ni lah projek rahsia aku, hehe hang igt apa??:P

Isnin yang lepas baru ni, perlis cuti..So aku pun ajak la adik aku p tgk wayang + cari barang sikit kat tesco. Semangat nak tengok wayang pasal ada sorang yang aku kenal 'rapat' tak penah review pendapat beliau tentang apa2 cita. Bayangkan, cita transformer, ironman de just cakap 'okla'.Walaupun selalu tgk wayang ngan aku, tapi aku sorang ja asyik cakap cita tu best ka, tak best ka dan sebagainya hehe. Pastu bila dapat ja msg dari beliau yang cakap cita tu best gila, berbaloi duit de setiap sen tgk cita tu, terus aku semangat nak p tgk hehe..

Ok, cita yang beliau maksudkan adalah Robin Hood. Kalo ikutkan penilaian aku, tak minat sgt nak tgk pasal hero nya aku tak minat (tua :p) tapi sbb nak tgk best macam mana sampai beliau cakap best, aku pun nak p tgk gak la hehe..Cita ni panjang k 2 jam 20 min..so, sila pergi toilet siap2 hehe..So, pas 2 jam 20 min, memang aku puas hati la ngan cita ni. Kira rasa berbaloi la bayar tiket wayang pastu dok lama kan dalam tu. Tak terasa pun 2jam +, so kira okla kan :) So, terbukti teori hero tua = cita tu tak best adalh salah sama sekali hehe. Pasni aku kena tgk gak cita tanpa kira hero yang muda dan hot aja :))

OK, selama dah berpuluh-puluh (maybe beratus) kali aku tgk wayang, ada beberapa perkara yang boleh membuatkan mood aku utk tengok wayang terganggu. Antaranya:

1. Orang kat sebelah anda dok jadi pengulas untuk cerita tersebut. Dok teka apa next akan jadi la, sapa yang akan kena bunuh la..macam2 la. Annoying kot. Tambah pula cita suspen nh.Haih nak cakap banyak jgn la tgk wayang. Cakap kuat pulak. Diam sudah la heh

2. Orang kat sebelah dok cita kat orang sebelah lagi satu pasal cita tersebut. Konon-konon nak gitau satu wayang la de da tgk cita tu.. Helooo aku bayar tiket bukan nak dengar anda bercerita :(

3. Ada budak dok nangis. Mak ayah pun kena la paham. Kalau anak anda nangis, paham-pahamla kan..Maybe de belum bersedia untuk tgk wayang lagi hehe..

4. Handphone berbunyi, tapi tak dak orang jawab. Saja wat tak tau, atau tak igt itu bunyi ringtone nya, atau entahlah..

5. Lagi satu, dalam wayang dok ckp tepon kuat2..Amboi, hang sorang ka ada handphone???:P

6. Orang belakang buas@ganaih. Dok sepak2 kerusi anda.Nh pun geram gak nh hehe

7. Aircond terlalu sejuk. Anda tak bawak sweater. Pastu kat klimaks cerita, nak terken****. Adoi memang potong betul la.. hehe

8. Wayang tiba2 hang. Macam kat laptop tu. Ni terjadi kat aku time tgk twillight, part lawan time men besbal tu..Tak ka memotong mood anda??dekat2 30 min gak la jadi. Tapi semua remain kat seat masing2 sampai sambung balik.

9. Wayang start, tapi suara tak kua...hah ni pun mmg la..

ok.Act banyak lagi benda2 tak best ketika tgk wayang nh..tapi aku tak dapat ingat semua..Tapi yang atas sekali tu jadi time aku tgk robin hood baru nh..Haih rasa mcm nak selotep ja mulut minah tu ngan boyfriend nya :)) nasib tak bawa selotep time tu..Next cita -----> Prince of Persia..wajib tgk pasal hero de kacak bergaya :))

operasi rahsia

Target malam ini (kames malam jumaat)

1. Nak jalankan operasi rahsia. Semoga kamu berjaya Cik Majidah. kalau berjaya, boleh la aku upload 'operasi' itu di sini...hehe

2. Nak tengok tv...Grey's Anatomy (9-10pm) pastu sambung House (10-11pm)..Bila aku nak wat operasi rahsia??haha

3. Nak tengok email yang bos aku bagi dari hari Isnin lepas lagi..Next week de nak tanya aku..Tadi de jmpa aku, de dah pesan, 'Majidah, awak study ye apa saya bagi tu.Next week i nak tny u' dan seperti biasa aku jawab, OK :) hehe

4. Nak sediakan mental untuk keja hari Sabtu dan Ahad. What?????minggu ni aku keja7 hari seminggu.Nasib baek Isnin ni cuti, Raja Perlis punya hari keputeraan. Haih...kena prepare dari malam ni..over dan gedik aku ni:p

5. Nak prepare proposal untuk next research. Gila hebat, kental, lincah dan bertenaga geng2 farmasi Hospital Tuanku fauziah. Semangat semua nak siapkan research. Offer diri untuk wat lebih dari 1 research..Bagus kawan2..jom kita majukan hospital kita....... (semua adalah dongeng semata-mata...kalaula betol..)

~

~

~

~

~

~

~




Ok. kesimpulan nya aku rasa no 1 dan 2 ja boleh capai...mari jalankan operasi rahsia :D

Mak saya



Semalam adalah Hari Ibu. Hari ibu ni tak ada tarikh specific. Ia akan jatuh pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei :) Semua org sayang mak/mama/umi/mummy/ibu dan yang sewaktu dengannya hehe.. Dalam family aku ada 5 beradik semuanya. 4 yang atas adalah perempuan (termasuk aku) dan semua dah berkejaya..hehe means bekerjaya di sana adalah tiket utk adik laki kesayangan kami mem'pow kami semua. Tapi adik aku sorang ja la yang tak kerja lagi, masih belajar dan dia ja la sorang2 laki hehe, tolak abah le..

Aku memang plan lama dah nak celebrate hari ibu ni dengan membuat makan-makan ka apa2..Tapi minggu lepas aku agak sibuk. tak sempat plan sangat. Tapi nasib baik la adik aku cuti semester, dan de sampai umah pagi sabtu (sehari sebelum Hari Ibu). Dengan adanya adik aku ni, kuat sikit semangat nak plan untuk mak tersayang ni. Senang kira ngan adik aku ni... <---Ipi, aku puji hang ni, sila belanja aku :p

Ok, actually aku nak discuss ngan adik aku hari Sabtu tu, tapi aku ada kenduri kat Jitra + adik aku memang bangun lewat, so plan nak diskusi itu lebur...Ok pagi Ahad tersebut, aku plan nak bangun awal, nak tolong mak wat kerja dapur and etc..Tapi aku bangun 'terlewat' sikit. hehe nasib mak aku blum mulakan projek di dapur. Ok, bangun ja terus aku g dapur untuk alas perut..Jmpa nasi kandaq..wau the best la hehe..da alas suma tu, aku pun offer la kat mak aku untuk tolong siang semua benda yang mak aku beli kat market hehe.. Tapi aku mengaku la, aku bukan terer sangat pun nak siang-siang ni especially ikan :P tapi kalo udang, sotong, ketam tu..mmg expertise la :P cet 3 benda ni senang gila kot. budak pun reti hehe. Tapi memang 3 ni aku agak terer la nak banding ngan ikan..tapi sekurang-kurangnya aku try gak la siang ikan. Ikan kembung@termenung memang terer la..Ikan len tu, jarang-jarang tolong, so tak tere hehe.

Ok, di dapur aku pun sembang-sembang ngan mak. Mak cakap utk lunch de nak masak simple2 ja.Tapi mak...simple pun..anakanda mu ini sehingga menjilat jari...heheh. Then untuk malam mak ajak makan lua.SO dalam kepala hotak aku dah plan da nak belanja mak aku makan hehe.Mak cakap de tingin nak makan satay.Pastu nak kek sebiji tu ja..Tapi aku ngn adik aku plan nak beli kfc gak, pasal takut tak kenyang. Sebab kami sekeluarga memang spesis kuat makan hehe..Ptg tu dalam kul6 aku ngan adik aku ronda-ronda la nak carik sate kat Kapitol tu.Situ memang terbaekk.Tapi tak buka pun lagi. Try kol D'sena, pasal sate kat sana pun sedap. Tapi orang situ ckp, orang tersebut tak datang g. Kesimpulannya setelah berusaha gigih, sate tak dpt gak :( sory mak, len kali kita makan sate k..Then tukar plan jadi sebiji kek + KFC je..

Ini adalah kek tersebut..Sungguh sedap sekali. Coklat chip, harga berpatutan hehe..Kotak de sangat cantik k :) Beli kat kedai Kek Sayang, Kangar. (Gambar kfc aku tak upload la..KFC semua orang penah makan kot :))) )

Selamat Hari Ibu, Pn Mashitah, We love you :)


Berkenaan hadiah pulak, dah lama mak teringin benda di bawah ini. So, kami adik beradik pun berpakat la share duit untuk beli satu kat mak :). Macam menarik kan, so next weekend kami plan nak try la menda alah ni hehe.

Di atas adalah kotaknya


Ini adalah benda di dalamnya.

Ok, pendapat peribadi aku, Hari Ibu ni bagus, sebab kita boleh tunjuk kat mak kita, memang kita sayang de. Tapi tak perlu tunggu hari ibu baru nak tunjuk. Kena tunjuk hari2, tapi time Hari Ibu nih lagi spesel la kan. Hadiah pulak, tak perlu mahal-mahal. Asalkan kita ikhlas. Macam sorang kawan aku, de bagi mak de basikal..sebab mak de ckp, tingin nak exercise kayuh basikal petang2..so sweeet kan??hehe

So, walaupun lambat skit, nak ucap gak (kat mak awal2 aku dah wish, kat sini je lambat hehe)..Selamat hari ibu kepada mak yang paling best..paling aku sayang -->Pn Mashitah binti Ibrahim. Sayang mak sangat2 :)

Surat cinta :p

Kepada En. Akhyar Haniff bin Che Mid,

Salam.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada encik, atas kesabaran encik melayan perangai saya yang kadang kala kepala angin + batu + ribut. Saya sangat-sangat beruntung dapat kenal dengan lelaki macam encik. Susah nak jumpa lelaki yang sangat penyabar macam encik. Kawan-kawan selalu tanya saya, enick ni tak pernah marah ka??Saya jawab mestilah encik pernah marah, encik pun manusia biasa gak. Tapi encik ini kalau marah, mesti atas alasan yang munasabah. Tak macam saya.

Tiap-tiap bulan, bila tiba saat itu (PMS), emosi saya menjadi sangat tidak stabil. Mudah merajuk, marah dan lain-lain. Tapi awak masih sabar dengan perangai itu. Sebab di lain masa, saya sangat coooolllll, betul kan encik??? :)

Encik gak sangat baik hati teman saya shoping. Sampai satu tahap, bila encik tak dak, saya tak reti nak pilih barang tersebut. Encik juga rela berpanas teman saya pegi Jalan TAR, masuk kedai kasut, kedai baju, kedai selendang, kedai tudung, make up dan lain-lain. Encik tak penah merungut walaupun barang saya beli tu banyak dan berat. Semua encik plak yang tolong angkat. Terima kasih banyak-banyak ya encik.

Lagi satu, bila saya tengah sedih, down gila-gila, encik pandai cari jalan untuk kembalikan semangat saya. Bila saya ada masalah kat tempat kerja, encik dengar luahan hati saya, walaupun encik tak faham sangat pun. Contohnya saya stress pasal bulan depan nak kena keja 24 jam. Pastu kereta yang bulan depan baru nak dapat. Terima kasih sebab sudi dengar masalah saya.

Sepanjang kita 'kawan' ni, saya nak minta maaf andai saya ada mengguris hati encik. Encik adalah lelaki paling baik saya penah kawan. Terima kasih atas semua-semua yang encik buat untuk saya. Saya betul-betul hargai. Minta maaf tahun ni tak da hadiah ka apa, hanya surat ini sahaja dapat saya beri untuk encik.

Sekian.

Salam kasih dan rindu.
Cik Majidah

Sedih dengan berita yang aku dapat petang tadi. En. Nazri (SA Honda) tepon bagitau yang keta aku tu tak dapat bulan ni..Giliran aku bulan depan pastu de cakap next month memang kompem dapat.Haihsss pasni kena p jmpa En JPJ pulak berkenaan no plat aku tu.Tebal dah muka nak p kat JPJ tu hehe.Tasya, nanti teman aku lagi ek.

Ok, aku tak mau fikir yang negatif, so aku nak fikir positif. Bagus gak keta aku dpt next month. Antara ayat-ayat or reason untuk menyedapkan hati aku:

"Tak pa jidah, de nak kasi can hang rapat betul-betul ngan
GUGU (sila rujuk entry sebelum ini) Banyak lagi hang
nak kena explore dengan GUGU tu.
If dapat keta bulan ni, kira tak sampai sebulan
la GUGU nak manja-manja ngan hang. Sian GUGU kan.."


"Hang ni kuat soppping.Hari tu p KL dah abes banyak..Saja
keta tu tak dapat bulan ni (Mei) so, hang boleh la kumpul duit gaji
bulan ni untuk sambut keta tu nanti"


"Banyak kain hang antaq p tukang jahit..Nanti boleh la hang
saving gaji bulan 5 ni untuk bayaq upah jahit hehe"


"Yes..bulan ni aku boleh soppppinnng g hehehe. "(Ni reason aku
paling suka la)

Haha..itu antara yang dok bermain kat kepala otak aku bila dapat tau keta aku tak leh dapat bulan ni. Kita kena fikir positif la kan. Mesti ada hikmah di sebalik semua ini. Hehe ayat orang dah pasrah. Nak wat camna, teriak ayaq mata darah pun, memang mustahil aku leh dapat keta bulan nh. Ala da tunggu 4 bulan, setakat lagi sebulan, apalah sangat :)

So, jidah be positive k..Syok tu boleh sopppinnngggg sakan g. Nanti dah ada keta, bajet untuk soppping dah berkurangan. So, i must enjoy this moment before i got her. Hmmm kepala otak ni dah fikir dah apa benda aku nak sopping pulak pasni. Hehe kira nak perabes duit ja.

Ok, tukar topik. Lupakan pasai keta (Nak fikir apa nama keta aku nanti hehe) Sekarang ni, rasa suka pulak ngn cardigan yang labuh-labuh, tutup bon***. Hikhik dulu suka pakai inner, tapi lama-lama rasa rimas + panas. Yala, dah nama pun dok Perlis. Haha macam la cardigan ni tak panas. Tapi, at least bila panas, aku boleh bukak kan. If aku pakai inner????hehe. Ni gara-gara Tasya la.Terpengaruh aku untuk beralih arah pada cardigan lak. Saja nak menggedik. Ini adalah cardigan yang aku baru beli last weekend. Labuh, bukan kaler hitam, material cun..Yang penting harga berpatutan :)


Tiba-tiba tingat barang yang promoter tu dok promote kat aku..Barang fevret aku lak tu..En Akhyar, saya janji nak beli satu ja this month, tapi offer tu kena beli dua, baru dapat murah. Memandangkan bulan ini keta tak dapat, weekend ini mungkin aku boleh dapatkan ia :) Boleh kan en Akhyar??hehe hopefully weekend ni, promosi itu masih wujud hehe.

Satu g, esok adalah anniversary aku ngan si dia..5 Mei :) Semoga hubungan ni berkekalan dan kami cepat-cepat kawen...haha ayat last tak boleh belah. Sekian




GUGU ^_^

Waaa...rindunya nak berblog..puas gila boleh bercuti hari tu.Thanks a lot kat En Akhyar Haniff Che Mid yang bersusah payah utk aku hehe..Thanks to Tasya untuk penginapan dan GAGA yang tolong tunjuk arah.Even GAGA tunjuk jalan banyak tol yang mahal-mahal, tapi still sayang kat GAGA hehe..Thanks to Dayang sebab sanggup turun dari Johor untuk ngedate sama-sama.Memang syok la p KL hari tu. Kebetulan lak sehari sebelum p sana, gaji masukkkkkk hehehe..memang terbaik la.

So, tasya da kenalkan GAGA dia. Sekarang aku nak perkenalkan GUGU aku pulak hehe..Ni lah GUGU ak :D



At last aku tukar gak phone.But sangat-sangat sayang kat Nokia 6230 .Sangat berjasa kat aku.Dah lama pakai, since aku 1st semester dulu kat uitm, bersamaan dengan 5 tahun hehe. So, hopefully GUGU boleh lebih berjasa daripada phone dulu hehe..

Aktiviti wajib yang akan aku buat bila da ada GUGU ialah :

1. Update status kat fb
Pastu semangat nak cek tengok apa logo yang akan keluar. Tapi GUGU aku ni just naik via window mobile ja.But still sangat excited :D

2. Upload gambar kat fb
Yang ni pun pasal nak tengok apa yang akan naek nanti kat fb. Tapi aku still tak berjaya upload lagi. Sabaq nooo Tasya hehe.

Hehe saya budak baru belajar. Memang banyak nak kena explore lagi kat GUGU nh hehe.Nak bukak amek memori kad pun tak reti g hehe..tak pa, pelan-pelan kayuh :D